.

.

KARTiKEL

Ahad, 9 Februari 2014

Peluang Terakhir Undi #MSMW2014

Esok 10 Februari maka genaplah 10 hari tempoh yang diberikan oleh pihak penganjur untuk anda mengundi blog pilihan anda di Malaysia Media Social Week 2014. Blog ini yang dicalonkan untuk BEST EDUCATIONAL BLOG juga merupakan percubaan pertama saya nak menyebarluaskan lagi jenama blog ini.

Walau apa pun hasilnya nanti, saya tetap akan berpuas hati. Rasanya banyak dah mata yang terbuka apabila melihat pencalonan blog ini dalam anugerah berprestij tu. InshaAllah pengalaman menyertai anugerah blog sebegini akan mampu memberi saya sedikit panduan berguna untuk memperbaiki lagi kualiti blog di masa akan datang.

Selepas pusingan peringkat pertama iaitu undian awam yang merupakan 80% daripada keseluruhan markah, blog terpilih akan dinilai pula oleh para juri. 20% markah adalah terdiri daripada 10% kualiti kandungan, 5% rekabentuk, dan 5% lagi untuk etika dan keberkesanan blog.

Untuk yang dah bersusah payah mengundi blog ini, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Bagi anda yang belum mengundi, dan rasa nak mengundi blog CiKGUHAiLMi untuk BEST EDUCATIONAL BLOG, anda boleh UNDI di SINI. Tak banyak masa yang tinggal. Jadi baik lah bersegera.



Terima kasih juga saya ucapkan kepada page PBS Gags, yang sudi promosikan VOTE untuk blog ini di page mereka. Thank you guys!

Tak lupa juga kepada rakan blogger yang menyatakan sokongan kepada blog ini di blog mereka. Terima kasih banyak BroFramestone dan juga Acik AkuPenghibur! Dua-dua orang blogger hebat nih.. ;)


Adakah saya akan berjaya ke pusingan seterusnya?. Sama-sama kita nantikan.. 


5 ulasan:

  1. semoga berjaya yer..CN tak sempat nk mencalonkan diri sebab sibuk..huhu..tapi takper, CN support rakan seperjuangan ;)

    BalasPadam
  2. CN dah tukar domain baru http://www.cekgunorazimah.com/
    Nanti masukkan la yer dalam list..hehe

    BalasPadam