.

.

KARTiKEL

Rabu, 3 Disember 2014

Prosedur Bawa Kereta Masuk ke Indonesia

Baru-baru ini saya berpeluang untuk bercuti ke Pontianak bersama rakan. Dapat pengalaman baru apabila berada di negara orang. Pengalaman ini jadi lebih berharga disebabkan kami ke sana dengan menggunakan kereta. Dapat masuk ke jalan kampung dan melihat suasana sebenar di sana. 

Antara maklumat yang sukar dicari semasa buat survey untuk ke Pontianak, adalah prosedur membawa kereta ke sana. Maka, saya kongsikan di sini, prosedur secara ringkasnya untuk anda yang berminat nak ke Pontianak, Indonesia dengan menggunakan kereta sendiri. Semoga bermanfaat!



Dokumen Yang Perlu Disediakan
1. Fotostat green card (geran kereta) dengan cop basah
2. Surat kebenaran (jika gunakan kereta orang lain)



Prosedur Pergi
1) Urus kenderaan keluar dari Malaysia (Kastam Malaysia)

Urus kenderaan keluar dari Malaysia (Kastam Malaysia)
Borang yang perlu dilengkap isi untuk membawa kereta Malaysia keluar ke Indonesia

2) Urus pergerakan orang keluar dari Malaysia (Imigresen Malaysia)
3) Beli insuran Indonesia (Jasa Raharja Insurance)
* insuran Malaysia tak cover sampai ke Indonesia. So kena beli yang Indonesia punya insuran. Seminggu pun dah ok, kalau untuk perjalanan yang sekadar beberapa hari.

4) Lapor untuk keluar dari Malaysia (Polis Malaysia)
5) Urus kenderaan masuk ke Indonesia (Kastam Indonesia)
6) Urus pergerakan orang masuk ke Indonesia (Imigresen Indonesia)

Urus pergerakan orang masuk ke Indonesia (Imigresen Indonesia)
Borang yang perlu dilengkap isi untuk masuk ke Indonesia

7) Lapor untuk masuk ke Indonesia (Polis Indonesia)
8) Tampal insuran dan kebenaran masuk Indonesia

Sticker ini perlu ditampal sepanjang anda berada di Indonesia
Sticker ini perlu ditampal sepanjang anda berada di Indonesia

9) Teruskan perjalanan anda ke destinasi menarik yang ada di Pontianak.


Secara kasarnya, anggaran waktu untuk menyelesaikan urusan di sini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ada bayaran dikenakan untuk membayar insuran Indonesia dan juga sewaktu berurusan dengan pihak imigresen mereka. Lebih kurang RM80. Lebih awal anda uruskan di sini, lebih siang anda dapat sampai ke Pontianak.

Jika anda tak pasti dengan semua urusan, ada beberapa orang Indonesia yang 'sedia' membantu anda menguruskan semuanya dengan mengenakan bayaran. Mereka juga menyediakan servis tukaran mata wang. Tapi nasihat saya, lebih baik tukar awal-awal di bandar Serian / Kuching supaya anda ada lebih banyak pilihan untuk dapatkan pertukaran wang yang lebih tinggi.



Prosedur Balik
1) Urus pergerakan orang keluar dari Indonesia (Imigresen Indonesia)
2) Urus kenderaan keluar dari Indonesia (Kastam Indonesia)
3) Serahkan kembali sticker (Kastam Indonesia)
4) Lapor keluar dari Indonesia (Polis Indonesia)

Pintu masuk sempadan Indonesia - Malaysia di Entikong
Pintu masuk sempadan Indonesia - Malaysia di Entikong

5) Lapor sudah kembali ke Malaysia (Polis Malaysia)
6) Urus pergerakan orang kembali ke Malaysia (Imigresen Malaysia)

Kompleks Imigresen Malaysia di Tebedu, Sarawak
Kompleks Imigresen Malaysia di Tebedu, Sarawak

7) Urus kenderaan kembali ke Malaysia (Kastam Malaysia)
8) Selamat kembali ke Malaysia!


Secara kasarnya, anggaran waktu untuk menyelesaikan urusan di sini semasa kembali ke Malaysia adalah lebih cepat, iaitu kira-kira 30 minit sahaja. Beberapa orang Indonesia juga berada di sempadan Indonesia dengan menawarkan servis tukaran mata wang. Tapi nasihat saya, hati-hati dan lebih baik tukar di bandar Serian / Kuching supaya anda ada lebih banyak pilihan untuk dapatkan pertukaran wang yang lebih tinggi. 




9 ulasan:

  1. AssalammualIkum cikgu. Saya akan ke pontianak raya cina ni 19.2.2015. Sy ingin kepastiAn, apakah yg dimaksudkan dgn salinan green card dgn COP BASAH. Cop apa yg diperlukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam rizal.. yang itu maksudnya, salinan green card tu dicop dulu.. bukan yang fotostat daripada salinan green card yang dah dicop..

      Padam
  2. Assalamualaikum, cikgu sye nak tnya, kalau mcam sya dari selangor nak ke dumai atau batam lalu port klang bawak kerete sendiri boleh ke x ye? Persyaratan same ke x ? Trimakasih sblumnya, wassalamualaikum.

    BalasPadam
  3. Salam Cikgu. Berapa lama masa utk sampai ke Pontianak drp Tebedu?

    BalasPadam
  4. assalamualaikum cikgu saya nak bawa kete pegi balap kat medan sama je ke prosedurnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. itu saya tak pasti pulak. Cuma kalau tak salah saya, prosedur yang digunapakai adalah seperti yang ditetapkan prosedur antarabangsa.. jadi, mungkin ya lah kot

      Padam
  5. salam,saya nak tnya bagai mana cara mahu membeli kereta dari indonesia,anda tau ?

    BalasPadam
  6. salam cikgu .naktanye ni . bawak blk kereta pergi kt medan indonesia
    .bpe lak tambang nye.

    BalasPadam
  7. Salam cikgu,saya alim nak tanya.. cop basah salinan tu dicop oleh siapa..JPJ atau Kastam atau Bank jika masih lagi ada hutang. Jika tiada hutang dan sudah ada geran tu, perlukah diadakan salinan dan cop basah oleh siapa. Harap dapat membantu sekian terima kasih.

    BalasPadam