About Me

Selamat Maju Jaya, Sahabatku!

Minggu ini sebenarnya adalah minggu yang agak emosional untuk saya dan beberapa rakan lain di sekolah. Sebabnya, minggu ini adalah minggu terakhir untuk kami bersama-sama menjalani hari-hari terakhir bersama-sama sebagai rakan susah dan senang di bumi Sibu, Sarawak ini. 6 daripada sahabat-sahabat baik saya, yang sama-sama kaki berjalan, sama-sama kaki keluar makan dan lain-lain lagi akan meninggalkan kami di sekolah ini, kerana telah berjaya dalam permohonan pertukaran eGtukar mereka untuk bulan Jun 2013!

Cikgu SMK Luar Bandar No.1 Sibu

Memang sedih! Sebab majoriti bersama mereka-mereka ini lah, susah senang dan masa kami banyak dihabiskan. Macam satu keluarga! Kenangan Tour de Borneo sepanjang tahun 2010-2013 (last skali ke Kuching) memang kenangan terhebat! Tak dapat nak ditukar ganti. Habis ceruk Borneo kami dah jelajah. Majoriti daripada mereka yang berjaya dapat transfer nih adalah yang telah bertugas sejak 2007 dan 2008 di sekolah ini, 6/7 tahun jugak lah.

Cikgu Wan Naliza berpindah ke SMK Bukit Goh, Pahang. Cikgu Siti Nurzaida Rahayu ke SMK Sungai Besi. Cikgu Roziana berpindah ke SMK Jit Sin, Pulau Pinang. Cikgu Tai Szu Ching juga berpindah ke sekolah di Pulau Pinang mengikut suami. Cikgu Hasmas dan Cikgu Syed yang berpindah ke daerah Taiping, Perak.

Cikgu Wan Naliza

Cikgu Tai Szu Ching

Cikgu Roziana

Cikgu Siti Nurzaida Rahayu

Cikgu Syed Akmalarif dan CIkgu Hasmas

Setiap daripada mereka ada kenangan masing-masing yang sentiasa jelas dalam ingatan. Walaubagaimanapun, sebaik mana pun kita, harus sedar bahawa setiap insan ada matlamat dan keperluan masing-masing. Maka, bertebaranlah mereka ke seluruh Semenanjung Malaysia pada minggu ini. 

Walaupun kesedihan yang melanda pada minggu ini akibat daripada terpaksa berpisah dengan rakan-rakan, gank sekaki, namun kami di sini sentiasa mendoakan agar kesemua rakan-rakan yang berjaya berpindah ke sekolah baru, agar bahagia dan beroleh lebih banyak kejayaan. InshaAllah, dengan 'latihan' yang diterima di SMK Luar Bandar No.1 Sibu, akan menjadikan anda guru yang berpengalaman dan sentiasa bersedia dengan apa jua dugaan dan tugasan yang menanti.

Akhir kalam, Selamat Maju Jaya Sahabatku!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wahhh.. Byk je yang pindah. Hmm. Sedih kann bila terpaksa berpisah. Tskk..

    BalasPadam
  2. hang sorg ja msih dok sibu....hahaha...kire legend la kononnye..hahaha

    BalasPadam
  3. Itu ler pasal.. dah tahap legend dah nih.. ;)

    BalasPadam
  4. Legend a.k.a dinosor zaman purbakala

    BalasPadam