.

.

KARTiKEL

Rabu, 28 Ogos 2013

Penemuan Terbaru : Ikan Duyung Memang Wujud?

Saya rasa ramai yang sudah tahu perihal mengenai makhluk mistik yang digelar ikan duyung nih. Manusia (selalunya perempuan cantik) yang dikatakan mempunyai ekor seperti ikan. Ada yang mempercayai bahawa ikan duyung memang wujud, tetapi ada juga yang skeptikal dan tidak percaya bahawa makhluk sebegitu rupa boleh wujud. Akan tetapi, beberapa penemuan sejak kebelakangan ini, telah menambahkan lagi kekeliruan dan kacau bilau dalam konteks pemikiran manusia zaman sekarang. Dengan tersebarnya semakin banyak video (samada tulen atau tidak) di Youtube, jadi adakah Ikan Duyung memang benar-benar wujud?

Penemuan Terbaru : Ikan Duyung Memang Wujud?

Terbaru, dua orang ahli marin biologi yang melakukan selaman ke laut dalam telah, terserempak dengan seekor makhluk misteri yang dikatakan sebagai Ikan Duyung. Rakaman tersebut menggemparkan dunia selepas tersebar di Youtube, sehingga Animal Planet telah mengadakan satu rancangan khas bagi tujuan tersebut. Bezanya, ikan duyung yang ditemui tidaklah secantik seperti yang digambarkan sebelum ini. Berwajah aneh, ikan duyung tersebut telah menepuk cermin kapal selam yang dinaiki oleh saintis tersebut sehingga menampakkan jari tangannya yang berselaput. Boleh tengok rakaman video tersebut dalam video di bawah.


Sebelum itu juga kecoh dengan penemuan ikan duyung yang sedang bersidai di atas batu di Kiryat Yam, Israel. Tetapi, bila diperhatikan video tersebut lebih kepada video tipu dengan menggunakan animasi dan efek khas. Anda nilaikan sendiri dengan menonton video di bawah.


Beberapa penemuan bangkai ikan duyung (selepas tsunami) juga pernah menggegarkan dunia selepas tersebarnya gambar tersebut ke internet. Walaubagaimanapun, akhirnya seorang tukang seni arca telah mengaku itu adalah hasil kerja seninya bagi tujuan jualan. Manakala penemuan bangkai lain juga tidak dapat mengesahkan langsung kewujudan ikan duyung.

Penemuan Terbaru : Ikan Duyung Memang Wujud?


Bagi kelompok yang menyokong kewujudan ikan duyung, ada dua alasan yang selalu digunakan, iaitu hanya 10% daripada isi laut dalam yang sudah dikenalpasti dan juga berdasarkan Teori Darwin yang menyebabkan manusia berhampiran pantai mengevolusikan kaki kepada ekor untuk mencari makanan. Alasan pertama agak boleh diterima akal, memandangkan memang 90% bahagian laut dalam masih belum diteroka, sama ada kawasan atau pun spesies yang terdapat di dalamnya. Mungkin boleh wujud makhluk aneh yang jauh lebih aneh lagi. Yang kedua? He3..

Jadi, adakah ikan duyung benar-benar wujud?.. 


21 ulasan:

  1. Wujud.. tapi dalam filem Aspalela tu.. :)

    BalasPadam
  2. kalau tidak wujud tak mungkin orang akan bercerita...wallahualam

    BalasPadam
  3. Yup kalau tak ada, tak ada lah orang akan bercerita

    BalasPadam
  4. hak3.. untuk orang yang suka berkhayal nih..

    BalasPadam
  5. Buat Admin .. saya sekadar berkongsi link dibawah

    https://www.facebook.com/groups/185454044105/10151567468104106/?comment_id=10152004038719106&notif_t=group_comment_reply

    BalasPadam
  6. entah la. sama ada nk percaya atau tidak. sebab tidak pernh melihat nya. memang la orang bercerita. tapi wujud ke??

    BalasPadam
  7. mungkin duyung memang wujud tapi ianya sukar untuk di ketemui,dan hanya org yg bertuah saja yg dpt menemuinya,walaupun ianya sukar untk di percayai.

    BalasPadam
  8. Sedangkan kat darat pun xabis lagi org nk explore inikan plak laut ... Allah maha kaya ... Pasti banyak lagi makhlukNya kita x jumpa lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. S0kong seratus pratus !!!!!

      Padam
  9. Wujud kot !!!

    BalasPadam
  10. Xtwlha .. wujud k x ???

    BalasPadam
  11. Wujud ataupun tidak ia tetap makhluk alla.....

    BalasPadam
  12. Apalah makhluk alla..mksud sy makhluk allah yg Esa..

    BalasPadam
  13. Bagi yang Muslim..fahami ayat di bawah ini..
    Musnad Ahmad 14027: Telah bercerita kepada kami Abu Ahmad telah bercerita kepada kami Sufyan dari Abu Az Zubair dari Jabir dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Singgasana Iblis adalah di tengah laut, disanalah ia mengirimkan para tentaranya. Yang paling tinggi kedudukannya adalah yang paling besar kejahatannya “.

    BalasPadam
  14. betul keni ha .bukan palsu ke

    BalasPadam
  15. Kalau wujud maknanya pasti ada yang menjumpainya samada hidup atau mati. Didalam Youtube tidak boleh dipercayai disebabkan yang upload sendiri tak tampil mengesahkannya. Kecuali seseorang membawa ikan duyung dan dipertontonkan secara live baru saya percaya ianya wujud.Selagi itu saya anggap cuma mitos saja.

    BalasPadam