About Me

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) 2014

Permohonan Kemasukan Putera Baru ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2014 dibuka sehingga 30 September 2013.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) 2014

  Syarat Am
  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Lelaki.
  • Tinggi minimum: 152 cm.
  • Berat minimum: 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI): 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
  • Penglihatan:Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Berpotensi lulus cemerlang dalam PMR 2013.
  • Pelajar aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Temuduga MTD.

Temuduga MTD

  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Temuduga MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Tapisan permohonan akan dibuat selepas keputusan peperiksaan PMR 2013 diperolehi.

Permohonan

  • Muat turun borang permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) daripada laman rasmi Maktab Tentera DiRaja (MTP) http://www.rmc.edu.my/PEMILIHAN_PUTERA/BORANG_2014.pdf atau
  • Mengambil sendiri borang di pejabat MTD. (Alamat seperti di bawah) atau
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:


Sel Pemilihan, 
Pusat Pengurusan Maklumat, 
Maktab Tentera Diraja, 
Kem Sungai Besi, 
57000 Kuala Lumpur.


Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.


Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2014 ditutup pada 30 September 2013.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 31 Disember 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut rujuk iklan permohonan di sini:
http://www.rmc.edu.my/PEMILIHAN_PUTERA/IKLAN_2014.pdf

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. sekiranye saya xdapt memohan MTD nie kerana kegagalan PMR saye.....tpi kalo menggunakan buku merah boleh ke dapt....

    BalasPadam
  2. interview 2-6 jan 2014, saya telah lulus semua ujian bertulis dan latihan fizikal. Malangnya saya gagal dalam pemeriksaan kesihatan (tulang belakang tidak lurus). Bolehkah saya membuat rayuan kalau boleh apakah alamat email pihak berkenaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x boleh dik sbb medical memang x boleh-dr bekas pelajar MTD

      Padam
  3. untuk tahun form3 2014 mcm mne. kami xder pmr. mcm nk mohon

    BalasPadam
  4. Ape kelebihan mtd?? Kalau bljr kt mtd nii same je ke dgn sklh arus perdana.. #pelajart32014

    BalasPadam
  5. Saya pelajar PT 3 mcm mna cara nk mohon???

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tengok dalam entri yang lebih terbaru
      atau
      search pada ruangan di atas
      inshaAllah ada.. ;)

      Padam
  6. Maktab tentera ada dekat negeri mana lagi selain Kuala Lumpur.. sebab saya dari Pulau Pinang, dan tidak tahu sangat untuk masuk maktab tentera nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat cikgu tahu hanya ada di KL tu saja lah.. satu2nya rasanya.. ;)

      Padam
  7. saya ingin mengambil jurusan agama di maktab tentera...bagaimana saya ingin memasukinya???

    BalasPadam