.

.

KARTiKEL

Jumaat, 23 Mei 2014

Pukul Cikgu Sampai Berdarah!

Hari ini saya menerima sekeping gambar printscreen yang memaparkan kejadian seorang cikgu dipukul dengan teruk oleh muridnya, pelajar Tingkatan 2. Kejadian yang  dikatakan berlaku di SMK Kota Kulai, Johor ini memaparkan gambar seorang guru dengan muka yang berlumuran darah. 

Budak Tingkatan 2 SMK Kota Kulai Johor pukul cikgu sampai berdarah


Ada 2 versi cerita yang dikatakan menjadi punca kepada berlakunya kejadian tersebut. Versi pertama mengatakan pelajar tersebut naik hangen kerana ditegur oleh guru tersebut kerana tidak masuk surau. Versi kedua pula mengatakan bahawa kerana ditegur untuk diam di dalam surau.

Walau apa pun versinya, hanya mereka yang berada di tempat kejadian yang tahu apa perkara sebenar yang berlaku. 

Keagresifan pelajar Tingkatan 2 tersebut sehingga boleh naik angin sampai mencederakan guru tersebut, merupakan satu hal yang patut dipandang oleh semua pihak. Tak mustahil juga jika tiada sebarang tindakan tegas, membolehkan pelajar lain juga meniru perbuatan tersebut. 

Jika guru berada dalam keadaan bahaya dan tidak dilindungi seperti itu, mampukah kami untuk masih menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik?

Budak Tingkatan 2 SMK Kota Kulai Johor pukul cikgu sampai berdarah

Saya yakin, dalam mana-mana kes yang melibatkan guru, majoriti daripadanya adalah disebabkan rasa mahu ambil berat dan bertanggungjawab terhadap kemenjadian muridnya untuk menjadi manusia yang terbaik. Hanya segelintir kecil sahaja yang mungkin kadang-kadang terbawa-bawa emosi dan juga sikap yang tidak betul. Namun pada akhirnya, tujuan utama, memang lah untuk mendidik.

Namun, jika sehingga berada pada tahap seperti ini, mampu kah lagi kami untuk membahayakan diri masing-masing dan membiarkan sahaja perlakuan tidak betul tersebut berlaku depan mata??.

Kalau orang lain, mungkin.

Tapi, ini jiwa pendidik!

Moga golongan pendidik terus diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran dan terus bersemangat memikul tanggungjawab berat ini demi agama, bangsa dan negara.


12 ulasan:

  1. ingtkan drama hari guru semata-mata..rupa2nya btol..hmmmm

    BalasPadam
  2. la kenapa cikgu itu tak elak,

    tapi apa pun kena banyak pihak membuka mata terhadap kejadian sebergini, nakal budak sekolah dahulu pun masih tidak berani untuk naik tangan keatas guru,

    BalasPadam
  3. 23hb Mei hari Jumaat. Johor cuti. Kes ni mesti hari Khamis 22hb Mei sbb ada menyatakan surau. Pagi Khamis semua murid Islam akan ke surau utk baca yassin.

    BalasPadam
  4. Takkan semua guru-guru akan pandang sahaja kejadian seperti ini...Apakah tindakan Kementerian bilamana guru tidak boleh merotan murid sehingga terjadi sebegini. Bilamana murid sudah melebihi guru...ini memang tak patut dan tindakan dari pihak sekolah perlu tegas. Jangan jadikan guru-guru semua seperti punching bag oleh murid-murid yang kurang pendidikan agama termasuk ibubapa mereka sekali...mungkin! ! !

    BalasPadam
    Balasan
    1. kusanief safaruddin.... memfitnah lebih dasyat dr berzina.... baik la anda beristigfar sblum menulis.... besok mati mana nk cari ibubapa pelajar ni nk minta ampun atas keterlanjuran penulisan anda... lain la kalau anda juga x punya didikan agama!!!

      Padam
  5. Semua pihak perlu pandang serius perkara ini...termasuk ibu bapa

    BalasPadam
  6. cikgu nie mulakan.. cekik leher pakai tali leher. pastu tumbuk perut budak nie

    BalasPadam
  7. mesti ada something yak buat darah budak ni mendidih sampai dok tumbok cikgu tu.. kalo takat suruh diam or tegur utk pegi surau jer takkan la sampai bertumbok..

    BalasPadam
  8. Kadang-kadang guru stress...mungkin kata2 guru yang menegur itu agak kesat dan mencabar kesabaran pelajar generasi y yang agak agresif...
    Kawan saya dilawan pelajar perempuan tahun dua dan pelajar tersebut meluahkan kemarahan dengan mengoyakkan buku latihan sendiri...jika tingkatan 2 tentu tindakannya sama dgn pelajar ini.

    BalasPadam
  9. apa2 pon harap settel elok2...tgk gaya cikgu muda...takot cikgu terlepas ckp...budak skg pon bukan main lgi...kita xda tempat kejadian...lagi pon mmg adat ...cerita yg disampaikan dari mulut ke mulut...kdg2 bertambah2....

    BalasPadam
  10. budak nih mmg x tau nk hrmat guru

    BalasPadam
  11. 1st hand yg sebarkan fitnah ni sdg di cari.... ade info tlg bgthu... brani lah bertanggungjwb atas ape yg anda sebarkan... brani kerana benar...klu anda berani sila tampilkan diri... jgn baling batu sembunyi tgn... cerita x sahih hanya akan mengundang pandangan buruk masyarakat terhadap ke2 2 pihak... dlm kes ini siasatlah dahulu... pergi lah mendapatkan info dr sekolah berkenaan. cikgu hailmi... jgnlah mempertahankan guru yg mmg juga bersalah... mendidik tak mesti menaikkan kaki tgn ke murid2... tanya juga rekod ape guru ini ade...brp kes melibatkan guru yg sama di sekolah ini.... br bt ulasan....

    BalasPadam