About Me

Tambang Bas Sekolah Naik!

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan kenaikan kadar caj tambang bas sekolah dalam masa terdekat bagi membolehkan penyelarasan dilakukan.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata jumlah kenaikan yang ditetapkan akan diumumkan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak. 


Tambang Bas Sekolah Naik!
Tambang bas sekolah naiksehingga 40% ?

Beliau berkata, kenaikan kadar ini juga boleh menyekat tindakan segelintir pengusaha tidak bertanggungjawab menaikkan kadar tambang sesuka hati mereka walaupun kerajaan masih belum membuat keputusan.

Syed Hamid berkata, pengusaha bas sekolah khususnya di bandar besar di negara ini didapati menaikkan kadar tambang tanpa mendapat kelulusan SPAD dan ibu bapa terpaksa akur kerana ia adalah keperluan.

Hairan juga, berniaga tidak untung tapi boleh berniaga. Dia (pengusaha bas sekolah) sudah naikkan (tambang) dan kita susah mahu ambil tindakan sebab ia amat diperlukan.

Saya faham masalah ibu bapa, ini semua kita perlu kaji dan akan buat keputusan. Selalunya di kawasan bandar kecil mereka patuh (tidak menaikkan kadar tambang), katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Naik pada 2009
Katanya, kali terakhir semakan kenaikan kadar tambang bas sekolah dilakukan pada 2009 dan beliau berharap agar ibu bapa membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya pengusaha menaikkan tambang sewenang-wenangnya.


Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara sebelum ini merayu kerajaan mengkaji semula kadar tambang atas alasan peningkatan kos operasi. 



p/s: Khabarnya kenaikan tambang adalah dicadangkan sehingga 40% dari tambang sekarang.. Hmmmm... Tolong jawab sket..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. 40 peratus? banyak jugak tu. Agaknya nanti naik juga tambang bas-bas yang biasa tu.

    BalasPadam
  2. Semakin membebankn...Harap tidak setinggi 40%...

    BalasPadam
  3. tu lah pasal.. semoga kenaikan tu x membebankan..

    BalasPadam