.

.

KARTiKEL

Jumaat, 6 Februari 2015

20 Laluan Naik Pangkat Dalam Perguruan

Masa mula-mula menjadi guru, selalu juga saya terfikir apa peluang yang saya ada untuk kenaikan pangkat selain daripada terpaksa beratur menanti giliran menjadi barisan petadbir, atau pun redho menanti hari untuk timebased. Kalau dilihat kepada kerjaya pegawai kerajaan yang lain, lambat juga sebenarnya tempoh untuk nak naik gred jika dibandingkan dengan pegawai lain, terutamanya ..................................... (Fill in the blank).

Jika ditanya kepada barisan pentadbir pun, pasti ada sesetengah nya kurang arif mengenai laluan-laluan ini. Maka saya ambil inisiatif sket untuk mencari maklumat dari sumber yang boleh dipercayai. Semoga selepas perkongsian ini, lebih ramai yang mempunyai arah tuju dan fokus yang lebih jelas dalam bidang perguruan selepas ini.


20 Laluan Naik Pangkat Dalam Perguruan


Perlu difahami bahawa ada 3 konsep laluan kerjaya sebagai guru ini, iaitu laluan HAKIKI, laluan KECEMERLANGAN dan laluan TIME-BASED. Laluan HAKIKI sebenarnya telah bermula sejak merdeka pada tahun 1957. Laluan KECEMERLANGAN pula hanya bermula pada tahun 1994. Dan laluan TIME-BASED adalah konsep laluan yang terbaru sekali diwujudkan, iaitu pada tahun 1998. Kemudian laluan TIME-BASED ditambahbaik kepada Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) pada tahun 2009 dengan tempoh kenaikan yang lebih singkat. 

Terkejut juga rupanya kita ada hampir 20 laluan untuk naik pangkat dalam dunia perguruan nih! Banyak. Tapi setakat yang saya tahu sebelum ini, hanya Timebased, Guru Cemerlang, Pentadbir, Guru Tingkatan 6 sahaja. Jom kita tengok apa lagi laluan yang boleh kita teroka dalam bidang perguruan ini.



Laluan Kenaikan bagi PPPS

Laluan Kenaikan Pangkat bagi Guru PPPS


1. Hakiki

Pentadbiran
Bagi mereka yang berminat dengan tugas sebagai Pengetua, Guru Penolong Kanan atau pun Ketua Bidang / Guru Kanan boleh mencuba laluan ini. Gred Hakiki bagi Penolong Kanan adalah 48, manakala Ketua Bidang / Guru Kanan adalah 44.

Bidang Umum / Teknikal / Pendidikan Islam
(Masih kurang jelas. Jika ada yang arif, dipersilakan sama-sama berkongsi)

IPGM / IAB
Perjawatan bagi pensyarah di Institut Perguruan Malaysia ataupun yang berkhidmat di Institut Aminudin Baki. Sekurang-kurangnya memiliki Master jika berminat untuk memohon.

Kolej Matrikulasi 
Tempoh berkhidmat dalam 41 lebih kurang 5 - 6 tahun, dan akan diberi kenaikan kepada 44(Hakiki) atas perjawatan sebagai Pensyarah Kolej Matrikulasi. Walaubagaimanapun peluang untuk bergerak ke gred seterusnya adalah agak terhad dan terbatas serta dalam sesetengah kes perlu bergerak ke Kolej Matrikulasi yang ada kekosongan.

Tingkatan 6
Guru yang mengajar Tingkatan 6 juga boleh dilantik ke jawatan HAKIKI sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 atau sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6.


2. Cemerlang
Laluan alternatif untuk guru yang tak minat pentadbiran dan juga mahukan laluan lebih ekspres.

Pengetua Cemerlang

Pegawai Cemerlang

Pensyarah Cemerlang

Guru Cemerlang (SM)

Guru Cemerlang (SR)


3. Time-Based
Ini laluan paling selamat dan paling selesa dan paling banyak para guru menunggu. Sebab bila cukup tempoh, semua pun akan dapat. Jika dahulu masa menunggu timebased adalah sehingga 10 tahun, tetapi kini, dengan TBBK (Time Based Berasaskan Kecemerlangan) tempoh timebased menjadi lebih singkat dengan formula 8 - 8 - 6 - 4 . Tapi jangan tak tahu. Ada sesetengah kes di mana ada pegawai yang tidak berjaya dalam urusan TBBK ini.


Time Based Biasa

Time Based Bekas PPLD


4. Khas

Guru Besar Bekas PPLD




Laluan Kenaikan bagi PPPLD

Laluan Kenaikan Pangkat bagi Guru PPPLD


1. Hakiki

2. GBC

3. Pengelola Cemerlang (JPN/ PPD)

4. GC

5. Pegawai Cemerlang

6. Time Based


Selain daripada yang dinyatakan di atas, beberapa jawatan lain juga dikatakan merupakan satu lagi laluan kenaikan pangkat, iaitu SISC+ dan juga SIP+. DIkatakan 2 jawatan ini akan mendapat kenaikan lebih ekspress berbanding Guru Cemerlang, iaitu terus naik kepada tangga gred yang seterusnya. Namun setelah hampir 2 tahun perlaksanaan, masih belum mendengar apa-apa pengesahan mengenai desas desus tersebut. Mungkin masih diuruskan penjawatannya. 


Apa-apa pun, semoga perkongsian ini membuka sedikit ruang minda dan peluang kepada semua rakan guru untuk mempunyai hala tuju dan fokus yang lebih jelas dalam dunia pendidikan. Baru lah seronok nak bekerja. Saya ucapkan selamat berjaya!


p/s: Sumber rujukan utama penghasilan entri ini adalah merujuk kepada Ringkasan Laluan Kerjaya PPPS dan PPPLD (2009). Mungkin terdapat sedikit perubahan dan perbezaan pada laluan semasa. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan mereka yang bertanggungjawab bagi maklumat yang lebih terkini. 




21 ulasan:

  1. kalau cn laluan selamat kot..time-based, ni tahun ke 6, xlama dah tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe.. laluan favorite tu.. xpe.. sekejap dah tu

      Padam
  2. ramai tunggu time based sebab senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah.. lebih kurang ler.. tapi TBBK skang nih pun tak semudah dulu. banyak juga benda kena buat tu

      Padam
  3. Kalo ada master gred dg41 lepasan kpli..ada kenaikan pangkat atau tangga gaji ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada apa kenaikan pangkat atau tangga gaji.. semuanya bermula sama.

      Padam
    2. Sds beza bang pda gaji...dlm pekeliling baru 2014

      Padam
  4. Adakah benar pengambilan guru pelatih ke ipgm semakin berkurangan... jadi tawaran jawatan pensayarah juga berkurangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak benar....pengambilan guru pelatih berjalan spt, biasa. Pengambilan pensyarah baru ke IPGK juga masih berjalan macam biasa,

      Padam
  5. Laluan tingkatan boleh ke terus ke gred lebih tinggi dari dg52.

    BalasPadam
  6. Assalam....bg guru yg ade master ade kelebihan tak dl
    m kenaikan....maksudnya dari segi tempoh dari dg 44 ke dg 48....tetap sama ke 8 thn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. buat waktu sekarang, tiada apa2 kelebihan utk guru yg ada master dan juga guru yang tak dak master. tempoh timebased juga sama. 8 tahun.

      Padam
  7. Saya gc sek.rendah lantikan 2010..dg44..saya ingin memohon jaw.pk..adakah benar saya perlu melepaskan gc..dan apakah prosedur yg betul..apakah benar..jawatan pk sek rendah xde dg48?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak salah saya dah betul dah tu. Cg perlu letak jawatan GC dulu untuk menjawat jawatan PK. Untuk gred tu saya tak pasti plak.

      Padam
  8. Saya ingin kepastian berkaitan laluan TBBK bagi Guru Penolong Kanan ex-ppld dari DG42 ke Dg44. Adakah benar tempoh masa bagi TBBK GPK ini hanya 6 tahun sahaja berbanding guru penolong iaitu 8 tahun?

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum
    Sy nk bertanya utk memohon gc ni kita mestilah berada dlm gred 41 atau gred 44?
    Terima kasih

    BalasPadam
  10. Macam mana nak tahu sama ada sesebuah daerah mempunyai kekosongan sebagai guru penolong kanan atau tidak?

    BalasPadam
  11. Jika seseorang itu menerima lantikan DG44(KUP)GC lebih awal dr timebasednya (8 tahun), adakah gaji pokok juga ikut berubah ke 44 mengikut kenaikan GC tersebut?

    BalasPadam
  12. Salam cikgu hailmi. sy nak tanya tentang Guru DG 41/44 lepasan KPLI dari Maktab untuk menjawat jawatan hakikin guru penolong kanan di sekolah rendah.. saya mohon pencerahan cikgu2 untuk explain mengenai perjawatan guru penolong kanan di sekolah rendah atau sek kebangsaan??. sekian, tq

    BalasPadam
  13. Cikgu, mcm mn cara untuk mengajar murid tingkatan 6 ya? Sy lulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian kaunseling.. Blm ad pengalaman mengajar..

    BalasPadam