.

.

KARTiKEL

Sabtu, 1 Jun 2013

10 Makhluk Misteri Yang Paling Ditakuti Di Seluruh Dunia

Cryptid atau pun makhluk dongeng yang tidak dapat dipastikan kewujudannya memang menjadi watak penting dalam sesuatu legenda urban. Oleh sebab cerita, rupabentuk nya yang tidak jelas dan berbeza-beza antara setiap pencerita, maka ini menambahkan lagi kegerunan dan keseraman kepada para pendengar. Jom kita tengok  10 makhluk misteri yang paling ditakuti di seluruh dunia.

10. Ahool (Jawa, Indonesia)
Makhluk nih dapat nama daripada jeritan nya, "A-hooool!!". Makhluk sebesar budak kecil ini dikatakan mempunyai taring dan tinggal di kawasan berpaya. Binatang paling disyaki dianggap sebagai Ahool ini adalah satu spesies burung hantu yang jarang dilihat di kawasan tersebut.

Ahool

9. Kongamato (Zambia, Angola, Congo)
Makhluk terbang ini dikatakan akan secara tiba-tiba keluar dari celah-celah awan dan menyerang anda, terutamanya jika anda berada di atas bot / perahu. Makhluk ini juga dikatakan memakan daging manusia serta selalu membongkar kubur bagi memakan mayat manusia. Teori mengatakan bahawa Kongamato mungkin cucu cicit dinosaur daripada spesies pterosaur yang terselamat.

Kongamato

8. Impundulu (Afrika Selatan)
Impundulu juga dikenali sebagai burung kilat. Ini kerana mengikut kepercayaan masyarakat asli Afrika, burung ini membawa bersama kilat dan guruh. Burung ini juga dikatakan dahagakan darah manusia, serta boleh menjelma sebagai lelaki bagi menghisap darah manusia seperti drakula. Pawang dan bomoh mempercayai daging burung ini mempunyai khasiat yang superpower.

Impundulu

7. Thunderbird / Roc (seluruh dunia)
Kisah burung bersaiz besar ini banyak didengar di seluruh dunia dengan nama yang berbeza. Banyak kejadian penculikan oleh burung ini dilaporkan di seluruh dunia. Jika dulu, memang sukar untuk dipastikan kewujudan burung raksasa ini, namun dengan teknologi pada zaman sekarang, agak mustahil jika sebarang burung raksasa untuk tidak dikesan.

Thunderbird Roc

6. Popobawa (timur Afrika)
Popobawa lebih mengerikan kerana selain daripada menyerang mangsa, makhluk ini juga dikatakan akan meliwat mangsanya. Tidak cukup dengan itu, makhluk ini dapat bertukar-tukar bentuk kepada manusia, serta akan terus mengganggu mangsanya sehingga mangsa menemui pengganti lain. 

Popobawa

5. Rods (seluruh dunia)
Rods adalah cahaya berbentuk rod yang bergerak di banyak kawasan seluruh dunia. Dikatakan cahaya ini menunjukkan kehadiran makhluk asing di kawasan tersebut. Rod ini juga dikatakan pernah ditemui di dalam sebuah gua di Sabah. Dipercayai, rods ini mungkin adalah sekadar ilusi optik atau pun sejenis serangga bercahaya.

Rods

4. Jersey Devil (New Jersey, US)
"Iblis" ini lebih memeningkan kepala, kerana ciri-ciri nya adalah gabungan beberapa jenis haiwan. Makhluk ini lebih popular dalam kalangan penduduk asli Amerika, hinggakan beberapa pemburu telah dikatakan lenyap akibat daripada cubaan memburu makhluk ini. Jersey Devil juga dikatakan membawa nasib buruk kepada orang yang melihat atau terserempak dengannya. Namun, ramai yang percaya ini hanyalah satu kisah rekaan bagi menakutkan kanak-kanak.

Jersey Devil

3. Olitiau (tengah Afrika)
Olitiau dikatakan merupakan moyang kepada segala kelawar yang ada di dunia. Ditakuti kerana aggresif dan juga kemampuannya untuk menyerang manusia. Bentuk kepalanya yang berbentuk seperti kepala tukul. Olitiau dikatakan adalah mungkin spesies kelawar yang belum ditemui. 

Olitiau

2. Santelmo (Filipina)
Santelmo sebenarnya juga dikenali sebagai Api Saint Elmo. Selalu dilihat oleh para nelayan, api Santelmo ini selalu cuba dijauhi kerana dikatakan ianya adalah roh manusia yang mati lemas dan akan membawa nasib malang kepada yang melihatnya.

Santelmo

1. Mothman (US)
Makhluk Mothman ini banyak dilihat di kawasan West Virginia pada awal 60-an. Mothman juga dikaitkan dengan kematian lebih daripada 47 orang di kawasan yang sama. Ramai yang percaya Mothman merupakan makhluk yang disalah anggap daripada spesies burung. Walau bagaimanapun, di sebuah pekan kecil, telah didirikan satu tugu besar Mothman lengkap dengan mata merah yang bersinar dan menyeramkan.

Mothman



p/s: Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....


3 ulasan:

  1. allah maha berkuasa macam2 boleh diciptanya, cuma manusia yang terbatas ni sahaja yang masih belom mengetahui apakah makhluk yang ada diseluruh muka bumi allah ni

    BalasPadam
  2. Setuju tuh Jal.. mungkin ada binatang-binatang nih, cuma belum ditemui.. Allah Maha Pencipta

    BalasPadam
  3. Mash au benda kali

    BalasPadam