.

.

KARTiKEL

Sabtu, 9 Ogos 2014

Misi Bintang Mencari Bintang

Hari nih saya bawak 2 orang pelajar saya ke bandar Sibu untuk main games! hu3.. Memang serious!

Sebenarnya dua-dua orang pelajar ini adalah pelajar bimbingan saya bagi Program Bintang Mencari Bintang anjuran Majlis Guru Cemerlang sekolah saya.

Dalam program tersebut, Seorang GC dikehendaki untuk membimbing 1 atau 2 orang pelajar cemerlang dengan tujuan menghasilkan 10 orang pelajar terbaik dengan bilangan A paling banyak untuk SPM tahun nih.


Misi Bintang Mencari Bintang : Cari buku di Popular


Untuk program macam ala-ala mentor-mentee nih, saya pilih Reemy dan Jasmine. Kedua-dua mereka pelajar pandai. Jasmine pelajar straight masa PMR, dan Reemy 7A 1B. Pandai kan?. Rugi kalau kita sebagai guru tak gunakan peluang untuk mendorong mereka memberikan yang terbaik untuk SPM mereka nanti.

Sepatutnya perjumpaan adalah mengikut kesesuaian masa guru dan pelajar. Disebabkan kesuntukan masa di sekolah, maka kami buat keputusan untuk meluangkan masa cuti Sabtu di luar bersama. Masa guru bersama pelajar. Sambil-sambil tu boleh juga ambil tahu masalah dan hal mereka di rumah.

Tujuan sebenarnya nak bawa mereka mencari beberapa buah buku rujukan / latihan untuk kegunaan mereka belajar. SPM dah dekat. Buku-buku tu satu keperluan juga untuk bantu mereka. Lagipun minggu depan dah nak start Percubaan 1.


Misi Bintang Mencari Bintang : Cikgu Hailmi bersama Reemy dan Jasmine


Maka dalam kereta sempat jugalah saya mengorek rahsia mereka di rumah dan bagaimana mereka belajar di rumah. Terkejut! Kedua-duanya tak belajar di rumah. Hanya belajar ketika di sekolah dan sementara menunggu bas pulang ke rumah.

Waktu di rumah dihabiskan dengan membuat kerja rumah. Sebab kerja rumah terlalu banyak (*semua guru pun terkejar-kejar nak bagi kerja rumah terbanyak!) maka sampai tak ada masa untuk ulangkaji dan belajar topik yang masih belum dikuasai.

Kedua-dua mereka juga datang daripada keluarga yang bukan berada. Yang juga bukan sederhana. Dengan pendapatan keluarga hanya lebih kurang RM600 sebulan, rasa anda, dapatkah digunakan untuk menyara 6 ahli keluarga dengan baik? Maka, beruntunglah kita..

Tapi itu bukan penghalang untuk dua orang pelajar ini mendapat keputusan cemerlang. Jasmine adalah pelajar yang dijangkakan akan mendapat 10A untuk SPM ini, manakala Reemy merupakan pelajar Islam yang terbaik di sekolah saya dengan sasaran sekurang-kurangnya 6A. Hebat kan mereka?

Selesai membeli buku rujukan di Popular, saya bawa mereka makan. Sempat juga saya tanyakan beberapa hal lain. Baru tahu, mereka tak pernah jejakkan kaki pun ke sebuah shopping complex yang ada di Sibu. Maka saya bawa mereka ke sana juga. Biar mereka ada pengalaman yang sama seperti pelajar lain.

Melintas dalam shopping complex tersebut, saya bawa mereka ke tempat permainan games. Tempat kesukaan pelajar sekolah, budak remaja. Dan saya yakin, memang inilah juga kali pertama mereka masuk ke tempat sebegini! Dan memang betul lah andaian saya.


Misi Bintang Mencari Bintang : Main games lumba kereta


Minggu depan mereka dah nak trial SPM. Maka saya sangat berharap keputusan mereka kali ini lebih baik daripada peperiksaan sebelumnya. Sekurang-kurangnya dapat juga diuji dan dianalisis mana yang kurang, mana yang lebih sebelum tibanya SPM, Oktober nanti.

Untuk anda yang berada pada kedudukan yang jauh lebih beruntung daripada mereka, maka bersyukurlah. Bersyukur dan gunakan peluang anda itu dengan sebaik mungkin!



p/s: Jom kita sama-sama doakan kejayaan mereka! 



10 ulasan:

  1. semoga mereka berjaya cikgu..

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    BalasPadam
  2. cikgu mengajar di smk bakun ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak Laila.. saya mengajar di SMK Luar Bandar No.1 Sibu

      Padam
  3. Diaorang lebihkan study smart dari study hard kot

    BalasPadam
  4. Setuju.stydy smart adalah kuncinya.fokus dlm kelas dan tgk nota sekali imbas kt rumah.beres.ready for exam

    BalasPadam
  5. Saya setuju dengan pendapat diatas. Sebab apa-apa yang kita buat perlukan rehat juga. Barula otak fresh untuk senang absorb ilmu.

    BalasPadam
  6. InshaAllah.. sama2 kita doakan yang terbaik buat dua orang pelajar saya nih.. ;)

    BalasPadam
  7. semoga mereka berdua berjaya dalam spm tahun nih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Titan.. Sama2 lah kita doakan kejayaan mereka.

      Padam