.

.

KARTiKEL

Selasa, 11 Februari 2014

Peluang Guru Sambung Belajar di Jepun 2014!

Rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Jepun dan latihan perguruan di negara itu dipelawa memohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun (Monbukagakusho(MEXT)), yang dibuka sehingga 11 Mac.

Menurut Kedutaan Jepun dalam kenyataan di sini, biasiswa bagi kursus bukan ijazah selama setahun dalam pengajian Jepun itu ditawarkan kepada siswazah tahun kedua dan ketiga mana-mana universiti tempatan dengan pengkhususan utama dalam bahasa atau budaya Jepun. 


Peluang Guru Sambung Belajar di Jepun 2014!

Pemohon mestilah berusia antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2014 iaitu mereka yang lahir antara 2 April 1984 dan 1 April 1996, serta fasih dalam bahasa Jepun.

Sementara itu, biasiswa untuk kursus pengajian bukan ijazah selama 18 bulan bagi latihan perguruan, terbuka kepada siswazah universiti atau maktab perguruan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman berkhidmat di sekolah rendah, menengah atau sebagai staf akademik di mana-mana maktab perguruan.

Pemohon juga mesti berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014 iaitu mereka yang lahir selepas 2 April 1979 dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris serta ingin mempelajari bahasa Jepun.

Menurut kedutaan itu, setiap penerima biasiswa yang layak bagi mengikuti pengajian Jepun akan diberikan elaun bulanan kira-kira 117,000 Yen (RM3,800), manakala bagi latihan perguruan, kira-kira 143,000 yen (RM4,600).

Mereka yang layak akan turut menerima tiket penerbangan pergi dan balik, serta pengecualian pembayaran yuran peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti. 


Permohonan bagi biasiswa pengajian Jepun perlu dikemukakan di kedutaan itu dan pemohon boleh melayari http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm atau menghubungi 03-2177 2600 sambungan 157 atau 146 untuk maklumat lanjut.

Bagi permohonan biasiswa latihan perguruan pula, ia perlu dilakukan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam dan pemohon boleh melayari http://www.jpa.gov.my/ atau menghubungi Cik Wan Izni Wan Hamdi di 03-8885 3420 atau izni.hamdi@jpa.gov.my atau Puan Nazrina Abdul Malik di talian 03-8885 3438 atau nazrina.malik@jpa.gov.my untuk maklumat lanjut.

Permohonan bagi kedua-dua biasiswa ditutup jam 4 petang pada 11 Mac ini dan pihak kedutaan akan menghubungi mereka yang memenuhi syarat melalui emel atau surat untuk temu duga yang dijangka diadakan pada 1 atau 2 April. - BERNAMA 

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan