About Me

Prosedur Rayuan Bagi Guru Yang Gagal TBBK

Bagi guru-guru yang gagal melepasi Kriteria Kecemerlangan (KC) bagi urusan kenaikan pangkat melalui Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK), di sini saya kongsikan prosedur rayuan TBBK. InshaAllah, jika ada rezeki, memang tak ke mana. Yang penting, kita usaha dahulu.

Prosedur Rayuan bagi guru yang gagal TBBK


Langkah 1 : Kenapa Anda Gagal?
Yang pertama, kita kena fahamkan dulu masalah anda. Anda gagal dalam TBBK ini adalah kerana anda mendapat markah penilaian kurang daripada 80%. Boleh rujuk 2 surat dari KPM kepada JPN Negeri yang menyatakan bahawa ada pegawai yang tidak melepasi Kriteria Kecemerlangan (KC) iaitu markah kurang daripada 80%.

Surat Rujukan
KP(PP)0017/18/6/30 Jld.4(8) bertarikh 4 Februari 2014 
KP(PP)SULIT 0063/1/1 Jld.17(16) bertarikh 14 Februari 2014


Langkah 2 : Kemukakan Rayuan
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mendapat markah kurang daripada 80%, anda boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan seperti Lampiran E kepada Panel Rayuan untuk penilaian semula.

DOWNLOAD Lampiran E - Borang Rayuan

Tapi ingat, rayuan bagi penilaian kriteria hanyalah dibenarkan sekali sahaja. So, buat betul-betul sebaik mungkin. Bak kata Pengakap, "Buat Sehabis Baik"!


Langkah 3 : Kenali Panel Rayuan Anda
Panel Rayuan adalah badan yang terdiri daripada 2 ahli, yang bertanggungjawab membuat penilaian semula. Mereka perlu bersidang dalam tempoh 3 bulan dari tarikh rayuan anda diterima. 

DOWNLOAD : Senarai Panel Penilai dan Panel Rayuan


Langkah 4 : KJ Kemukakan Laporan Panel Rayuan
Selepas selesai dinilai semula, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan Laporan Panel Rayuan dengan mengemukakan Lampiran F ke JPN Negeri untuk dipanjangkan ke KPM bagi pertimbangan dan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) 

DOWNLOAD : Lampiran F - Laporan Panel Rayuan


Alhamdulillah, selesai sudah rayuan TBBK anda. Teruskan berdoa semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Jika ada rezeki, inshaAllah tak ke mana. Jom kita sama-sama doakan yang terbaik untuk semua orang. Amin!




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kalau ikut time-based, CN ada 3 tahun lagi, harap2 markah skt kat skola baru ni ok la..sekola lama, pengetua kedekut, ssh nk dapat 80% , mmg bias ! even kita dah buat semua keje dengan habis baik, mengajar takde masalah, skt stil bawah 80%..mmg kecewa la..CN berdoa sangat dekat skola baru ni markah skt CN akan cantik.. ;)

    BalasPadam
  2. PT3-2014-GAGAL PASAL RAMAI GURU MALAS BUKAN BUDAK TAK PANDAI SEBAB GURU TAK PANDAI AJAR DAN TAK BOLEH DIAJAR

    BalasPadam
  3. Untuk bahagian asas2 rayuan apa yg perlu ditulis yer?

    BalasPadam