.

.

KARTiKEL

Khamis, 16 Oktober 2014

Siapa Malala Yousafzai?

Tiba-tiba saja dunia dikejutkan dengan satu nama yang tidak dikenali sebelum ini. Malala Yousafzai. Hanya berusia 17 tahun, gadis dari Pakistan ini dianugerahkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Keamanan baru-baru ini. Ada yang mempertikaikan kemenangan beliau pada usia yang semuda ini, malah ada juga yang memuji dan mengambil inspirasi daripada kemenangan beliau. Jom kita baca lebih lanjut apa sumbangan Malala Yousafzai sehingga melayakkan beliau dianugerahkan dengan anugerah masyhur di dunia ini.




Malala atau nama penuhnya Malala Yousafzai dilahirkan pada 12 Julai 1997. Muda kan? Beliau dari etnik Pashtun, beragama Islam - Sunni dan dilahirkan di daerah Swat, dalam provinsi Khyber Pakhtunkhwa, negara Pakistan. 

Malala sangat aktif dalam memperjuangkan hak wanita dalam pendidikan, terutamanya kanak-kanak. Malah dalam temuramah beliau yang pertama di kaca TV, soalan yang pertama dilontarkan kepada pemberita adalah "Berani sungguh Taliban merampas hak asasi saya terhadap pendidikan?". Atas jasanya ini lah yang menyebabkan Malala diberikan Anugerah Nobel Keamanan.




Malala sebenarnya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dengan latar belakang bapanya yang juga seorang guru dan aktivis hak asasi manusia. Pada usia beliau 11-12 tahun, Malala menulis sebuah blog tanpa nama dengan kerjasama BBC. Dalam blog ini, Malala menceritakan kisah hidupnya di bawah penguasaan Taliban, dan usaha beliau ke arah mempromosikan pendidikan kepada kanak-kanak perempuan di sana.




Detik yang mencetuskan fenomena 'Malala' yang luar biasa adalah apabila beliau ditembak dalam bas pada 9 Oktober 2012 dalam kawasannya sendiri. Malala tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal disebabkan 3 das tembakan tersebut. Beliau kemudian dihantar ke Queen Elizabeth Hospital di Birmingham, England bagi mendapatkan rawatan susulan.




Insiden tembakan ini lah yang menyebabkan nama Malala dikenali di seluruh dunia selepas itu. Malah seorang penulis, Deutsche Welle dalam artikelnya pada Januari 2013, menyatakan bahawa Malala kini merupakan "remaja paling popular dalam dunia" kerana insiden tersebut. Seorang lagi aktivis pendidikan, Gordon Brown juga dengan menggunakan slogan "I am Malala" menuntut semua kanak-kanak di dunia perlu diberi hak untuk menerima pendidikan.


Majalah TIME keluaran 29 April 2013, menggunakan wajah Malala sebagai cover muka depan dan menyenaraikan nama nya dalam senarai "100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia"!




Walau bagaimana pun ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa insiden ini adalah merupakan satu konspirasi terancang daripada pihak CIA bagi memburukkan lagi nama Taliban. Sekaligus dapat menaikkan nama Malala sebagai remaja contoh mengikut acuan mereka.


Sejak daripada itu, Malala Yousafzai mula menerima pengiktirafan dan banyak anugerah daripada pihak seluruh dunia. Kemuncak penglibatan Malala sebagai aktivis remaja dihangatkan lagi dengan pemilihan beliau sebagai penerima Anugerah Nobel Keamanan 2014 pada 10 Oktober 2014.




Pada usia semuda 17 tahun, atas sumbangan dan perjuangan beliau menentang keganasan dan penindasan terhadap kanak-kanak dan remaja serta memperjuangkan hak asasi bagi semua kanak-kanak untuk menerima pendidikan. Berkongsi anugerah tersebut bersama beliau adalah, Kailash Satyarthi, juga aktivitis kanak-kanak daripada India. 


Sebagai rekod, Malala merupakan rakyat Pakistan kedua yang pernah menerima Anugerah Nobel selepas Abdus Salam, seorang saintis Fizik yang menerima Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1979.




Penerimaan terhadap kejayaan Malala di Pakistan adalah bercampur baur. Kolumnis majalah Dawn, Huma Yusuf meringkaskan bahawa terdapat 3 komplen utama dalam kritikan terhadap Malala. 

"Kemahsyuran Malala hanya membuka sudut negatif negara Pakistan, kempen pendidikan beliau pula hanyalah merupakan agenda Barat dan kekaguman Barat terhadap beliau adalah sangat hipokrit, kerana dilihat berlebihan berbanding mangsa-mangsa lain"

Jurnalis, Assed Baig juga menyifatkan Malala hanya dipergunakan Barat bagi mewajarkan 'imperialisme Barat' bentuk baharu dan merupakan calon paling sesuai bagi orang putih melepaskan beban mereka dan kononnya untuk menyelamatkan sesuatu bangsa. Di media sosial, Malala juga dituduh sebagai hanyalah satu lagi ejen CIA.


Ada keanehan pada kisah dan perjuangan Malala Yousafzai?. Anda nilaikan sendiri..


6 ulasan:

  1. kali pertama dengar nama nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah beberapa kali dengar, tapi kali nih baru betul2 tau apa sumbangan beliau. Moga jadi inspirasi kepada anak-anak muda kita

      Padam
  2. sama dgn encik X kali pertama jgk dengar nama nih, bila baca entry ni dpt belajar byk perkara yg positif dr sudut pandangan kita sendiri..terima kasih cikgu hailmi ats perkongsian yg sgt bermanfaat :)
    CahayaVitamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nur Razali... moga jadi ilmu yang berguna.. ;)

      Padam
  3. Pertama kali mendengar nama dari rakan sekerja. Terus search dan perasaan ingin tahu siapa MALALA. Thanks untuk maklumat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Farra... Semoga kita beroleh manfaat daripada kisah Malala nih.. ;)

      Padam