Berhubung dengan entri sebelum ini yang heboh diperkatakan berkenaan dengan isu gaji, iaitu kes tak terima gaji kerana kerani sekolah ditipu, dan juga laman web ePenyata Gaji yang kena hack, saya telah menerima satu komen daripada anonymous yang mendakwa dirinya adalah 'Pegawai Bertanggungjawab'. 
Seperti yang telah saya nyatakan dalam entri tersebut, pelbagai dakwaan yang tidak menepati antara satu sama lain. Ada yang mengatakan ePenyata Gaji memang sedang dikemaskini bagi tujuan penambahbaikan dan tak kurang juga yang menyatakan ianya adalah virus dan hack oleh pihak tak bertanggungjawab. Emel saya kepada pihak admin juga tidak berbalas, sehinggalah komen ini dirasakan dapat memberi sedikit jawapan kepada persoalan saya. Diharapkan komen oleh 'Pegawai Bertanggungjawab' ini dapat memberi pencerahan kepada semua pihak. Berikut adalah komen tersebut:
" Berikut merupakan maklumat sebenar Sistem ePenyata Gaji.
Untuk 
makluman pihak tuan/puan, sistem ePenyata Gaji  telah dibuat 
penambahbaikan mulai  11 Sept 2013. Bagi tuan/puan yang lupa kata 
laluan, sila gunakan link Lupa Kata Laluan. Ikuti arahan berikutnya bagi
 memperolehi  kata laluan asal. Sekiranya tuan/puan berniat hendak 
Daftar Semula, klik pada butang Daftar Semula. No. Akaun bank perlu 
dimasukkan bagi pengesahan sistem. Sistem akan membenarkan tuan/puan 
membuat pendaftaran semula sekiranya maklumat No. Akaun bank yang 
dimasukkan adalah benar. Tuan/puan akan menerima notifikasi melalui sms 
dan email sekiranya berjaya Daftar Semula. Notifikasi ini dihantar 
kepada tuan/puan sekiranya pihak tuan/puan telah mengemaskini maklumat 
profail tuan/puan iaitu No. Tel dan Email sebelum melakukan Daftar 
Semula. Sekiranya maklumat profail tidak dikemaskini  sebelum ini, maka 
tiada notifikasi yang akan dihantar kepada pihak tuan/puan meskipun 
tuan/puan berjaya mendaftar semula. Untuk makluman pihak tuan/puan, link
 Pertama Kali Mendaftar hanya boleh digunakan bagi penjawat awam 
Kerajaan Persekutuan yang berstatus baru sahaja. 
Untuk 
pengetahuan pihak tuan/puan, penambahbaikan ini tiada kaitan dengan 
“hacker” sebagaimana yang dihebohkan melalui sms/mms/email/notis-notis 
palsu/laman blog/FB dan sealirannya. Bagi “gaji guru hilang” juga tiada 
kaitan dengan sistem ePenyata Gaji. Perkara ini telah dijelaskan oleh 
Timbalan Menteri Pendidikan melalui  akhbar Utusan Malaysia bertarikh 
04.10.2013 melalui ruangan Dalam Negeri. Bagi tuan/puan yang berkhidmat 
di sekolah, sekiranya terlepas membaca akhbar tersebut, sila dapatkan di
 perpustakaan sekolah (sekiranya masih terdapat dalam simpanan). Untuk 
makluman pihak tuan/puan No. Gaji dan No. Akaun adalah sulit dan tidak 
boleh didedahkan kepada pihak ketiga. Perkara ini telah dijelaskan 
melalui Pekeliling Bil. 3 Tahun 2010 Jabatan Akauntan Negara Malaysia di
 perenggan 4.3 dan perenggan 1.5 Terma Panduan Pengguna.
Diharapkan
 penjelasan ini jelas dan boleh difahami oleh pihak tuan/puan serta 
dapat menghilangkan keraguan pihak tuan/puan terhadap sistem ePenyata 
Gaji. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi Unit  
ePayslip ditalian 03-8882 1000. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai rasa
 bertanggungjawab, sila kongsikan entry ini untuk memaklumkan perkara 
sebenar kepada penjawat awam yang lain melalui sms/mms/email/notis-notis
 benar/laman blog/FB dan sealirannya.
Sekian.
Daripada : Pegawai Bertanggungjawab"
Alhamdulillah, kerana ianya hanyalah proses penambahbaikan kepada sistem gaji sedia ada. Saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang rasa kaget dan panik disebabkan entri saya yang sebelum ini, dan memohon kepada semua pembaca supaya melihat perkara ini kepada sudut positif. Sekurang-kurangnya, kita termasuk saya sendiri akan lebih berhati-hati terutamanya dalam hal memberikan maklumat sulit secara online. Semoga boleh menjadi pengajaran terbaik buat kita semua!.
Jom Kita Klik Dengan Bijak! 
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
 

 
 
 
 
 
11 Ulasan
semua skrg kena hati2 kan huhu
BalasPadamtu payah kalau semua nak on9... bahaya wooo
BalasPadamitu lah kalau semuanya online.. bahaya.. perlu berjaga-jaga
BalasPadampenyelarasan gaji bln disember btul ke?
BalasPadampenyelarasan gaji apa pulak ni?
PadamMacam2 sekarang ni, tapi yang pelik, kenapa pengeluaran slip gaji tak sama untuk bulan 10 ni, maksudnya, ada kawan dekat selangor dah keluar slip gaji 6/10 tapi di kl baru keluar slip gaji 7/10, bukan sepatutnya sama ke seluruh malaysia ?
BalasPadamyeke? dh tu yang hanatar emel kat kerani tu siapa?
BalasPadamsebab tu kena jelas betul2 ...takkan semudah itu gaji bole hilang...pasal slip gaji tu..yg 7/10 dan 6/10 tu,tarikh ke?tarikh tu taklah jadi mushkil sangat...isi slip tu je
BalasPadamJawab kepada Cikgu Norazimah.... setahu saya ia mengikut kerani sekolah masing-masing... ada yang kerjanya cepat, dapatlah awal SEDIKIT~ tetapi mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan (jadual dapat gaji) oleh pihak (saya tidak pasti...mungkin ANM etc.)
BalasPadamTERIMA KASIH BYK2 ats info. Semua e, e, skrg ni mmg wat sy penin skt.. lg2 bab kna bg no. akaun bank.. tkut ttipu.. Lg skali, Trimas..
BalasPadamTanpa Nama
BalasPadamIsu kena potong cukai lagi satu, tak dak angin tak dak ribut cukai dah pun dipotong.