.

.

KARTiKEL

Isnin, 31 Mac 2014

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) Sesi Kemasukan 2014/2015

PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MAGHRIBI) BAGI SESI KEMASUKAN 2014/2015

Permohonan Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) Sesi Kemasukan 2014/2015
31 March 2014

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian di http://app.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.
  1. Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  1. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611/6627.
 
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

16 ulasan:

  1. CN pernah plan gak nak further study, tapi bila dah ada anak ni, malas lak jadinya..boleh tak? hehe

    BalasPadam
  2. macam mane nak apply atas on9 ni ?xboleh un

    BalasPadam
    Balasan
    1. IzaHn.. cikgu dah update laman web yang berkenaan.. boleh cuba sekali lagi yer.. Semoga berjaya! ;)

      Padam
    2. saya pun dah isi

      Padam
  3. Saya kuran jelas nak isi bahagian maklumat penajaan tu.dia maksudkan tajaan yang kita pohon atau yang kita dapat?

    BalasPadam
  4. ckgu,, saya nak tnya,, bhagian penajaan tu cam ne plak??

    BalasPadam
  5. mintak maaf.. cikgu pun tak pasti.. boleh rujuk bahagian yang berkenaan di Kementerian Pendidikan.. Semoga berjaya ya

    BalasPadam
  6. submit dokument tu perlu direct ke office ke?xblh by email?

    BalasPadam
  7. dokumen2 sokongan seperti apa ye?

    :)

    BalasPadam
  8. Saya nak tanya, kalau nak belajar kat timur tengah tu (Mesir/ Jordan), nak nak dapatkan penaja bagi bagi pohon pinjaman. JPA dan MARA dah tak buat penajaan lagi bagi lepasan SPM, pohon bantuan.

    BalasPadam
  9. Saya ada buat permohonan, bila tarikh keputusan dia?

    BalasPadam
  10. boleh x nk apply permohonan ke msir lagi buat masa sekarang?? atau terpaksa tggu tahun depan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. permohonan tahun nih dah ditutup..
      boleh cuba tahun depan..
      tapi kena tengok dulu lah yer syarat

      Padam
  11. cg tau kenapa keputusan permohonan ke mesir ditangguhkan hingga hujung bulan ni??

    BalasPadam