.

.

KARTiKEL

Ahad, 2 Februari 2014

Jom Undi #MSMW2014

Ramai yang dah sedia maklum, sekarang bermula pengundian bagi pertandingan blog-blog seMalaysia dalam #MSMW2014. Pengundian Malaysia Social Media Week 2014 ini akan berlangsung bermula 1 hingga 10 Februari 2014. 10 hari jer.

Jom Undi Best Educational Blog #MSMW2014

Dan untuk pertama kalinya juga, saya gatal-gatalkan tangan cuba untuk mencalonkan blog ini bagi kategori Best Educational Blog. Ha3.. Bukan sebab rasa hebat, tapi sebab nak cuba nasib dan paling penting boleh perkenalkan blog saya nih lagi kepada komuniti blogger Malaysia. Tentu blogger-blogger taiko akan terperasankan, blog ntah mana lah nih.. So, secara tak langsung boleh promote blog saya nih jugak. 

Sebenarnya saya nih tidak lah melibatkan diri secara aktif sangat dengan komuniti blogger kat Malaysia nih. Cuma ada lah beberapa orang blogger aktif yang saya kenali dan selalu jugak ler bertegur sapa kat dunia maya nih. Tapi untuk nak join aktiviti dan program blogger, so far memang blom berkesempatan. Faktor jarak dan masa merupakan kekangan utama.


Berbalik kepada pencalonan untuk Best Educational Blog tadi, secara jujur saya tak letak sebarang harapan yang setinggi gunung pun. Hanya sekadar cuba-cuba. Blog saya nih pun masih muda remaja. Baru berusia 1 tahun 2 bulan camtu saja. Traffik pun sekejap ok, sekejap tak ok. Ada musim dia. Tapi dalam kalangan budak sekolah, memang glamer! He3..

Saingan dalam kategori tersebut plak memang hebat-hebat ar. Mereka-mereka yang dah pengalaman bertahun-tahun dalam dunia blogging nih. Taiko-taiko semua. Hu3.. Memang ala-ala macam serah diri ja untuk dikalahkan. Tapi sebab nak pengalaman berharga tu, maka saya beranikan diri jugak lah. 


Pertandingan nih 80% adalah berdasarkan kepada undian awam dan 20% berdasarkan kepada penilaian juri. Besar tu.. 80%! Jadi, kalau anda-anda sekalian nak blog saya nih menang Best Educational Blog, maka kena lah pegi VOTE kat  http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=7 . Kena cepat-cepat, sebab cuma ada 10 hari sahaja masa untuk mengundi.

Untuk yang sudi nak mengundi blog saya nih, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau menang pun alhamdulillah.. Kalau kalah pun alhamdulillah.. Yang penting kita enjoiiii..

Terima kasih. Selamat Mengundi!


14 ulasan:

  1. wahhh...gudlcuk cg...ada pelung cerah nk mng ni =0

    BalasPadam
  2. Jom pakat pi undi. Bahagian lifestyle p[aling ramai...susah nak pilih

    BalasPadam
  3. salam.. undi untuk cikgu.... jangan lupa undi "SUARAPEOPLE DOT COM"

    BalasPadam
  4. salam.. terima kasih semua rakan blogger..
    yup! satu undi untuk anda juga suarapeople dot com.. ;)

    Terima kasih untuk yang mengundi

    BalasPadam
  5. Btw, boleh letak link utk vote kat blog Vee tak? I cant go through the link.. o,o

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dipersilakan Vee.. tolong promote sama untuk cikgu.. he3
      Arituh line tak ok, sebab tu x dapat..
      Skang dah ok.. ;)

      Padam
  6. saya nak wundi cikgu hailmi,tpi xleh nak buka linktu lah :(

    BalasPadam
  7. hari ini dah boleh undi dah.

    BalasPadam
  8. dah undi dh cikgu hailmi. insyaAllah boleh menang.

    BalasPadam
  9. TQ cikgu zamrud sebab sudi vote.. Menang tu tak harap sangat pon sebab yang bertanding tu 10x ganda lagi taiko.. cuba nasib jer lah.. hu3

    BalasPadam
  10. Salam cikgu hailmi. Sy dengan susah payah nye dah undi blog cikgu semalam.. Sy sign up dan undi utk educational blog jer lepas tu out. Dah promote dengn kawan2 di sekolah tapi diorg ni malas sikit nak sign up semua tu..hehe. Sy harap cikgu menang la ye. Saya dan cikgu2 di sekolah memang follow blog cikgu. Terima kasih banyak2 sebab kongsi ilmu. Harap cikgu sukses selalu.

    BalasPadam
  11. Salam Elle.. wah! Terharu nya cikgu baca.. memang bersungguh2 nak vote cikgu ye.. TQ banyak lah yer... Kim salam ngan semua kawan n cikgu2 kat sekolah tu yer.. Doakan yg terbaik untuk semua orang jugak.. ;)

    BalasPadam