About Me

Pertandingan Kawad Kaki Sekolah 2014

Pada hari Rabu yang lalu telah berlangsung satu pertandingan kawad kaki antara unit beruniform bagi peringkat sekolah saya. Pertandingan ini adalah acara tahunan bagi aktiviti unit  beruniform, selain daripada aktiviti perkhemahan pada awal tahun. Lebih menarik, sebab pada tahun ini, Kadet Pertahanan Awam (KAPA) telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan pertandingan ini.

Pasukan KAPA mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki

Kebiasaannya, pertandingan ini diadakan pada bulan Ogos / September setiap tahun. Namun disebabkan ada aktiviti lain yang akan berlangsung pada bulan tersebut, maka pertandingan ini diselesaikan lebih awal daripada biasa.  

Guru penyelaras unit beruniform lengkap berpakaian seragam

Pertandingan disertai oleh 7 unit beruniform yang ada di sekolah saya, iaitu
1) Kadet Bomba
2) Kadet Polis
3) Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
4) Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
5) Kadet Remaja Sekolah (KRS)
6) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
7) Pandu Puteri

Hanya pasukan Pengakap sahaja yang tidak menghantar penyertaan pada tahun ini kerana tidak mempunyai bilangan peserta yang mencukupi.

Ketua Guru Penyelaras KAPA pada tahun ini adalah Cikgu Wan Ida Soffyani. Manakala guru penyelaras KAPA yang lain adalah Cikgu Tuan Asmadi, Cikgu Stephen Wong, Cikgu Khairul Ashaari, Cikgu Baida, CIkgu Helen, Cikgu Chua dan saya sendiri.

Pasukan KAPA mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki
 
Seperti biasa juga saya dilantik sebagai Jurulatih Kawad Kaki bagi pasukan KAPA. Jurulatih separa masak. Hu3.. Tapi, inshaAllah saya cuba usahakan yang terbaik bagi melatih ahli kadet untuk mampu berkawad sehebat pasukan lain. Sekadar rekod, pada Pertandingan Kawad Kaki tahun lepas, KAPA mendapat Naib Johan.

Pasukan KAPA dinilai oleh juri dalam Pertandingan Kawad Kaki

Untuk tahun ini, KAPA telah berjaya meraih tempat Ketiga. Johan disandang oleh PKBM dan tempat Kedua oleh pasukan Bomba. Walaupun berada pada tempat Ketiga, namun Skuad Leader bagi pasukan KAPA, iaitu Alice Isa telah berjaya merangkul gelaran Ketua Platun Terbaik. Ini juga membuktikan bahawa perempuan juga layak dipilih sebagai Ketua Platun jika melakukan yang terbaik ketika berada di pentas kawad.

Jom tengok sket beberapa aksi dan gambar kenangan pada hari pertandingan tersebut.

Pasukan KAPA mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki

Penolong Kanan 1, Mr Lau Ngie Tung menyampaikan hadiah kepada pemenang Kawad Kaki KAPA

Penolong Kanan 1, Mr Lau Ngie Tung menyampaikan hadiah kepada pemenang Kawad Kaki Bomba

Penolong Kanan 1, Mr Lau Ngie Tung menyampaikan hadiah kepada pemenang Kawad Kaki PKBM

Alice Isa dari KAPA memenangi Ketua Platun Terbaik

Pasukan PKBM bergambar kenangan dengan guru penyelaras

Pasukan KAPA bergambar kenangan dengan guru penyelaras KAPA

Semoga dengan adanya pertandingan kawad kaki sebegini, mampu untuk memeriahkan lagi aktiviti unit beruniform di sekolah. Pembentukan disiplin dan kemahiran mendengar arahan, boleh dipupuk dengan baik dengan pelaksanaan aktiviti seperti ini. Jom kita berkawad!

 

Catat Ulasan

0 Ulasan