About Me

HAARP: Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia



MISTERI | HAARP Jadi Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

Amerika Syarikat dikatakan mempunyai senjata moden yang boleh mengawal cuaca dan juga menguasai minda manusia. Senjata yang sama juga dikatakan telah mengakibatkan gempa bumi Acheh yang mencetuskan tsunami, gempa bumi di Pakistan, Haiti dan Filipina yang meragut banyak nyawa. Terkini, gempa bumi di Jepun juga dikaitkan dengan HAARP!

Sejauh mana kebenarannya?

Pernah dengar pasal HAARP? HAARP merupakan singkatan kepada High Frequency Active Auroral Research Program, satu program yang dikatakan dibina bagi tujuan mengkaji lapisan ionosfera bagi potensi mengembangkan lagi teknologi yang berkaitan dengan komunikasi. Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada Tentera Udara US, Tentera Laut US, Universiti Alaska dan juga Agensi Kajian Projek Baharu Pertahanan.


MISTERI | HAARP Jadi Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

Mula dibina pada tahun 1993, fasiliti bagi HAARP ini didirikan di Gakona, Alaska. Dan juga tempat ini seperti mana kawasan-kawasan misteri lain di US, diklasifikasikan sebagai kawasan larangan yang menyebabkan lebih banyak lagi kontroversi yang dapat diundang.

HAARP akan menghalakan isyarat radio sehingga 3.6MW, pada kawasan 2.8 hingga 10 MHz dalam jalur HF (frekuensi tinggi) kepada lapisan ionosfera. Isyarat yang dipancarkan akan berubah daripada putus-putus kepada berterusan bergantung kepada keadaan. Kesan daripada pemancaran isyarat tersebut, tempoh pemulihan bagi lapisan tersebut dapat dikesan dengan peralatan yang khusus. 

Seterusnya, hasil dapatan ini akan dilanjutkan kepada kajian mengenai ciri-ciri ionosfera yang dapat membantu dalam menambahbaik teknologi sedia ada, kerana peralatan seperti GPS, Pemetaan dan lain-lain banyak bergantung kepada maklumat seperti ini.

Peralatan paling penting yang ada di fasiliti HAARP ini ialah IRI (Ionospheric Research Instrument). IRI merupakan sebuah susunan pemancar radio berfrekuensi tinggi dengan kuasa yang sangat hebat. Ianya terdiri  daripada satu 180 antenna yang tersusun dalam susunan 12 X 15 yang memenuhi satu kawasan seluas 33 ekar yang bersamaan dengan 13 hektar.

Oleh kerana IRI ini sangat berkuasa dan boleh melakukan Ionospheric Super Heating, maka di sini lah bermulanya kontroversi berkaitan dengan Projek HAARP ini. 

HAARP didakwa dapat menggunakan isyarat radio bagi memanipulasikan cuaca dan boleh menjadi pencetus kepada beberapa kejadian bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan banjir besar.


MISTERI | HAARP Jadi Senjata Moden US Kawal Cuaca dan Minda Manusia

Kontroversi lain ialah termasuk daripada Jurnal Ketenteraan Russia yang menyifatkan ujikaji HAARP terhadap lapisan ionosfera hanya akan mencetuskan keadaan yang boleh mengubah medan magnetik bumi.

Seorang penulis buku Nick Begich juga memaklumkan mengenai kemampuan HAARP untuk mencetuskan gempa bumi dan menukarkan lapisan atmosfera bumi kepada "kanta raksasa" yang akan membakar angkasa.

Manakala seorang ahli teori konspirasi yang terkenal, Jesse Ventura pula mempersoalkan kerajaan US dalam menggunakan HAARP bagi mengawal cuaca atau menyerang manusia dengan gelombang radio yang boleh mengawal otak manusia. Beliau juga dihalang daripada memasuki kawasan kajian tersebut sekalipun pernah membuat permohonan secara rasmi.


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. hu3.. teknologi dah makin dasat skang nih.. otak manusia pun boleh manipulasi sesuka hati jer.. ;)

    BalasPadam
  2. biasalah.. nama orang pun boleh main tipu-tipu, ini kan pulak benda camnih.. yer tak Nur Nasriq?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai orang anggap benda dan bukti ini semua tipu dan palsu kerana otak mereka sendiri telah dikawal oleh media orang ii yg bertujuan , bukti ada pada diri kamu sendiri yg mind closed . hanya yg open mind yg tahu dan percaya dan mencari dan bongkarkan semua tipu dayah pengikut dajjal ... New World Order kita perlu faham mengapa benda ini ada dan wujud disekitar dunia kita . carilah maklumat sendiri kalau tidak percaya dan kita jangan lupa harus bersiap sedia bila dajjal sudah turun nanti . sebelum kita tertanya dajjal itu siapa kita haru tahu siapa pengikut nya dulu . Free your mind from mental slavery . Assalamualaikum , Search about illuminati

      Padam
    2. Cun bro , aku selalu kaji pasal nwo , pasal rothschild family and so on lah . Haarp ni ada kaitan dgn illuminate , haarp is weapon of dajjal for mass destruction . They do it just for money and rather see a trillion of life die . Where their humanity ? Betul ckp kau bro , kita perlu open minded sbb dunia skrg dah mcm mcm . Hope you willing reply my comment bro . Assalamualaikum .

      Padam
  3. tak mustahil utk kawal minda manusia

    BalasPadam
  4. benar. bile keinginan yg mendalam menguasai diri di zaman kini,di bumi,tiada apa yg mustahil. kecuali,menentang kekuakasaan Allah SWT.

    BalasPadam
  5. Tipu jadah kau , ustaz pun ada cakap pasal mnde nie , lain kali tengok ceramah sikit baru ada akal ..

    BalasPadam
  6. Maaf
    Bagi saya inilah dajjal yg akan menabur fitnah...
    Wallahualam.
    Terima kasih di atas perkongsian ilmunya.

    BalasPadam
  7. Hmm..nmpak sngat ni konco2 dajjal buat snjata untuk dia(dajjal)
    Sbb djjal nikan boleh kwl cuaca

    BalasPadam
  8. Tanda dunia sudah hampir dipenghujungnya. Ejen2 dajjal dah buat macam-macam. Tunggu dajjal keluar je.Dengan malaysia teruk kes LGBT la macam-macam dunia dah tenat. Allahu.

    BalasPadam
  9. Org Kafir sentiasa mencari jalan untuk hapuskan umat islam. Diorg tdk akan berhenti dan tdk mustahil apa yg berlaku skrg boleh kita tgk, ini la kita berada di akhir zaman. Mereka ingin menunujukkan kekuasaan mereka dgn apa jua sekalipun...byk org meremehkan apa yg berlaku dan tidak percaya dan tdk salah sebernarnya kita berjaga2, bersedia terutama dgn amalan2 kepada Allah

    BalasPadam