About Me

MASS 2013 (Malaysia Space Seeds): Pertandingan Biji Benih Angkasa

Baru-baru ini kami berkesempatan untuk terlibat dalam satu pertandingan yang agak menarik bagi saya, iaitu Pertandingan MASS 2013. MASS 2013 adalah singkatan kepada Malaysia Space Seeds 2013, satu pertandingan bagi pelajar untuk mengkaji kesan mikrograviti (tarikan graviti yang sangat kecil) terhadap pertumbuhan biji benih. Pertandingan dianjurkan oleh Agensi Angkasa Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

MASS 2013 (Malaysia Space Seeds): Pertandingan Biji Benih Angkasa

Semuanya bermula apabila saya terlihat iklan pertandingan ini di laman web KPM. Disebabkan turut teruja dengan pengalaman yang bakal diperolehi, maka saya menghubungi pegawai yang bertanggungjawab melalui emel kerana tarikh yang terlalu hampir. Tak disangka, beliau sangat menggalakkan sekolah kami menyertainya. (Mungkin sebab tiada sambutan dari sekolah lain kot?. atau mungkin sebab status sekolah luar bandar?.) Tapi, tak kisah lah. Yang pasti saya dan pelajar bakal beroleh pengalaman berharga. 

Walaubagaimanapun, ada lagi faktor penghalang, iaitu tarikh yang terlalu hampir dengan pertandingan dan perjumpaan dengan guru pengiring bagi mengambil kit permulaan adalah berlangsung di Banting, Selangor. Dah tentulah tidak begitu menggalakkan untuk saya terbang dari Sibu, Sarawak ke sana hanya untuk satu hari bengkel beserta kit permulaan. Kos pula ditanggung oleh jabatan masing-masing! Maka, pendaftaran penyertaan secara online kami tinggalkan begitu sahaja.. Dalam pada itu, sempat juga saya ikhtiarkan dengan menghantar emel kepada pegawai tersebut memaklumkan masalah kami dan memohon supaya kit permulaan tersebut dipos ke sekolah. Sambil berharap..

Kecewa juga pada mulanya sebab macam dah terlepas peluang ini. Lagi kasihan sebab pelajar pun dah teruja sangat nak mulakan eksperimen. Tapi, yang  nak jadi rezeki, tanpa disangka-sangka, selang beberapa hari selepas tu (2 Sept) tiba-tiba ada sampul besar dari Agensi Angkasa Malaysia atas meja saya. Gembira!! Bila dah dibuka, kit permulaan semuanya ada di dalam sampul tersebut. Kit permulaan terdiri daripada sepaket biji benih kacang Azuki (Vigna angularis) dan 12 blok rockwool. Yeay!!

Biji benih kacang Azuki dan rockwool block untuk MASS 2013

Maka impian saya kembali bersinar. Bila buka semula laman web MASS 2013, senarai sekolah menengah yang menyertai pertandingan tersebut adalah hampir 70 buah sekolah seluruh Malaysia. Dan sekolah saya termasuk dalam senarai tersebut. Sekolah yang lain, semuanya hebat-hebat belaka, MRSM dan SBP hebat seluruh Malaysia.. Hu3.. Takpe, yang penting kita cuba. Kit permulaan yang diterima habis saya belek. Beberapa panduan eksperimen dan manual juga didownload daripada laman web MASS 2013 bagi diberikan kepada pelajar untuk difahami. 

MASS 2013 (Malaysia Space Seeds): Pertandingan Biji Benih Angkasa

Keesokan harinya, perjumpaan pertama dengan pelajar yang terpilih dan berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Mereka adalah:
1) Justin Jili Jana (Ketua)
2) Tiffany Peni
3) Vernica Jeramie anak Labang
4) Remmy bin Suffian
5) Nur Arifah binti Kasuada

Maka pada 4 Sept, bermulalah misi kami dalam melakukan eksperimen ini di makmal sekolah. Tugasan nya mudah sahaja. Pelajar dikehendaki mencambahkan biji benih kacang Azuki selama 7 hari. Pada setiap hari, mereka perlu mengambil ukuran radikal (struktur akar) dan plumul (struktur pucuk) dan terus memuatnaik data tersebut beserta gambar ke dalam laman web MASS 2013 secara harian. 

MASS 2013 (Malaysia Space Seeds): Pertandingan Biji Benih Angkasa
 
MASS 2013 (Malaysia Space Seeds): Pertandingan Biji Benih Angkasa

Data daripada biji benih kacang Azuki tersebut kemudiannya akan dibandingkan dengan data yang diperolehi daripada biji benih kacang yang sama yang dicambahkan oleh angkasawan dari Jepun JAXA di ISS (International Space Station) pada hari ke-7. Mudah saja kan?

Jom kita tengok perubahan biji benih kacang Azuki yang dah dicambahkan oleh pelajar saya sepanjang 7 hari tersebut..




 
Pada hari terakhir, iaitu pada 10 September , kami juga perlu melakukan satu eksperimen ringkas bagi menguji kekuatan batang biji benih yang dah dicambahkan. Boleh tengok gambar di bawah yang memaparkan bagaimana cara pelajar mengambil ukuran kekuatan batang tersebut.


ukuran kekuatan batang biji benih kacang Azuki yang terhasil


Selesai tugasan eksperimen pada hari terakhir, semua kami merasa lega sebab dah tak perlu ke makmal waktu rehat untuk mengambil ukuran biji benih kacang lagi. Walaubagaimanapun, semua data dan gambar yang telah ditangkap sepanjang proses eksperimen perlu disediakan dalam bentuk laporan dan diserahkan kepada penganjur untuk dinilai. 

Tempoh penghantaran laporan adalah bermula pada 9 - 20 September. Tarikh 25-27 September pula, semua laporan akan dinilai dan pemenang dengan laporan yang terbaik akan dimaklumkan pada 30 September. Majlis penyampaian hadiah pula dijangka diadakan pada 16 Oktober.

Pada saya, bukanlah hadiah yang menjadi rebutan kepada saya dan pelajar, tetapi lebih kepada pengalaman mereka menyertai pertandingan yang seumpamanya. Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi bagi pertandingan ini, ditambah pula dengan penyertaan sekolah-sekolah hebat seluruh Malaysia, maka penyertaan kami hanyalah sekadar menambahkan lagi koleksi sijil peringkat kebangsaan bagi para pelajar sahaja.

Terima kasih atas komitmen semua dan Semoga mereka beroleh pengalaman berharga! ;)
 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. hu3.. x rajin pun cikgu zamrud.. saja cuba nasib je.. cari pengalaman.. ;)

    BalasPadam
  2. Tahniah! Saya tertarik dengan kualiti gambar yang cikgu paparkan..Untuk makluman, saya juga menghantar 1 penyertaan..malangnya, kualiti gambar tidak memuaskan hati saya..harap cikgu boleh kongsi kaedah terbaik utk menangkap gambar dengan kualiti yg tinggi seperti gambar cikgu..sekian terima kasih..

    BalasPadam
  3. Terima kasih cikgu.. Gambar saja cantik, tapi sekolah saya tak menang pun.. he3..
    Untuk gambar, kami gunakan kamera DSLR Canon..

    Tahniah juga cikgu sebab sekolah cikgu merupakan salah satu pemenang.. Tahniah!

    BalasPadam
  4. Saya sangat tertarik dgn usaha cikgu. Akan hubungi kemudian.

    BalasPadam