.

.

KARTiKEL

Rabu, 9 Oktober 2013

Kisah Sebenar di Sebalik ePenyata Gaji Kena Hack

Berhubung dengan entri sebelum ini yang heboh diperkatakan berkenaan dengan isu gaji, iaitu kes tak terima gaji kerana kerani sekolah ditipu, dan juga laman web ePenyata Gaji yang kena hack, saya telah menerima satu komen daripada anonymous yang mendakwa dirinya adalah 'Pegawai Bertanggungjawab'. 

Kisah Sebenar Berhubung ePenyata Gaji Kena Hack

Seperti yang telah saya nyatakan dalam entri tersebut, pelbagai dakwaan yang tidak menepati antara satu sama lain. Ada yang mengatakan ePenyata Gaji memang sedang dikemaskini bagi tujuan penambahbaikan dan tak kurang juga yang menyatakan ianya adalah virus dan hack oleh pihak tak bertanggungjawab. Emel saya kepada pihak admin juga tidak berbalas, sehinggalah komen ini dirasakan dapat memberi sedikit jawapan kepada persoalan saya. Diharapkan komen oleh 'Pegawai Bertanggungjawab' ini dapat memberi pencerahan kepada semua pihak. Berikut adalah komen tersebut:

" Berikut merupakan maklumat sebenar Sistem ePenyata Gaji.
Untuk makluman pihak tuan/puan, sistem ePenyata Gaji telah dibuat penambahbaikan mulai 11 Sept 2013. Bagi tuan/puan yang lupa kata laluan, sila gunakan link Lupa Kata Laluan. Ikuti arahan berikutnya bagi memperolehi kata laluan asal. Sekiranya tuan/puan berniat hendak Daftar Semula, klik pada butang Daftar Semula. No. Akaun bank perlu dimasukkan bagi pengesahan sistem. Sistem akan membenarkan tuan/puan membuat pendaftaran semula sekiranya maklumat No. Akaun bank yang dimasukkan adalah benar. Tuan/puan akan menerima notifikasi melalui sms dan email sekiranya berjaya Daftar Semula. Notifikasi ini dihantar kepada tuan/puan sekiranya pihak tuan/puan telah mengemaskini maklumat profail tuan/puan iaitu No. Tel dan Email sebelum melakukan Daftar Semula. Sekiranya maklumat profail tidak dikemaskini sebelum ini, maka tiada notifikasi yang akan dihantar kepada pihak tuan/puan meskipun tuan/puan berjaya mendaftar semula. Untuk makluman pihak tuan/puan, link Pertama Kali Mendaftar hanya boleh digunakan bagi penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berstatus baru sahaja.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, penambahbaikan ini tiada kaitan dengan “hacker” sebagaimana yang dihebohkan melalui sms/mms/email/notis-notis palsu/laman blog/FB dan sealirannya. Bagi “gaji guru hilang” juga tiada kaitan dengan sistem ePenyata Gaji. Perkara ini telah dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pendidikan melalui akhbar Utusan Malaysia bertarikh 04.10.2013 melalui ruangan Dalam Negeri. Bagi tuan/puan yang berkhidmat di sekolah, sekiranya terlepas membaca akhbar tersebut, sila dapatkan di perpustakaan sekolah (sekiranya masih terdapat dalam simpanan). Untuk makluman pihak tuan/puan No. Gaji dan No. Akaun adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada pihak ketiga. Perkara ini telah dijelaskan melalui Pekeliling Bil. 3 Tahun 2010 Jabatan Akauntan Negara Malaysia di perenggan 4.3 dan perenggan 1.5 Terma Panduan Pengguna.

Diharapkan penjelasan ini jelas dan boleh difahami oleh pihak tuan/puan serta dapat menghilangkan keraguan pihak tuan/puan terhadap sistem ePenyata Gaji. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit ePayslip ditalian 03-8882 1000. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai rasa bertanggungjawab, sila kongsikan entry ini untuk memaklumkan perkara sebenar kepada penjawat awam yang lain melalui sms/mms/email/notis-notis benar/laman blog/FB dan sealirannya.
Sekian.

Daripada : Pegawai Bertanggungjawab
"



Alhamdulillah, kerana ianya hanyalah proses penambahbaikan kepada sistem gaji sedia ada. Saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang rasa kaget dan panik disebabkan entri saya yang sebelum ini, dan memohon kepada semua pembaca supaya melihat perkara ini kepada sudut positif. Sekurang-kurangnya, kita termasuk saya sendiri akan lebih berhati-hati terutamanya dalam hal memberikan maklumat sulit secara online. Semoga boleh menjadi pengajaran terbaik buat kita semua!.

Jom Kita Klik Dengan Bijak!

11 ulasan:

  1. semua skrg kena hati2 kan huhu

    BalasPadam
  2. tu payah kalau semua nak on9... bahaya wooo

    BalasPadam
  3. itu lah kalau semuanya online.. bahaya.. perlu berjaga-jaga

    BalasPadam
  4. penyelarasan gaji bln disember btul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. penyelarasan gaji apa pulak ni?

      Padam
  5. Macam2 sekarang ni, tapi yang pelik, kenapa pengeluaran slip gaji tak sama untuk bulan 10 ni, maksudnya, ada kawan dekat selangor dah keluar slip gaji 6/10 tapi di kl baru keluar slip gaji 7/10, bukan sepatutnya sama ke seluruh malaysia ?

    BalasPadam
  6. yeke? dh tu yang hanatar emel kat kerani tu siapa?

    BalasPadam
  7. sebab tu kena jelas betul2 ...takkan semudah itu gaji bole hilang...pasal slip gaji tu..yg 7/10 dan 6/10 tu,tarikh ke?tarikh tu taklah jadi mushkil sangat...isi slip tu je

    BalasPadam
  8. Jawab kepada Cikgu Norazimah.... setahu saya ia mengikut kerani sekolah masing-masing... ada yang kerjanya cepat, dapatlah awal SEDIKIT~ tetapi mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan (jadual dapat gaji) oleh pihak (saya tidak pasti...mungkin ANM etc.)

    BalasPadam
  9. TERIMA KASIH BYK2 ats info. Semua e, e, skrg ni mmg wat sy penin skt.. lg2 bab kna bg no. akaun bank.. tkut ttipu.. Lg skali, Trimas..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama

    Isu kena potong cukai lagi satu, tak dak angin tak dak ribut cukai dah pun dipotong.

    BalasPadam