About Me

Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Islamik) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435 H

Bagi cikgu-cikgu yang berminat dalam bidang penulisan kreatif, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435 H. Ia terbuka kepada pegawai, guru dan  kakitangan yang berkhidmat di sekolah dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Islamik) Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435 H

Syarat pertandingan sayembara beserta Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya boleh dimuat turun daripada link berikut:
http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/component/content/article/2-uncategorised/249-sayembara-penulisan-kreatif
Atau klik pada lampiran di ruangan 'Muat Turun'  di bawah.
 

Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 30 September 2013.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urusetia Sayembara, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, Penolong Pengarah Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia:

  Nombor telefon       : 03-83217288
  Email                        : sayembaracerpenislamkpm@gmail.com


Muat Turun
Syarat Pertandingan Sayembara (Cerpen Berunsur Islam)
Borang Pernyertaan Sayembara (Cerpen Berunsur Islam)




A.   INSENTIF

1.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang:

1.1.1     Hadiah utama:

 Tempat Pertama        : RM 1500.00

 Tempat Kedua           : RM 1000.00

 Tempat ketiga            : RM 750.00



       1.1.2 Penghargaan   : 10 tempat (RM 250.00)

       Hadiah iringan: sijil penyertaan dan buku.    
    

 1.2   Setiap penyertaan akan mendapat sijil.

1.3 Hadiah akan disampaikan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 H  Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. 

p/s: Hadiah lumayan nih.. Rugi kalau tak join! 

Catat Ulasan

0 Ulasan