About Me

Liga Remaja Kreatif 2014 Kembali Lagi!

Liga Remaja Kreatif 2014 (LRK2014) kembali lagi! Dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 28 Mei yang lalu, merupakan Pertandingan untuk kali keempat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang industri digital kreatif.

Liga Remaja Kreatif 2014 Kembali Lagi!

Bertemakan "Jalur Lebar Untuk Pendidikan", pertandingan kali ini tampil dengan kerjasama lebih banyak pihak seperti Telekom Malaysia Berhad dan Media Prima Digital.

Menariknya lagi, untuk tahun ini selain daripada kategori Video, turut diadakan 2 kategori baharu iaitu aplikasi mudah alih (apps) dan portal internet. Hadiah makin hebat. Malah ada anugerah khas Video Popular bagi kategori Video!

Pertandingan bermula mulai 28 Mei dan berakhir pada 4 Julai. So kena cepat-cepat rancang apa yang nak dibuat. Nak tahu apa syarat-syarat penyertaan?. Jom kita baca kat bawah

Liga Remaja Kreatif 2014 Kembali Lagi!

Syarat Penyertaan


A. Maklumat Peraduan

  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
  2. Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.

B. Kelayakan Pertandingan

  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. Terma dan syarat pertandingan

  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
  2. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 4 Julai 2014. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
  4. Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kepada pihak Sekolah.
  10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  15. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  18. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan atas talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
  19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  20. Borang Penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan:
    1. Biodata peserta;
    2. Perakuan daripada pihak sekolah; dan
    3. Perakuan penyertaan adalah kerja asli.


Hadiah


Peringkat Negeri

Hadiah tempat pertama : RM5,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat kedua : RM3,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah tempat ketiga : RM2,000 berserta 4 x kamera digital
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Peringkat Kebangsaan

Hadiah tempat pertama : RM10,000 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat kedua : RM7,500 berserta 4 x iPhone
Hadiah tempat ketiga : RM5,000 berserta 4 x iPhone
Portal Internet Terbaik : RM5,000 berserta 4 x iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik : RM5,000 berserta 4 x iPhone
Video Paling Popular : RM2,500
 

Best kan?.. Untuk yang nak mendapatkan sedikit gambaran apa yang kami dah lalui pada tahun lepas untuk Liga Remaja Kreatif 2013, boleh tengok-tengok entri kat bawah nih sebagai panduan. Ambik inspirasi. Ambik semangat. Mana tahu, untuk tahun ini rezeki anda pula! Semoga berjaya!




1. Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2013
2. Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 (Peringkat Sarawak)
3. Video Penuh Liga Remaja Kreatif 2013 (Penyertaan Sekolah Saya)
4. Video Pemenang Setiap Negeri LRK2013
5. Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013 (Peringkat Kebangsaan)



Nak bagi lagi meriah lagi Liga Remaja Kreatif 2014 tahun ini, jangan lupa gunakan hashtag #LRK2014 di Facebook dan Twitter bagi berhubung antara satu sama lain dan berkongsi minat, pengalaman, dan maklumat terkini mengenai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014. Kita bikin gempak sket tahun nih! ;)

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang LRK 2014 di http://lrk.mcmc.gov.my.

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Saya nak tahu di mana saya boleh dapat borang penyertaan.Apabila sya klik di laman sesawang SKKM di bahagian borang penyertaan ia tiada keluar apa2 paparan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat sementara waktu nih masih belum ada di laman web rasmi LRK.. HAziq boleh sediakan dulu video sementara nak tunggu borang pendaftaran dibuka.. semoga berjaya yer.. ;)

      Padam
  2. Balasan
    1. selagi berunsur pendidikan, rasanya tak bermasalah.. ;)

      Padam
  3. assalamualaikum,, nk tye, yg borang penyertaan tu, kn diisi oleh ketua,,, selepas tu bila video dh siap, borang itu dihtr sekali namun bagaimana dgn nama ahli kumpulan yg lain ?

    BalasPadam
  4. assalamualaikum cikgu,, nk tye, sye punya jalan cerita berdasarkan keterangan kebaikan serta kesannya,, dan menceritakan kaedah lme dgn baru (sye bandingkn). blh x cikgu ?

    BalasPadam
  5. mintak2 la menang tahun ni.. haha. (group kelantan)

    BalasPadam
  6. Salam cikgu.. Boleh x saya ingin mengetahui mengenai skop permarkahan video liga remaja kretif ini?? Aspek2 yg dinilai oleh para juri??

    BalasPadam
  7. Cikgu tupang tanya jikalau saya upload video pada tarik 4 julai 2014...adakah video saya itu masih diterima atau di reject

    BalasPadam
  8. assalamualaikum cikgu . . apakah maksud URL portal internet??

    BalasPadam
  9. lagi satu cikgu,bolehh ke saya buat portal internet tentang sinopsisi nilam??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye boleh.. bergantung kepada kreativiti Hamieza..
      Selamat berjaya yer!

      Padam
  10. Cikgu saya konfius la berapa lama tempoh video tu actually??

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca semula syarat pertandinagn .. 2 hingga 5 minit jer kan..
      all da best yer

      Padam
  11. assalamualaikum. kalau saya hantar selepas tarikh 4 ogos adakah masih dterima? mohon respon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. tak jadi masalah sebab tarikh tutup adalah pada 15 ogos

      Padam
    2. Sudah mulakah dipanggil peserta top 10

      Padam
  12. Saya aisyah... Bleyh x Cikgu muat naik contoh video SBB saya xde idea nk wt video..mohon respon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Aisyah boleh tengok video2 pemenang tahun terdahulu dan juga boleh ambik idea daripada video yang dah kuar tahun ini.. Cuba search di Youtube "Liga Remaja Kreatif 2014".. banyak pilihan.. mungkin boleh bagi idea untuk Aisyah.. selamat mencuba yer

      Padam
  13. ckgu , knp video saya xdpt d upload ??

    BalasPadam
  14. bile tarikh pengumuman pemenang LRK2014?

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum ada maklumat
      tapi kalau mengikut yang tahun lepas, majlis penyampaian hadiah dah start mula bagi pada pertengahan Ogos sampai september

      Padam
  15. nk tanya bile tarikh pegumuman dibuat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. LRK2014 dah mula dipanggil pemenangnya.. majlis mula pada 30sept. rujuk entri terbaru saya ye untuk info majlis penyampaian hadiah LRK2014

      Padam
  16. alhamdulillah surat telah saya dapat doakan saye untuk dpt top 3 dlm peringkat negeri sembilan (zon tengah)

    BalasPadam