.

.

KARTiKEL

Sabtu, 26 Julai 2014

Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2015 / 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah melaksanakan proses pengambilan pelajar yang ingin mengikuti Program Matrikulasi bagi sesi 2015/ 2016. Pelajar yang berkelayakan dan berminat, sangat digalakkan untuk memohon. 

Bayaran permohonan melalui internet dikenakan bayaran sebanyak RM6.00 sahaja. Di mana no pin ini boleh dibeli di kaunter BSN dengan menggunakan no kad pengenalan seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan.

Bagi maklumat lanjut, boleh klik gambar iklan di bawah untuk dibesarkan.

Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2015/2016


Bagi permohonan melalui internet, pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui laman web rasmi KPM, http://www.moe.gov.my  mulai 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014.

Untuk adik-adik yang nak memohon, cikgu ucapkan selamat berjaya. Lepas dah selesai isi borang, jangan lupa belajar rajin-rajin. Isi borang, tapi tak belajar pun tak dak guna yer.. All da best!


4 ulasan:

  1. Salam, saya lepasan spm 2013 dan boleh ke saya memohon matrikulasi sesi 2015/2016 atau saya perlu ambil spm semula ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. saya tak pasti ler plak. perlu tengok syarat kemasukan dengan lebih lanjut...

      Padam
  2. kalau dah hantar permohonan tapi x print macane nk print smula?

    BalasPadam
  3. Salam, Cikgu. Program Matrikulasi ni terbuka kepada pelajar bukan warganegara ke tidak?

    BalasPadam