.

.

KARTiKEL

Ahad, 27 April 2014

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik

Minggu ini berakhir sudah aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Kimia bagi menjayakan bulan Sains dan Matematik tahun 2014. Panitia Kimia telah menjalankan 4 aktiviti yang agak menarik pada tahun ini, iaitu Explorace Kimia, Kuiz Kimia, Bengkel Kimia dan Video Kimia. 

01 Explorace Kimia
Aktiviti ini adalah seakan-akan program tv yang glamer suatu ketika dahulu dan mengambil inspirasi The Amazing Race. Pelajar akan bergerak ke stesen, dengan setiap tugasan bertemakan Kimia akan menunggu mereka di sana untuk diselesaikan. Ada 4 stesen dengan setiap daripada dikendalikan oleh seorang guru Kimia. Cikgu Mackie pada stesen A, Cikgu Hailmi pada stesen B, Cikgu Tang Kie Hua pada stesen C dan Cikgu Belle Mahonie pada stesen D.

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik Explorace Kimia

Tugasan pelajar bagi setiap stesen adalah memasang radas dan peralatan bagi eksperimen Kimia. Hanya pasang dan tak perlu lakukan eksperimen. Kemudian kemahiran mengendalikan bahan dan radas akan diberi penilaian oleh guru. Pelajar juga kemudiannya diuji dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan eksperimen tersebut. 

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik Explorace Kimia

Explorace Kimia pada kali ini nampak lebih teratur pergerakannya, walaupun pelajar ramai yang terlibat dengan latihan kawad kaki yang sedang rancak berlangsung di sekolah. Pelajar pembantu juga memang enjoy dengan aktiviti kerana dalam masa yang sama dapat belajar serba sedikit.


02 Kuiz Kimia
Aktiviti Kuiz Kimia kali ini juga tak kurang menariknya. Panitia Kimia telah melibatkan kesemua kelas aliran Sains dengan membentuk 6 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli. 

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik kuiz Kimia

Kuiz dibahagikan kepada 3 pusingan. Pusingan pertama adalah pusingan BETUL atau SALAH. Setiap kumpulan diberi peluang yang sama untuk menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan, dengan jawapan yang betul akan menerima 5 markah dan jawapan yang salah akan ditolak 3 markah. 4 kumpulan dengan markah tertinggi akan mara ke pusingan kedua.

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik kuiz Kimia

Pusingan kedua pula adalah pusingan Gerak Kerja Kumpulan. Pelajar dikehendaki memasang radas dan peralatan kimia mengikut seperti yang dibacakan oleh rakan mereka. Guru pula akan menilai setiap gerak kerja mereka, adakah betul dari segi kemahiran manipulatif dan mengendalikan peralatan tersebut. 2 kumpulan dengan markah tertinggi akan mara ke pusingan ketiga.

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik kuiz Kimia

Pada pusingan terakhir ini, 2 kumpulan tadi akan menjawab soalan objektif. Kumpulan akan memilih nombor soalan, kemudian soalan akan dibacakan kepada peserta. Bagi membantu para peserta menjawab, soalan juga dipaparkan melalui LCD menggunakan persembahan powerpoint.

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik kuiz Kimia

Penglibatan pelajar agak bagus, terutamanya jika kita libatkan penonton bagi membantu untuk menjawab soalan yang dijawab dengan salah oleh peserta. Sedikit hadiah kecil berupa makanan ringan juga boleh diberi sebagai galakan kepada pelajar.


03 Bengkel Kimia
Rasanya sudah lama, Panitia Kimia tidak menjemput sebarang penceramah luar bagi memberikan ceramah mengenai kemahiran teknik menjawab soalan Kimia SPM. Maka pada tahun ini bagi mencari kelainan, maka Panitia Kimia telah menjemput Cikgu Francesca Lau daripada SMK Methodist Sibu bagi berkongsi dengan pelajar kami.

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik bengkel Kimia


Cikgu Francesca Lau adalah merupakan seorang Guru Cemerlang Kimia dan beliau juga merupakan salah seorang penyemak kertas soalan Kimia. Jadi pemilihan beliau adalah sangat bertepatan ke arah membantu pelajar-pelajar kami meningkatkan lagi pengetahuan dalam kemahiran menjawab soalan.

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik bengkel Kimia

Kehadiran pelajar juga agak memuaskan dengan bilangan yang tidak hadir adalah sangat sedikit dan semuanya dengan sebab yang munasabah. Pelajar yang hadir pula ternyata teruja untuk melibatkan diri dengan aktif sepanjang ceramah berlangsung.

4 Aktiviti Menarik Panitia Kimia Sempena Bulan Sains dan Matematik bengkel Kimia


Cikgu Francesca Lau pula memang merupakan seorang penceramah yang baik. Gaya penyampaian dan lawak jenaka yang diselitkan sepanjang ceramah, ternyata tidak membosankan para pelajar untuk mengikuti ceramahnya. Tahniah diucapkan kepada beliau.


04 Pertandingan Video Kimia
Bagi pertandingan Video Kimia, kami melibatkan pelajar kelas aliran Sains dengan mereka perlu menghasilkan satu video pembentangan perkara yang berkaitan dengan Kimia. Masa yang diberi adalah 5 - 10 minit.

Para peserta telah diberi masa sepanjang 1 minggu bagi melakukan persediaan bahan mereka. Mereka juga dibekalkan dengan 1 keping manila kad dan 2 pen marker bagi membantu menyediakan bahan semasa pembentangan.

Yang bagusnya, banyak kumpulan yang muncul dengan persembahan bahan yang sangat menarik dan kreatif. Usaha mereka yang bersungguh dengan menyediakan bahan tambahan memang sangat mengujakan saya. 

Saya akan kongsikan video dan kisah penuh mereka dalam entri yang seterusnya. Semoga boleh memberi manfaat juga kepada rakan guru yang lain.


Bagi yang inginkan idea dan cadangan bagi aktiviti Sains dan Matematik yang menarik, anda boleh lah juga baca entri 21 Aktiviti Menarik Bulan Sains dan Matematik. InshaAllah membantu!


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan