.

.

KARTiKEL

Khamis, 14 Februari 2013

Teknik Menjawab Soalan 7 dan 8 Kertas 2 Sains PMR : Graf dan Carta Bar

Teknik Menjawab Soalan Sains PMR (Kertas 2)

Bagi teknik menjawab Soalan Sains PMR Kertas 2, fokus utama dapat diberikan kepada jenis soalan berikut:
1) Mengambil bacaan
2) Mengenalpasti pemboleh ubah (dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan)
3) Menulis hipotesis
4) Menulis hubungan
5) Menulis inferens
6) Melukis graf atau carta bar
7) Meramalkan
8) Mendefinisikan secara operasi



Jom kita belajar, bagaimana teknik nak menjawab soalan yang berkaitan dengan perkara:
6) Melukis graf atau carta bar


Teknik Menjawab Soalan 7 dan 8 Kertas 2 Sains PMR : Graf dan Carta Bar
 

LANGKAH MENDAPATKAN JAWAPAN
a) Kenalpasti kehendak soalan dengan mendapatkan kata kunci yang betul, sama ada graf atau pun carta bar.
b) pindahkan titik dengan betul
c) gunakan pensil untuk membuat lukisan
c) kemaskan graf / carta bar yang anda lukis

Jika Graf:
- titik ditandakan dengan tanda 'X' bukan tanda 'dot' / bulat / lain-lain
- hubungkan kesemua titik dengan menggunakan pembaris jika garis lurus
- hubungkan kesemua titik dengan garisan yang licin jika garis lengkung

Jika Carta Bar:
- buat kotak dengan aras yang betul pada tempat yang betul
- syarat : saiz kelebaran kotak mesti sama besar


6 ulasan:

  1. Salam,cikgu, saya ada satu soalan. Kalau soalan suruh buat graf bar, sebijik macam di atas, ada 7 kotak ke atas, dan bacaan yang diberi ialah 6 cm,9 cm, dan 12 cm. Sepatutnya 1 kotak bersamaan 3 cm. Tapi, boleh tak sekiranya saya menggunakan nisbah 1 kotak: 2 cm. Dan apabila nak tulis 9 cm, 9 cm itu akan terletak pada tengah line,bukan pada line yang soalan beri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo,,terima kasih cikgu!!

      Padam
  2. salam cikgu, jika soalan minta lukis graf..graf jenis mana yang kita harus lukis..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..

      Kalau dinyatakan dalam soalan graf sahaja,
      maka lukis graf garis .. ;)

      Padam
    2. kalau graf garis, perlukah sambungkan titik pertama ke nombor kosong

      Padam