.

.

KARTiKEL

Ahad, 4 Ogos 2013

11 Nasihat Berguna Untuk Cikgu Baru Posting

Memulakan khidmat sebagai seorang guru baru memanglah banyak keterujaan yang akan kita alami. Semua perkara/ teori yang dipelajari masa belajar dahulu, semuanya tak sabar nak dipraktikkan. Walaubagaimanapun jika tidak berhati-hati dalam aturan langkah, maka silap haribulan kita hanya membina langkah menuju ke arah kehancuran masa depan dalam bidang pendidikan. Bagi guru yang baru posting, sudah tentu banyak cabaran dan dugaan yang menanti anda. Maka saya kongsikan sedikit nasihat kepada adik-adik yang baru nak posting, supaya memulakan dan mengakhirkan langkah perguruan anda dengan baik sekali! InshaAllah..

Nasihat Berguna Untuk Cikgu Baru Posting


1. Bertanya Dengan Senior
Ini adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh guru baru, tetapi selalunya tidak diambil berat oleh kebanyakan mereka atas alasan ada cara masing-masing yang tersendiri. Oleh sebab kita di tempat baru, maka lebih baik kita bertanya kan juga kepada guru-guru senior mengenai beberapa perkara di sekolah baru. Supaya tak lah nanti banyak perkara yang kita terlepas. Saya rasa, tak lah kejam sangat cikgu-cikgu senior nih untuk membantu dan membimbing adik-adik yang baru nak bertapak nih. Kalau kurang bertanya, silap haribulan banyak benda yang kita kena buat berulang kali. So tanya! Anggap juga ini sebagai satu cara komunikasi bagi memulakan perjalanan hidup anda sebagai cikgu baru di tempat baru.

 
2. Jangan Banyak Komplen
Ini perkara yang patut dielakkan. Selalunya cikgu baru akan lebih cenderung untuk komplen itu dan ini. Serba serbi semua tak kena. Maklumlah, dia kan profesional! Owh, lupa.. Dia sorang saja profesional kat situ kan? .. Hu3.. Hentikan perbuatan diva anda tu! Sebagai guru baru, lebih baik jika anda jangan banyak komplen sekalipun mungkin tindakan / cara kerja di sekolah baru adalah berbeza dengan impian dan harapan anda. Perhatikan dulu budaya kerja di tempat baru, kemudian baru lah mulakan tindakan. Jika tidak seperti yang anda harapkan, maka mulakan misi mengubah cara kerja, bermula daripada diri anda sendiri! Kebiasaannya, secara realiti, guru yang paling banyak komplen di sekolah adalah guru yang paling banyak tak buat kerja di sekolah! Ye dak? .   ;)


3. Minta Subjek Major?
Oleh sebab masih teruja dengan fantasi zaman belajar di universiti yang penuh dengan teori, maka kebanyakkan guru baru posting nih akan menyuarakan hasrat (kadang-kadang berlebihan) kepada pentadbir untuk mengajar subjek major. Tidak dinafikan memang patut ler, apa ertinya dah belajar 4/5 tahun, kalau tak mengajar subjek major kan? Yup.. itu lah harapan dan impiannya. Tapi realitinya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memberi aturan untuk guru-guru mengajar subjek apa di sekolah. Senioriti, kekosongan subjek, bilangan kelas yang terhad, masa posting serta beberapa faktor lain menyumbang kepada 'mengapa pentadbir memberi subjek yang tidak sama dengan subjek major anda'. Jika usaha anda gagal untuk mendapatkan subjek major, maka terima dan berusaha dengan subjek baru. Tak perlu nak bising-bising. Cuba lagi pada masa akan datang. Lebih baik redha, serta berusaha daripada kemungkinan anda telah memberi salah tanggap awal yang buruk kepada barisan pentadbir..


4. Jangan Memandai-Mandai
Ada juga dalam kalangan guru baru yang terlebih 'pandai'. Semua benda nak diatur mengikut aturan dia sendiri, sedangkan anda harus sedar bahawa di sekolah baru, sudah tentu budaya kerja tak sama seperti di sekolah ketika anda praktikum. Setiap sekolah mempunyai sistem kerja masing-masing. Ada sekolah yang langsung tak sibuk, yang agak sibuk, yang memang sibuk, dan sekolah yang buat-buat sibuk! Jadi, lebih baik sekiranya pada peringkat awal ini anda menjadi follower dahulu, daripada cuba menjadi leader. Tak perlu untuk bercita-cita tinggi sangat pada peringkat awal ini. Perhatikan dulu, barulah buat perancangan. Takut anda tersilap langkah, maka tak ke mana lah anda sampai ke sudah.


5. Elakkan Kebergantungan Yang Tinggi
Untuk cikgu baru, kadang-kadang akan wujud juga kebergantungan kepada guru-guru senior. Boleh, tak jadi masalah. Tetapi, tak perlulah tahap kebergantungan yang terlalu tinggi sehingga menyusahkan pula cikgu-cikgu senior. Semua perkara nak diharapkan daripada cikgu senior! Tak patut, sebab anda juga sudah mendapat latihan perguruan semasa anda di IPG atau universiti. Jadi, cuba lah berdikari dengan menggunakan ilmu-ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa anda belajar dahulu. InshaAllah, anda akan berjaya. Saya sendiri sangat yakin dengan latihan dan pengalaman yang diberikan oleh pihak IPG dan universiti semasa anda belajar dahulu. Teruskan usaha anda, dan bina jatidiri anda sebagai guru yang berwibawa!


6. Redha Dengan Ketentuan
Selalunya ada yang terlalu excited dengan sekolah baru. Terutamanya yang dipostingkan ke kawasan pedalaman, ke Sabah dan ke Sarawak. Banyak pengalaman baru yang diperolehi dan nak diceritakan. 3 hari 3 malam tak habis nak diceritakan. Tetapi ada juga yang tak dapat nak terima kenyataan. Memang, sekolah anda jauh.. kat ulu.. kat pedalaman.. Orang lain tak akan faham.. Yer, memang betul.. tetapi jangan lupa ada juga dalam kalangan rakan-rakan guru kita yang mengajar di sekolah yang jauh lebih susah, jauh lebih daif, jauh lebih ulu, jauh lebih pedalaman.. Cuba redha dan bersyukur lah dengan ketentuan kita. Kurangkan mengeluh, sebaliknya cuba buktikan kepada diri dan masyarakat bahawa kita sememangnya layak untuk digelar cikgu!


7. Hangat-Hangat Tahi Ayam
Ini juga sindrom yang patut dielakkan. Oleh sebab baru nak memulakan kerjaya, maka banyak lah perkara yang ada dalam fikiran untuk nak dilaksanakan. Semua nak dibuat. Itu lah.. Ini lah.. Tapi akhirnya? Kecundang! Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Sebab kurangnya semangat dan mudah rasa cepat putus asa. Perlu anda ingat, untuk memulakan sesuatu adalah sangat mudah! Tetapi untuk mengakhiri sesuatu dengan baik, adalah sangat susah. Perlu ada istiqamah dan juga semangat diri yang kental, serta prinsip hidup yang betul dalam membentuk perlakuan kita. Jika anda bercita-cita untuk menghasilkan sesuatu yang hebat di sekolah baru, bermula lah dengan idea yang kecil dan mampu untuk dilaksanakan terlebih dahulu. Kemudian, bila usaha menjadi, barulah kembangkan idea anda tersebut, sedikit demi sedikit, menjadi lebih besar dan paling penting, cuba kekalkannya. 


8. Post di Facebook
Pada zaman ICT nih, dengan hampir setiap orang memiliki akaun di laman sosial, maka silalah gunakan internet dengan bijak sekali! Kerana, dalam banyak kes, ramai yang tersalah langkah dalam menggunakan kemudahan tersebut, terutamanya luahan-luahan hati yang tidak perlu di Facebook dan Twitter. Agak bodoh jika dikatakan seseorang itu tidak tahu bahawa kandungan laman sosial tersebut boleh dibaca oleh hampir semua orang, termasuk yang tidak 'Friend'. Maka jagalah pertuturan anda, update status anda dan komen-komen anda terhadap cikgu senior dan sekolah baru anda, kerana anda tak tahu pun siapa yang telah curi-curi melihat Facebook anda. Mungkin Guru Besar / Pengetua anda??


9. Hubungan Dengan Guru Senior
Ringankan mulut untuk bertegur sapa dengan guru senior sebagai tanda menghormati kewujudan mereka di sana, serta 'menyedarkan' mereka kepada diri kita sebagai guru baru di sekolah tersebut. Sekalipun tidak bersambut daripada guru senior tetapi teruskan juga usaha anda untuk menambat hati guru-guru senior. Tak rugi pun, modalnya hanya air liur dan sedikit senyuman manis. InshaAllah, dengan usaha berterusan, guru yang paling sombong di sekolah pun akan tertawan dengan senyuman manis anda tuh.. Ingat, untuk menjadi guru yang baik di sekolah baru, sudah tentu khidmat dan pengalaman guru-guru senior amatlah sangat diperlukan. 


10. Jangan Tolak Kerja
Ini juga perkara yang patut dielakkan. Sebagai guru baru yang ingin memulakan kerjaya guru dengan baik, maka perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi. Pihak pentadbir tidaklah terlalu ghairah sangat nak mengerah dan memerah tenaga muda anda. Beban tugas yang diberi adalah dikira berpadanan dengan tugas anda yang lain. Kalau berlebihan pun, mungkin disebabkan kekurangan kakitangan dan juga faktor lain. Tak perlu lah anggap ini adalah bagi tujuan meng'kuli'kan anda. Tetapi sila ambil perkara ini dengan positif sekali. Anggaplah ini peluang untuk anda menimba ilmu sebanyak mungkin. Hentikan budaya bising-komplen-bising dan tukar kepada diam-laksana-diam. 

Guru lama tak ada kerja, tapi guru baru tanggugjawab keliling pinggang!!?.

Tak mengapa, biarkan saja mereka. Anda baru di sana, mungkin cikgu tuh dah 10 tahun pegang jawatan tersebut sebelum daripada anda lagi. Biarkan dia berehat pula. Kini masa anda pula, dan silalah lakukannya sebaik mungkin dengan terus bersangka baik. Tak rugi anda dapat pengalaman lebih!


11. Salah Masuk Geng
Tak dinafikan di sekolah juga wujud suasana persekitaran politik dan geng-geng yang tertentu. Geng cikgu bengkel, Geng kaki mengumpat, Geng kaki merokok, Geng tak masuk kelas, Geng lepak kantin dan bermacam-macam jenis geng lagi yang ada di sekolah. Libatkan lah diri anda dengan geng yang betul, supaya ia nya dapat membimbing anda ke arah menjadi pendidik yang baik. Semoga juga, mereka-mereka tadi dapat memotivasikan anda untuk melakukan yang terbaik dalam dunia pendidikan. Harus sentiasa ingat, akan kewajipan utama anda ke sekolah adalah untuk masuk kelas dan mengajar! Jika kita ke sekolah, tapi tak masuk kelas, tak mengajar, maka bolehkah kita katakan kita memperolehi sumber pendapatan dan gaji kita daripada sumber yang halal?. Wallahualam!


p/s: Sekadar sedikit perkongsian abang-abang kepada adik-adik junior. Juga untuk mengingatkan diri sendiri. Kepada adik-adik, Selamat Menempuh Dunia Perguruan dan Selamat Maju Jaya! ;)

47 ulasan:

  1. bhahahaha.. susah ni.. tapi part yang facebook tu, skg ada group wassup sk. hihii

    BalasPadam
  2. hak3.. group whassup pun lagik rahsia kan?.. he3.. sekadar panduan untuk semua, termasuk cikgu lama juga.. ;)

    BalasPadam
  3. jgn dok ashik wassup...nanti tak jadi kijo...buang masa pulok

    BalasPadam
  4. tips berguna ni..:) bru je posting last julai,so masih in process nk adapt..if ad lagi tips or info bg ckgu bru,hrap dpt dikongsikan lg..:) *pss..abg..if ad nk tnye pape,leh ke?nk cntact mcmne ye?:)byk benda nk tnye pngalaman guru di sekolah..:)

    BalasPadam
  5. inshaAllah, boleh memberi manfaat untuk semua kita..
    untuk nak contact, boleh je like page FB kat atas tu
    dan pm saya kalau nak bertanya apa2..
    sekadar perkongsian.. ;)

    BalasPadam
  6. tips2 nk selamat yg blm tentu slmt..beban akan jd bebal nanti..pandai2lah..semua org nk selamatkan diri..kamu cikgu baru jadi kuli batak..dia lama, senior selamat..dunia mgkn..

    BalasPadam
  7. seperti yang saya katakan di atas, pilihan sentiasa di tangan kita..

    jika nak ambil positif, jadikan "bebanan" dan "buli" tersebut sebagai peluang untuk kita menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman.. inshaAllah, akhirnya anda akan tuai 'kemanisan' menjadi guru..

    jika nak ambil negatif, pun boleh juga.. teruskan menganggap itu sebagai satu pembulian dan teruskan saja dengan apa yang anda buat dan dengan apa yang anda dapat..

    pilihan di tangan anda.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu perkara lagi. Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB). ada mentor yang dilantik dan guru baharu perlu menyediakan folio dan kajian tindakan serta pembentangan di hadapan pengurus tertinggi sekolah....

      Padam
    2. Baru pergi jemput 2 orang guru baharu. 1 orang from Johor dan seorang lagi Terengganu.

      Padam
  8. Biasalah... memang lumrah alam,
    aku sendiri pown jeles jugak tengok ada cikgu bawa budak keluar untuk pertandingan dan menang...
    tp aku taklah terlalu ambitious sgt nak latih budak tetiba kan..
    so aku mula dengan menang kecik2 dulu
    pertandingan kelas patriotik, dll

    hehee

    BalasPadam
  9. Menang kecik2 dulu ek?..
    Good strategy.. ;)

    BalasPadam
  10. nice entry.. sangat membantu

    BalasPadam
  11. Saya menjadi guru hampir 3 tahun dan saya bawa pengalaman berharga itu bersama saya sekarang. Bukan semua insan layak menjadi guru, hanya insan-insan terpilih. Berharap dapat bekerjasama dengan cikgu haimi satu hari nanti. Tahniah teruskan menjadi guru berdedikasi.

    BalasPadam
  12. Tahniah sebab dah berjaya dan masih jadi cikgu untuk tempoh 3 tahun.
    InshaAllah, ada kesempatan, saya pun teringin jugak nak bekerjasama dengan cikgu.. ;)

    BalasPadam
  13. Oh! :). Sekarang saya bukan guru lagi. Tapi masih berlegar dalam bidang pendidikan. Saya akan hubungi Cikgu Hailmi tidak lama lagi. Teruskan mendidik, Cikgu. Saya faham situasi guru-guru di sekolah. Selamat maju jaya.

    BalasPadam
  14. Bagus nasihat ini. Part redha tu saya setuju.. Cuba tonjolkan kemampuan diri dan banyak mendekati rakan2 senior.

    BalasPadam
  15. Sekadar pandangan dari pengalaman jer.. Kongsikan apa yang terdaya.. Tak tahu lah orang boleh terima ke tak.. ;)

    BalasPadam
  16. Dapat skolah yang ok, maka okle tapi kalau dapat skolah tak ok..memang bnyk geng oo..hati2 je agar kerjaya guru berpahala dan tak muflis di akhirat kelak sebab dosa kering mengumpat org lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka betoi dengan ayat cikgu... inshaAllah tak muflis di akhirat kalau buat kerja betoi

      Padam
  17. Saya baru nak posting 1 julai 2014. Terima kasih untuk nasihat ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Len Fong Ng.. moga jadi panduan untuk menjadi guru yang hebat!

      Padam
  18. Haha.. tp memang berguna tips ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah.. semoga bermanfaat yer!

      Padam
  19. Cikgu Hailmi.. Tips yang sangat bermanfaat.. Saya dan sahabat2 akan mulakan bertugas 1 Julai 2014 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. moga2 boleh jadi panduan yang berguna..
      Selamat menjalankan tugas sebagai guru! ;)

      Padam
  20. thanks cikgu.saya posting awal januari 2014. sblm nie saya dah jd gstt 4 tahun. segala tips yg diberi mmg membantu. sy dah tgk mcm2 karenah n budaya sekolah slm semasa sy jd gstt dulu.alhamdulilah sek yg sy posting skrg pentadbir amat berdedikasi dan diplomasi.tiada puak2 atau gang spt di sek lama.saya amat bersyukur walaupun murid2 sek sy amat unik n saya menghadapi kejutan budaya beberapa bln yg lepas. alahamdulilaj slps pengetua dan pen kanan hem membantu saya dapat menjalankan pdp dalam kelas.sy bercita2 utk menjadi guru yg berkualiti dan amat menghargai kerja saya krn saya berjuang hampir sepuluh tahun utk mendapat gelaran guru tetap seperti skrg.diharap cikgu dapat memberi motivasi utk saya lebih berjaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah.. ada juga rezeki nak jadik cikgu.. hargai lah peluang yg Allah berikan ini dengan menjadi guru dengan sebaik mungkin. banyak onak dan duri nya bergelar cikgu. namun sentiasa tetapkan hati dan niat, kerana nak membantu anak bangsa, dan kerana Allah.. tak ada balasan, tak apa. Allah ada.. tahniah cikgu.. ;) semoga berjaya

      Padam
  21. Salah masuk geng ni biasanye wanitalah...rata2 mereka bersaing secara sehat atau tidak utk menjadi lebih dari org lain...lelaki kurang skit dalam hal2 mcm ni..

    BalasPadam
  22. Satu lagi jangan komplen subjek diajar tu..kekadang tu tak pandai atau tak minat langsung..ape nak buat, terpaksa ajar jugak...

    BalasPadam
  23. Hubungan tu kita dengan senior mesti dijaga terutama yang baru posting wanita bujang..hehe..mesti ramai yang suka menghampirinye..

    BalasPadam
  24. Kalau kita yang baru masuk ni selalu update FB kite..ni kena hati2 jgak..manale tau kalau2 tak puas hati dgn mane2 cikgu senior...terus hentam dia kat wall FB kite yang friends seramai 5000 org tu...ishk3 tak baik tu...

    BalasPadam
  25. ye betul tu Azmil.. masalah sekarang nih semua benda pun nak mengadu di facebook.. lupa agaknya dia ada add pengetua baru dalam tu.. ;)

    BalasPadam
  26. salam .. nak tnya ..kalau misalnya guru ipg gagal dlm temuduga spp or pergi mngajar ke sekolah swasta ..ada tak kena byr apa2 dgn kerajaan ? i mean, kan slama kita study di ipg, ipg la yg tanggung kita.. so kita kna byr mereka semula ? mcm ptptn ..kalau ada, brapa ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. cikgu tak pasti lak Nana.. tapi rasanya memang cikgu2 IPG nih ada terima elaun masa belajar kan?.. So rasanya itu ada kontrak dengan KPM.. mungkin boleh rujuk dengan KPM terus

      Padam
  27. Salam

    Untuk cikgu praktikum, akan ada elaun ke nanti or just bergantung kepada elaun yang diberikan IPG setiap sem

    Thanx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. rasanya tiada elaun khas untuk guru praktikum.. cuma elauan seperti biasa yang dah diberikan IPG..

      Padam
  28. Hai sy cg baru posting bln 4 taun 2014..sy guru perempuan yg slaku diberi kerja yg berlebih lebih...tp tu xpe lg... yg sy xtahan, guru2 pomp len suke komplen dan pertikaikan kerja sy.. kdg2 mcm sngja cari salah...down btol rase

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu kena kuatkan semangat, dan juga sentiasa positif.. Anggap itu sebagai dugaan kepada jalan nak menjadi guru yang berjaya.. kadang2 haterz dan pembuli sebegitu boleh menjadi motivasi kita yang terbaik.

      Padam
  29. Setuju dgn semua yg di atas. Dan jika kita guru akur kpd pentadbir, Insya Allah aman sekolah.

    Cuma 1 lg yg sy ingin tambah, Bersabarlah jika dibuli atau diadu domba. Buat solat hajat dan Allah akan beri jawapan pada setiap keperitan yang ditimpakan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... pendekatan agama juga perlu kita ambil dalam nak mengharung kehidupan sebagai insan di muka bumi Allah nih.. ;)

      Padam
  30. Berdebar nak jadi cikgu sebenar..tq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. pastikan niat kita betul dari mula hingga akhir.. inshaAllah segalanya akan dipermudahkan

      Padam
    2. Jangan mudah termakan hasutan. Kekadang ada orang yang dengki dengan kita kerana tak kisah terima tugasan daripada pihak pentadbir. So.. berhati2. Jangan jadi kaki bodek.

      Padam
  31. Cikgu kluaran ipg, mmg ade elaun tetp setiap bln n bila praktikum ade elaun khas.
    Perkongsian yg sgt baik. Lebih lagi bagi guru2 yg bru keluar ke arena dunia pendidikan .

    BalasPadam
  32. saya baru habis spm2015,, cita2 nak jadi cikgu kimia,,
    bila baca post dengan komen2 nih semua. rasa takut pulak nak jadi cikgu

    BalasPadam
  33. Setuju semua yg cikgu hailmi kongsikan..blh juga digunapakai guru2 lama tp baru pindah ke sekolah baharu

    BalasPadam