.

.

KARTiKEL

Rabu, 14 Mei 2014

Filem Pendek Sempena Hari Guru 2014

Dalam melayani kesibukan musim kawad kaki dan juga latihan pusat pasukan Sofbol Sibu, sempat juga saya dan beberapa orang pelajar meluangkan masa untuk menghasilkan sebuah filem pendek sempena Hari Guru 2014.

Filem Pendek Sempena Hari Guru 2014


Jika dilihat semula, sudah agak lama kami, geng-geng video ini tidak menghasilkan video bagi tayangan drama Hari Guru di sekolah. Kali terakhir adalah pada tahun 2012, dengan video Kasut Kelopak Jantung, hasil daripada adaptasi novel KOMSAS Tingkatan 1. Maka ini adalah peluang terbaik bagi kami menghasilkan video pendek yang baik untuk sambutan Hari Guru.





Pengalaman Penghasilan Filem Pendek Hari Guru
Langkah pertama setelah diberikan tugas menghasilkan video adalah mengumpulkan kumpulan pelajar berpotensi untuk dibimbing. Maka saya cuba libatkan Charry Fressly (3C), Esther Maxcuel (3C), Roderick Renggie (KRK2) dan Joedexpher (KRK2) dalam membikin skrip. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan atas komitmen dan pengalaman pelajar-pelajar dalam penghasilan video sebelum ini.

Masa yang diperuntukkan untuk sesi penulisan skrip ini agak lama, hampir seminggu kerana memandangkan kami mahu menghasilkan filem pendek ini dengan lebih berkualiti. Maka penekanan kepada penghasilan skrip yang bagus adalah sangat penting dan memang saya titik beratkan sejak dari awal penghasilan.

Sinopsis Cerita:
Kisah mengenai pelajar murung bernama Addelarrie yang sering dimalukan oleh gurunya, Cikgu Zafril. Akibat dalam satu kejadian di dalam kelas, maka Cikgu Zafril kemudiannya di'kenal'kan semula dengan Addelarrie yang sebenar, suatu ketika dahulu oleh Cikgu Erin. Apa cerita seterusnya?.. Sama-sama saksikan filem pendek, "Selamat Hari Guru, Cikgu..."    ;)

Bagi melicinkan lagi perjalanan proses penggambaran kami, maka masa dan babak-babak dirancang dengan teliti dan mengambil kira beberapa faktor. Pemilihan pelakon juga penting memandangkan lakonan yang bagus boleh memberikan nilai tambah kepada filem pendek tersebut di samping jalan cerita yang menarik.

Proses penggambaran mengambil masa 3 hari, selepas tamat sesi persekolahan. Manakala proses akhir, iaitu proses suntingan (editing) pula memakan masa lebih lama, hampir 5 hari. 

Filem Pendek Sempena Hari Guru 2014


Alhamdulillah juga sebab filem pendek tersebut dapat disiapkan pada masanya, iaitu sebelum Majlis Sambutan Hari Guru 2014 pada 16 Mei ini. 

Dijemput juga semua cikgu-cikgu, pelajar-pelajar dan semua viewer untuk menonton dan menghayati kisah dari filem pendek ini. Moga menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Saya ambil kesempatan juga untuk ucapkan Selamat Hari Guru 2014!


p/s: Dah 2 tahun tak dapat nak join sambutan Hari Guru kat sekolah sebab asyik terlibat dengan aktiviti di luar bahagian Sibu. Tahun nih sambut di Mukah saja, bersama pemain-pemain sofbol. ok, ada kenangan jugak lah.. ;)

5 ulasan:

  1. alahai..terharunya...bukan mudah menjadi seorang guru, tapi CN bangga menjadi seorang guru ! Alhamdulilah, walaupun di skola baru, ada juga peminat CN yang bagi hadiah hari guru..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. bila dah jadi cikgu nih, memang rasa bangga betul jadi cikgu..
      ada feel nya tu

      Padam
  2. Menyentuh hati. Syabas cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Haliza.. moga jadi pedoman untuk mereka yang di luar sana..

      Padam