About Me

7 Makmal Penyelidikan Paling Ekstrem di Dunia

Kadang-kadang bagi mendapatkan kajian dan penemuan baru dalam bidang Sains, para pengkaji sanggup sehingga ke tahap yang paling ekstrem. Adakalanya sesetengah kajian berlaku di tempat yang tiada berpenghuni, malah ada yang sehingga keluar dari planet ini. Sama ada ianya di dasar laut atau di tempat yang paling sejuk, semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada alam sejagat. Jom kita lihat 7 makmal penyelidikan yang paling ekstrem di dunia.

1. Makmal Fizik Paling Sejuk di Dunia
Icecube Neutrino Observatory, Antartika

Icecube Neutrino Observatory, Antartika

Makmal fizik ini bukan sahaja makmal yang paling sejuk, malah merupakan pusat pengumpulan data neutrino yang terbesar di dunia. Neutrino adalah  subatomik partikel yang mempunyai tenaga yang tinggi. 


2. Makmal Dengan Suhu Paling Panas di Dunia
Brookhaven National Laboratory, Long Island, New York, USA

Brookhaven National Laboratory, Long Island, New York, USA

Pada sekitar Februari 2010, makmal ini dilaporkan telah mengeluarkan haba sehingga 4 trillion darjah Celsius yang mana suhu ini adalah 250 000 kali lebih panas daripada suhu yang dihasilkan oleh pusat matahari. Bagaimana terhasilnya suhu yang sebegitu panas? Perlanggaran antara ion emas pada kelajuan cahaya yang menghasilkan plasma qlark-gluon.


3. Makmal Dengan Altitud Paling Tinggi di Dunia
The Pyramid Laboratory, Sagarmatha National Park, Nepal

The Pyramid Laboratory, Sagarmatha National Park, Nepal

Makmal ini yang diperbuat daripada kaca, keluli dan aluminium terletak pada ketinggian 5 050 meter dari aras laut, tapak Gunung Everest. Dengan bangunan setinggi 3 tingkat, makmal ini digunakan untuk mengkaji hampir semua perkara, cuaca, alam sekitar, dan geologi. 


4. Makmal Paling Dalam di Dunia
The NOAA Auqarius Reef Base, Florida Keys National Marine Sanctuary, Florida, USA

The NOAA Auqarius Reef Base, Florida Keys National Marine Sanctuary, Florida, USA

Makmal ini yang terletak di dasar laut Florida digunakan untuk mengkaji batu karang di sekelilingnya. Sememang nya kewujudan makmal seperti patut ada lebih banyak lagi disebabkan masih banyak lagi hidupan di laut yang belum ditemui oleh para saintis. 


5. Makmal Zarah Fizik Terbesar di Dunia
CERN, Geneva, Switzerland dan Sempadan  France

CERN, Geneva, Switzerland dan Sempadan  France


Makmal Kajian Nuklear Kesatuan Eropah ini terletak atas sempadan 2 negara. Digunakan oleh lebih daripada 10 000 saintisa daripada hampir 113 negara, kawasan makmal ini akan dibesarkan lagi dalam masa akan datang sehingga tiga kali ganda.


6. Makmal Bawah Tanah Paling Dalam di Dunia
SNOLAB, Sudbury, Ontario, Canada

SNOLAB, Sudbury, Ontario, Canada


Sekalipun makmal ini terletak jauh di bawah tanah, tapi sebenarnya tujuan pembinaan makmal ini adalah bagi mengkaji fenomena angkasa. Terletak hampir 2 km di bawah tanah, makmal ini memfokuskan kepada kajian berkaitan Fizik astropartikel, termasuk pencarian jirim gelap kosmik, neutrino solar bertenaga rendah dan neutrino supernova.


7. Makmal Dengan Altitud Paling Tinggi
International Space Station (ISS), Angkasa Lepas

International Space Station (ISS), Angkasa Lepas

Ternyata makmal ini adalah makmal yang paling ekstrem sekali jika dibandingkan dengan yang lain. ISS mengelilingi bumi pada ketinggian altitud kira-kira 330 - 435 km dari permukaan bumi dan bergerak pada kelajuan 27 724 km sejam. Pelbagai jenis kajian berkaitan dengan antigraviti terutamanya telah dijalankan di sini. Dijangka akan beroperasi sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020. 


Sumber 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. wah, siapa la wat kerja kat lab fizik sejuk gila tu..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ckgu ,,, saya blogwalking bog ckgu hari ini ;D
    SubhanAllah,,, indahnya ciptaan tuhan ,,, nisa x tahu pon ad benda2 cam nie...yg nisa tahu yg makmal sejuk tu jek... yg lain nisa tak tahu lg.. muahahaha ;p

    BalasPadam