.

.

KARTiKEL

Ahad, 20 Oktober 2013

Otak Kena Cuci Masa Tidur

Semua orang tahu mereka akan sukar berfikir jika kurang tidur, sesuatu yang kurang difahami saintis sekalipun. Bagaimanapun, satu kajian baru mendapati seseorang yang nyenyak tidur akan berasa segar dan fokus apabila terjaga. Ia disebabkan penyelidik menemui sistem baru di kepala yang membersihkan otak ketika orang itu tidur. 

Otak Kena Cuci Masa Tidur

Penemuan itu bukan saja dianggap boleh mengubah pemahaman mengenai tidur tetapi juga mungkin membantu untuk merawat masalah seperti Alzheimer yang ada kaitan dengan penambahan toksin dalam otak. Sistem pembersihan tersebut berhenti ketika kita terjaga dan bermula apabila kita tidur.

“Ia umpama membuka dan menutup paip air, sungguh dramatik,” kata Dr Maiken Nedergaard, pengarah bersama Pusat bagi ‘Translational Neuromedicine’ di Pusat Perubatan Universiti Rochester. Nedergaard adalah ketua penyelidik kajian yang disiarkan Khamis lalu oleh jurnal Science.

Dia dan rakan mula melaporkannya tahun lalu mengenai sistem pembuangan sisa otak membuang produk toksik yang bertambah ketika seseorang itu terjaga. Saintis berkenaan menggunakan alat mikroskop pengimbasan baru membolehkan mereka melihat ke dalam tisu termasuk otak tikus.

Mereka mendapati aktiviti pembuangan sisa itu bergerak dengan membuangnya ke dalam sistem pengaliran tubuh hingga sampai ke hati. Mereka mendapati, ketika seseorang itu tidur, sel otak mengembang yang menambah ruang antara sel hingga 60 peratus membenarkan pembuangan berjalan dengan lancar. - AGENSI

1 ulasan:

  1. assalamualaikum semua,,, selamat petang
    hebatnya ciptaan tuhan kan??? =) Subhanallah

    BalasPadam