About Me

New Zealand Juara Kejohanan Sofbol ISF Lelaki Dunia 2013!

Setelah hampir 2 minggu berhempas pulas mempertaruhkan permainan yang terbaik, pasukan New Zealand atau juga lebih dikenali sebagai The Black Sox muncul sebagai Juara bagi Kejohanan Sofbol ISF Lelaki Dunia yang baru.


Kejohanan berlangsung di Auckland, New Zealand bermula daripada 1 hingga 10 Mac 2013 dengan disertai oleh 16 buah pasukan dari negara Britain, Samoa, Colombia, Filipina, Malaysia, Indonesia, Republik Czech, Jepun, Netherlands, Venezuela, Afrika Selatan, Argentina, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan New Zealand.




New Zealand bermula hebat dengan mengalahkan pasukan Mexico 5 - 0, pasukan Colombia 4 - 0, pasukan Jepun 7 - 2, pasukan Argentina 2 - 1, pasukan Netherlands 11 - 0 dan pasukan Filipina 7 - 0 . Pada peringkat awal ini, pasukan Black Sox yang terkenal dengan tarian Hakanya (seperti biasa) hanya tumpas sekali sahaja iaitu dengan pasukan Kanada 9 - 7.


Pada pusingan play-offs, pasukan New Zealand sekali lagi tampil cemerlang dengan mengalahkan pasukan Australia 5 - 4 dan pasukan Venezuela 2 - 0. Sekaligus melayakkan untuk pasukan Black Sox ini masuk ke pusingan akhir.

Pada pusingan akhir, pasukan New Zealand telah berjaya mengalahkan pasukan Venezuela dengan skor 4 - 1. Australia, iaitu Juara bagi kejohanan sebelumnya, sekadar berpuas hati dengan kemenangan di tempat ke-3.
 
Tahniah buat pasukan Black Sox!

Berikut adalah gambar-gambar aksi sepanjang kejohanan berlangsung.

 




 
p/s: Tertunggu-tunggu bila lah team Sofbol Malaysia dapat join benda camnih. Tak ada benda yang mustahil!  

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Belum sampai tahap tu lagi...ngan Indon dan Filipina pun kita tak boleh menang...inikan pula set mat salleh tu

    kita punya player pun banyak set MSSM je...bukan macm depa..set bapak2 balaka

    kena usaha dr persatuan juga..tengok sapa presiden persatuan kita?

    BalasPadam
  2. hak3.. setuju tuh.. ngan team Indon pun tak lepas, ini kan pula dgn team Jepun bagai.. xper, Malaysia perlukan jurulatih cam cikgu Khairul nih.. mana tau dapat lahirkan pemain tahap antarabangsa suatu hari nanti.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu...hu....kena banyak ilmu lagi..tadi baru balik meeting utk negeri dan MSSM...penat wey...baget pun makin "tenat"...

      Padam