.

.

KARTiKEL

Jumaat, 10 Julai 2015

Idea P&P Sains : Oksigen Diperlukan Dalam Respirasi

Idea Sains Kreatif ini dikongsikan oleh Cikgu Razmin Al-Muallim. Eksperimen bagi membuktikan oksigen diperlukan dalam respirasi ini adalah alternatif kepada eksperimen seperti yang sedia ada dalam buku teks. Masalah yang dihadapi adalah kesukaran mengawal kedudukan cecair berwarna dalam tiub kapilari pada awal eksperimen dan juga eksperimen yang memakan masa hampir 3 jam. Maka youtube lah sumber bagi mendapatkan idea untuk eskperimen alternatif ini.


Idea P&P Sains : Oksigen Diperlukan Dalam Respirasi


Binaan nya juga adalah lebih mudah. Berikut adalah susunan dari dasar tabung uji : larutan natrium hidroksida (1.0M atau lebih), kapas, dan kacang hijau yang sedang bercambah. Boleh juga gunakan serangga yang bersaiz besar bagi memberikan kesan yang hampir serupa. Kenaikan aras air boleh diperhatikan dalam tempoh satu jam. Walaupun sedikit, tetapi dapat dilihat dengan jelas.


Idea P&P Sains : Oksigen Diperlukan Dalam Respirasi


Idea P&P Sains : Oksigen Diperlukan Dalam Respirasi



Tahniah kepada Cikgu Razmin al-Muallim atas perkongsian anda ini. Mungkin boleh membantu mempermudahkan lagi eksperimen yang perlu dilakukan oleh pelajar. Hasil serupa, walaupun kaedah yang berbeza. Tahniah!





0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan