.

.

KARTiKEL

Selasa, 4 Februari 2014

Lagi Seminggu Untuk Vote #MSMW2014

Masa berbaki tinggal lagi 1 minggu sahaja lagi untuk anda semua mengundi blog pilihan anda dalam MSMW2014 yang bakal berlangsung pada penghujung bulan Februari nanti. Masalahnya, sudah kah anda menunaikan kewajipan mengundi blog-blog pilihan anda? Kalau belum, jom kita vote sama-sama.

Lagi Seminggu Untuk Vote Blog Pilihan Anda #MSMW2014

Sejujurnya, saya sendiri pun blom habis lagi mengVote blog-blog rakan blogger yang lain. Ada kategori yang sudah, ada juga yang belum. Yang belum tu sebab dok tengah memikir siapa yang paling layak nak diundi dalam setiap kategori yang dipertandingkan.


Meh nak bocor rahsia sket nih..

Bagi kategori Lifestyle, saya memang terus terang saya bagitau memang saya vote untuk blog Achik, www.akupenghibur.com. Sebagai tanda sokongan kepada Achik, blogger yang sentiasa support blog saya, sejak dari awal kemunculan, hingga lah sekarang.

Untuk kategori Micro Blog, saya terpanggil nak vote untuk Broframestone punya blog, www.typo.my. Walaupun blog nampak sempoi saja, tapi kandungan dia penuh dengan bahan-bahan boleh bagi anda tersengih sorang-sorang. Lagipun yang lain, tak berapa nak kenal sangat. Hu3.

Kategori Music and Entertainment, saya vote untuk www.hyebro.com. Blog yang lain serius tak pernah terjah. Lagipun, blog hiburan Broframestone nih memang update dengan benda hiburan terbaru. Lagi-lagi lah sejak beliau dilantik jadi blogger rasmi untuk promo filem terbaru MIG, David Teo punya syarikat tu.

Bagi kategori Educational, hu3.. malu lah plak nak sebut.. opkoz ler vote blog sendiri kan, www.cikguhailmi.com. Siapa lah lagi yang nak vote, melainkan tuan empunya sendiri, ye dak? Anda pun kalau rasa teringin nak vote untuk saya, boleh pergi vote kat SINI

Yang kategori lain, masih belum bervote lagi. Tengah menilai lagi peserta yang bertanding. Hu3.. Penilaian versi saya lah. Bukan pakar sangat pun. Mungkin tunggu kempen siapa yang paling menusuk di kalbu kot! 


Dalam pada itu, saya jugak terperasankan satu entri di blog Broframestone. Entri pasal cadangan blog untuk divote dalam MSMW2014 nih. Fokus pada yang no.9 tu. Walaweh! Blog saya dicadangkan diundi untuk Best Educational Blog!! 


Broframestone promote blog cikguhailmi #MSMW2014

Gila habaq hang! Serius rasa bangga bila blogger feymes lagi dikenali macam tu, boleh cadangkan blog saya nih untuk diundi. Bukan kecil tu bagi saya. Kita nih baru setahun dua blogging. Nak dibanding dengan mereka-mereka yang dah berblogging 7 8 tahun. Boleh tengok lagi senarai blog yang beliau cadangkan kat SINI.

Kalau Broframestone pun boleh cadang blog www.cikguhailmi.com untuk diundi, anda bila lagi nak mengVOTE nih?. He3.. Jom VOTE kat SINI cepat-cepat. Seminggu jer lagi tinggal. Untuk yang dah VOTE, saya ucapkan jutaan terima kasih!

3 ulasan: