.

.

KARTiKEL

Sabtu, 25 Julai 2015

100 Idea Hiasan Kelas Sempena Kemerdekaan

Sempena bulan Kemerdekaan yang nak menjelang tiba, maka dah tentu ramai lah pelajar dan guru-guru yang sibuk mencari idea untuk menghias kelas. Sama ada bagi tujuan suka-suka atau pun kerana tujuan Pertandingan Kelas Tercantik Bulan Kemerdekaan, semua ini akan memberikan kepuasan yang tersendiri jika kelas yang ditadbir dapat membangkitkan aura Kemerdekaan. Guru gembira. Murid lagi gembira! Jom kita tengok 100 idea hiasan kelas bertemakan Merdeka.



100 Idea Hiasan Kelas Sempena Kemerdekaan



Pintu
Pintu memainkan peranan penting bagi sebuah kelas. Seumpama penyambut tetamu pertama yang akan memberikan ekspresi dan impresi mendalam kepada para pengunjung. Justeru itu, hiaslah pintu kelas anda cantik-cantik, sesuai dengan tema kemerdekaan kita kali ini.




























Papan Kenyataan
Tak lengkap jika ruang papan kenyataan tak hias dengan hiasan bertemakan Kemerdekaan. Beberapa gambar, artikel, kronologi Sejarah Kemerdekaan boleh dipaparkan bagi memberikan pengetahuan berguna kepada pelajar. Kata-kata pujangga bersempena merdeka juga boleh dimasukkan sekali.



























Sudut Khas
Bagi memberi kelainan, kehadiran Sudut Khas Kemerdekaan dalam kelas juga boleh memberi impak menarik kepada keceriaan kelas. Jika ruang dalam kelas tidak mencukupi, cukup lah sekadar menyediakan ruang khas di dinding untuk bahan bertemakan Kemerdekaan. Pasti kelas akan tampil lebih cantik, tertarik, menarik, kau memang da boom!






















































Tugu
Kehadiran tugu atau pun struktur binaan tambahan di dalam kelas juga ternyata akan membawa kelainan kepada kelas anda. Replika bangunan-bangunan ikonik di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara KL, dan rumah tradisional boleh memberi nilai tambah kepada kelas anda. Lebih menarik, jika bangunan bercirikan tempatan turut menyerikan kelas anda.



















Pendek kata, kelas tentu tampak jauh lebih menarik jika dihias indah bertemakan Kemerdekaan. Secara tak langsung juga dapat menaikkan mood pelajar dan guru sendiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan dengan lebih rasa patriotik dan rasa cinta negara. Jom kita mula hias sekarang!


* Gambar-gambar hiasan yang saya kongsikan ini adalah gambar hiasan kelas daripada SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak untuk sambutan Kemerdekaan pada tahun 2014. Semoga memberi idea dan inspirasi kepada kita untuk menghias kelas dengan lebih menarik pada tahun ini.





13 ulasan:

  1. wah, hebat! terima kasih sudi berkongsi.

    BalasPadam
  2. Saya suka! Tak sabar nak buat kat kelas nanti :) terima kasih kongsi idea..

    BalasPadam
  3. Di sekolah saya..murid lekatkan bendera Malaysia kecil (yg boleh stand, siap ada pelekat) di sudut setiap meja.. maaf..x ada gmbr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pun ada kelas yang buat, tapi xde gambar lak nak share. Tq cikgu untuk perkongsian..

      Padam
  4. BOLEH SYER BAGAIMANA PENILAIAN DIBUAT UNTUK PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS SEMPENA MERDEKA INI?

    BalasPadam
  5. info yang bermanfaat dari blog ni. memang best

    BalasPadam
  6. Banyak idea menarik hari kemerdekaan boleh diambil kira, terbaik

    BalasPadam
  7. Seronok tgk...bersemangat nk hias kelas...saya share idea yer....

    BalasPadam
  8. Terima kasih..dah bersedia nak sambut merdeka bulan 8 nanti dengan anak2 pelajar. Terima kasih berkongsi idea..

    BalasPadam
  9. Idea kreatif...mohon utk share..

    BalasPadam
  10. Idea kreatif...mohon utk share..

    BalasPadam