.

.

KARTiKEL

Selasa, 17 Disember 2013

Bercuti ke Thailand : Panyee Island, Phang Nga

Pernah tengok tak satu iklan Thailand pasal budak-budak di sebuah perkampungan air yang berminat sangat nak main bola sepak? Kisah benar tersebut sebenarnya diambil dari kisah sebuah kampung air yang diberi nama Panyee Island, di Phang Nga. Phang Nga terletak di antara Phuket dan Krabi. Dalam laluan saya ke Krabi dari Phuket, maka sempat juga saya singgah ke Phang Nga. 

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Panyee Island yang memang strategik

Phang Nga sebenarnya sangat terkenal dengan pulau-pulau nya. Memang banyak. Memang cantik-cantik. Tapi yang paling glamer di sini adalah Pulau Panji atau lebih dikenali sebagai Panyee Island dan juga Pulau James Bond. Untuk artikel ini, saya ceritakan dulu tentang Panyee Island nih. 

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Bot pengangkutan utama ke Panyee Island

Ko Panyee (Ko bermaksud pulau dalam Bahasa Thai) memang sebuah perkampungan air yang sangat cantik. Perjalanan dari jeti memakan masa hampir 15-20 minit untuk tiba ke pulau ini. Memang tak agak nak jumpa pulau yang didiami oleh manusia pun. Sebab dalam perjalanan kami menggunakan bot panjang, hanya kelihatan pulau-pulau kecil dan hutan bakau di kiri dan kanan. Tapi, itulah hakikatnya tentang keunikan Panyee Island nih. 

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Kawasan hutan bakau di kiri dan kanan

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Semua bot ada bunga dan kain berwarna. Apakah?

Cikgu Hailmi ke Panyee Island, Phang Nga, Thailand
He He He

Mengejutkan juga sebab dari jauh kelihatan sebuah masjid yang indah tersergam di Panyee Island. Rupa-rupanya, majoriti penduduk di sini beragama Islam. Tapi kebanyakkan daripada mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Melayu. Tapi, agak ramai yang pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Panyee Island dari kejauhan

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Panyee Island dah makin dekat

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Yeah!! Sampai kat Jeti Panyee Island

Kebanyakkan penduduk di sini mencari rezeki dengan bekerja sebagai nelayan. Tarikan pelancong yang tinggi ke Phang Nga, Phuket dan Pulau James Bond secara automatik telah menjana pendapatan kepada penduduk Panyee Island ini. 

Masjid Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Masjid Panyee Island yang masih sedang dibina

Selalunya mereka yang akan ke Pulau James Bond akan singgah sebentar di Panyee Island bagi makan tengahari. Selain itu, para penduduk juga banyak menjual cenderahati dan barang-barang perhiasan bagi mencari rezeki tambahan.

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Papan tanda ...  (hu3.. tolong translate..)

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Kawasan sangkar ikan sumber pendapatan nelayan kat Panyee Island

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Laluan kat dalam Kampung Panyee Island

Bagi yang mahu makan tengahari di sini, ada banyak pilihan kedai makan yang best-best di sini. Ada juga saya buat survey sket pasal harga pakej untuk makan tengahari. 180 Baht (lebih kurang RM18) bagi seorang untuk makanan tengahari yang lazat! Apatah lagi anda ada pilihan ikan-ikan segar yang masih dipelihara dalam sangkar ikan di bawah restoren. Wajib cuba yer..

Panyee Island, Phang Nga, Thailand
Pilih jangan tak pilih

Untuk yang nak menyaksikan iklan yang saya maksudkan di atas mengenai kisah benar pasukan bola sepak Panyee FC, boleh tengok video kat bawah ini. Panyee FC pernah muncul sebagai pasukan bola sepak terkuat di Selatan Thailand! Hebat kan mereka?





Sememangnya kedatangan saya ke Panyee Island ini memang merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik. InshaAllah saya akan ke sini sekali lagi pada masa akan datang!

3 ulasan:

  1. selamat bercuti ! bestnyer pegi tempat orang kan? banyak pengalaman ;)

    BalasPadam
  2. nanti kalau ada peluang, nak gak aku gi sana.

    BalasPadam
  3. yer .. memang best! Kalau mai Thailand, wajib mai sini..

    BalasPadam