Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama di Malaysia. PBS Sains Tingkatan 2 B6D2E1. Saya kongsikan maklumat mengenai adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama Islam, Buddha, dan Hindu di Malaysia ini sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan buku skrap . Bagi yang mempunyai maklumat dan rujukan bagi adab makan agama lain, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini. 

Secara ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan daging babi dan meminum arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging. 


Adab Makan Yang Menepati Sensitivity dan Kepercayaan Agama di Malaysia


1) Islam

Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam.
Jadi bagaimana hendak memilih  makanan yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.
Kategory Makan yang Halal dimakan

  1. Semua jenis buah-buahan yang bersih
  2. Semua jenis sayur-sayuran yang bersih
  3. Semua kehidupan laut yang tidak beracun
  4. Binatang yang disembelih dengan Nama Allah
Kategori makanan yang Haram dimakan

  1. Binatang yang mati dengan sendiri
  2. Binatang yang mati dalam kemalangan
  3. Binatang yang dibunuh
  4. Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor
  5. Buah-buahan yang beracun dan kotor
Ketegori Binatang yang haram dimakan


  1. Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )
  2. Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa  )
  3. Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat – ( Kura-kura , Buaya ).
  4. Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)
  5. Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )
  6. Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )
  7. Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.  Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.   5:3


2. Buddha
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.

Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang manusia.

Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.

Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan usus manusia.
Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.


3) Hindu
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang salah sebenarnya.


Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.

Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar  “Mattu Ponggal”.  “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.

Mattu_Pongal2
Lembu yang telah dihias cantik

Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India.

Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.

mattu_ponggal
Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya

Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.

Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, beruk, anjing dan sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas selain bebanan kerja yang berat.