.

.

KARTiKEL

Rabu, 16 Oktober 2013

Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia

Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia
25 – 27 Oktober 2013
Di Asrama 1Malaysia, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur
 
Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia

  1.  Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilantik sebagai tuan rumah Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia.
  3. Karnival akan diadakan dari 25 hingga 27 Oktober 2013 bertempat di  Asrama 1Malaysia, Kuala Lumpur
  4. Rasional penganjuran Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia adalah sebagai satu aktiviti tahunan Asrama 1Malaysia untuk bertemu dan berinteraksi sesama penghuni Asrama 1 Malaysia di samping  mempromosikan Asrama 1Malaysia.
  5. Objektif Karnival Asrama 1Malaysia adalah seperti berikut:
    • Menyediakan ruang untuk penghuni Asrama 1Malaysia menyertai aktiviti-aktiviti  ilmiah, kokurikulum serta kemasyarakatan.
    • Menyatukan murid-murid pelbagai kaum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
    • Memperkembangkan potensi penghuni Asrama 1Malaysia dalam aspek rohani, jasmani, emosi serta intelek.
    • Mempromosikan Asrama 1Malaysia sebagai sebuah institusi yang dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  6. Jemputan Tetamu Kehormat:
    • YB Timbalan Menteri 1
    • Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
    • Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)
    • Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
    • Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah
    • Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak
    • Pengarah Jabatan Pendidikan Johor
    • Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah WP Kuala Lumpur.
  7. Sasaran Peserta
    • Penyertaan Murid: 380 orang
      • Peserta karnival terdiri daripada murid-murid daripada empat buah Asrama 1Malaysia dan sekolah-sekolah jemputan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Melaka.
    • Majlis Makan Malam: 300 orang
    • Pengunjung 3000 orang
  8.         Aktiviti Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia adalah seperti yang berikut:
    • Pertandingan antara Asrama 1Malaysia
      • Puisi Perpaduan
      • Pidato Bahasa Inggeris
      • Kuiz Perpaduan
      • Permainan Rakyat
      • Pertandingan Robot Gen II Football Soccer
    • Pameran dan Jualan
    • Program Khidmat Masyarakat
    • Senamrobik Asrama 1Malaysia
    • Majlis Malam Perpaduan Asrama 1Malaysia:
      • Persembahan Kebudayaan
      • Penyampaian Hadiah
      • Majlis Makan Malam
 
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
1 Oktober 2013

3 ulasan:

  1. sekolah sy dpt jemputan menyertai Pertandingan Robot Gen II Football Soccer...tp x tahu dpt pergi ke tak, sbb saya kena pergi kursus. murid2 pun tgh sibuk exam akhir thn.

    BalasPadam