.

.

KARTiKEL

Ahad, 29 Mac 2015

Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah

Bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan transformasi dalam dunia pendidikan, maka pada bulan Februari yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Peringkat Sekolah. Bunyi nya seperti memerlukan begitu banyak komitmen. Namun berkat daripada usaha dan juga semangat daripada rakan guru, ternyata pertandingan ini memberikan sedikit sebanyak pendedahan mengenai inovasi kepada rakan guru di sekolah.

Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah
Pertandingan Inovasi 2015 SMK Jerlun

Semuanya bermula apabila suatu pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh PPD Kubang Pasu bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat daerah untuk tahun ini. Pertandingan diadakan bagi memilih inovasi guru yang layak untuk dipertandingkan semasa sambutan tersebut. Jika ada rezeki terpilih sebagai pemenang dan menepati kriteria pertandingan, maka inovasi tersebut akan mewakili Daerah Kubang Pasu ke peringkat negeri yang akan diadakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri nanti. InshaAllah.

Pengetua SMK Jerlun, Puan Rogayah Talib mengambil inisiatif dengan mengadakan Pertandingan Inovasi peringkat sekolah terlebih dahulu, sebelum pemenangnya akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Maka untuk itu, semua 13 Panitia yang ada di sekolah saya, dikehendaki untuk menyediakan satu inovasi bagi bidang masing-masing.


Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah
En Rashid sebagai Juri Jemputan

Mulanya semua terpinga-pinga kerana tak pernah terlibat dengan sebarang pertandingan inovasi sebelum ini. Termasuk lah saya juga. Tetapi lama kelamaan didapati, ada Panitia yang sudah melakukan usaha yang lebih jauh daripada yang diharapkan. Maka selepas itu, kesemua bergerak seperti yang dikehendaki. Malah pada akhir hari pertandingan, hampir kesemua Panitia tampil dengan inovasi masing-masing, lengkap dengan kertas kerja dan juga powerpoint untuk pembentangan. Hebat!

Panitia Sains pula mendapat idea inovasi daripada hasil perkongsian di group Cikgu Sains Kreatif. Dam permainan bagi sistem pembiakan tumbuhan. Perkongsian tadi kemudiannya ditambahbaik dengan beserta tambahan beberapa elemen teknologi ICT bagi memberi kelainan. Terima kasih kepada guru yang telah mengkongsikan idea tersebut! Mudah ler sket kerja kami.. ;)


Geng Panitia Sains : Cikgu Tengku Jasmaliza, Cikgu Sharifah, Cikgu Ayu, Cikgu Hailmi dan Cikgu Fadhli

Sesi pembentangan diadakan di Perpustakaan SMK Jerlun. Tetamu jemputan pula adalah Encik Rashid daripada PPD Kubang Pasu, yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan urusan inovasi bagi daerah ini. Encik Rashid juga akan bertindak sebagai Juri yang akan mengadili pertandingan peringkat sekolah ini, selain daripada Puan Pengetua, Puan Rogayah Talib, PK HEM, Encik Mohd Noor, dan PK 1, Encik Othman.


Pertandingan Inovasi 2015 Peringkat Sekolah
Pembentangan inovasi ciptaan Panitia Sains

Satu persatu Panitia mula membentangkan hasil inovasi mereka masing-masing. Seronok pula rasanya bila mendapat pengalaman melihat rakan-rakan guru membentangkan hasil kerja mereka masing-masing. Melihat kreativiti rakan guru dalam bidang masing-masing, dan mungkin boleh diubahsuai ke dalam subjek lain yang berkaitan. Cukup mengujakan.

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan adalah seperti, isu awal yang menyebabkan tercetusnya inovasi, idea ringkas, kelebihan inovasi, kos yang diperlukan dan juga kesesuaian inovasi untuk digunapakai dalam menambahbaik pembelajaran dan pengajaran.

Selesai sesi pembentangan semua Panitia, kami mendapat sedikit komen dan penerangan daripada Ketua Juri, iaitu Encik Rashid mengenai kelebihan dan kekurangan inovasi yang dihasilkan. Sedikit sebanyak ini memberi idea dan membuka minda kami mengenai apa kehendak sebenar pertandingan inovasi ini. Pengalaman yang sangat baik.


Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia KHB
Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia KHB


Naib Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia Bahasa Melayu
Naib Johan Inovasi SMK Jerlun : Panitia Bahasa Melayu


Ketiga Inovasi SMK Jerlun : Panitia Prinsip Akaun
Ketiga Inovasi SMK Jerlun : Panitia Prinsip Akaun


Keputusan akhir, seperti yang diduga, dijuarai oleh Panitia Kemahiran Hidup yang tampil dengan inovasi "Mesin Penggaul Tanah". Ciptaan oleh Puan Shida, Puan Azimah dan Puan Siti Maryam. Memang dah dijangka daripada awal kerana inovasi tampil jelas dengan ciptaan nya yang mudah dan diperbuat daripada bahan terpakai. Tahniah diucapkan!

Seperti yang saya katakan sebelum ini, ternyata pertandingan inovasi ini menjadi pembuka mata kepada ramai guru sekolah saya mengenai keperluan untuk berinovasi dalam mentransformasikan bidang pendidikan di Malaysia. Ternyata para guru juga bukan hanya sekadar pendidik, malah juga seorang Pencipta!



2 ulasan: