About Me

Lesson Study di Malaysia

Lesson Study berasal dari bahasa Jepun, “jugyokenkyu” yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jugyo’ bermaksud pelajaran, dan ‘kenkyu’ yang bererti pengkajian. Lesson Study yang telah mula bertapak di Jepun pada tahun 1960an merupakan penelitian atau pengkajian terhadap pelajaran. 

Lesson Study PLC

Ia merupakan satu program pembangunan professional guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri individu guru dan anggota kumpulan. 

Melalui kegiatan Lesson Study, guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka supaya dapat memberikan impak yang positif terhadap aspek pembelajaran pelajar.

Bagaimana Berkembangnya Lesson Study? 
Kajian VideoTIMSS (1995) melibatkan tiga buah negara: Amerika Syarikat, Germany dan Jepun mendapati pengajaran dan pembelajaran matematik di Jepun amat berkualiti. Berdasarkan Kajian Video TIMSS 1995: “Lesson Study telah banyak menyumbang kepada prestasi tinggi pengajaran guru dalam bilik darjah”

Bermula tahun 2000, terdapat minat dan perhatian dalam kalangan penyelidik dan pendidik terhadap Lesson Study sebagai suatu amalan perkembangan profesional guru yang berkesan.

Lesson Study PLC di Malaysia
Dalam tempoh tiga tahun, kumpulan Lesson Study (Lesson Study Groups) telah mula dan berkembang di 200 sekolah dalam 25 negeri di Amerika Syarikat. JICA (Japan International Cooperation Agency) telah menaja dan memperkenalkan Lesson Study kepada negara-negara Afrika dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan. APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah menaja projek “Innovations of Mathematics Education through Lesson Study” dalam kalangan 21 negara APEC sejak 2006. 

Perkembangan Lesson Study di Malaysia
Di Malaysia, Lesson Study bermula sebagai kajian penyelidikan di peringkat Sarjana /PhD pada tahun 2004. Agak lambat jika dibandingkan dengan beberapa negara lain sekitar kita seperti Thailand dan Singapura.
Kitaran Lesson Study PLC


Ada empat ciri utama Lesson Study iaitu; 
(i) Lesson Study ialah model peningkatan pengajaran guru berterusan jangka panjang,
(ii) Lesson Study berfokus kepada pembelajaran murid 
(iii) Lesson Study secara langsung bertumpu kepada peningkatan pengajaran dalam konteks 
(iv) Lesson Study bersifat kolaboratif






Untuk maklumat lebih lanjut, boleh baca pengalaman dan tonton video contoh Lesson Study bagi subjek Sains hasil kolaborasi saya dan kawan-kawan pada artikel "Contoh Lesson Study bagi subjek Sains [Video]"


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. cikgu hailme, artikel cikgu memang bagus..mslh sy susah sikit nak baca yg tulisan gelap dgn latar yg hitam. tq

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu atas keprihatinan.. saya dah betulkan semula warna tulisan supaya lebih mudah dibaca.. Terima kasih! ;)

    BalasPadam
  3. Cikgu yg betul2 Cemerlang. Lahirnya murid/pelajar yg terbilang asbab adanya guru2 yg berdedikasi begini.

    Dato' Maharaja Lela

    BalasPadam
  4. Terima kasih Cikgu Dato Maharaja Lela.. sekadar perkongsian.. ;)

    BalasPadam
  5. As Salam. Terima kasih atas perkongsian ilmu begini. Tahniah dan teruskan...

    BalasPadam
  6. mohon izin saya salin apa2 maklumat dalam blog tuan

    BalasPadam
  7. SANGAT MEMBANTU DALAM PDPC GURU

    BalasPadam