About Me

Teknik Menjawab Soalan 7 dan 8 Kertas 2 Sains PMR : Ambil Bacaan

Teknik Menjawab Soalan Sains PMR (Kertas 2)

Bagi teknik menjawab Soalan Sains PMR Kertas 2, fokus utama dapat diberikan kepada jenis soalan berikut:
1) Mengambil bacaan
2) Mengenalpasti pemboleh ubah (dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan)
3) Menulis hipotesis
4) Menulis hubungan
5) Menulis inferens
6) Melukis graf atau carta bar
7) Meramalkan
8) Mendefinisikan secara operasi



Jom kita belajar, bagaimana teknik nak menjawab soalan yang berkaitan dengan perkara:
1) Mengambil bacaan



Kemahiran yang diuji dalam soalan begini adalah kemahiran pelajar dalam mengambil bacaan dengan betul. Saya fokuskan kepada 4 jenis bacaan, iaitu cecair (selain merkuri), merkuri, jam randik dan juga ammeter.

1. Cecair (selain merkuri), contohnya air
Bagi bahan seperti ini, pelajar perlu mengambil bacaan pada tanda merah yang ditandakan. Lengkung meniskus boleh mengelirukan pelajar ketika mengambil bacaan. Jadi, berhati-hati! Bacaan yang betul adalah pada bahagian bawah.

2. Cecair merkuri, contohnya termometer
Oleh kerana cecair merkuri meniskus ke bawah, jadi bagi merkuri bacaan yang betul adalah pada bahagian atas. Soalan ini selalu nya adalah berkaitan dengan suhu, di mana termometer menggunakan merkuri sebagai bahan untuk mengesan haba.

3. Jam Randik
Bagi bacaan jam randik pula, pelajar boleh melihat terus kepada bacaan yang tertera. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, perhatikan juga nombor sebelum dan nombor selepas jarum. Ini bagi memastikan tiada kesilapan dilakukan semasa mengambil bacaan.

4. Ammeter
Untuk Ammeter, perkara yang sama perlu dilakukan oleh pelajar, iaitu memerhatikan nombor sebelum dan nombor selepas sebagai langkah berjaga-jaga. Ini kerana bagi peralatan meter seperti ini, ada juga yang menggunakan nilai yang berbeza bagi setiap senggatan.


Selamat Mencuba!



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. As salam. saya cadangkan, cikgu masukkan sedikit latihan utk menguji pemahaman pljr dlm topik ni. selalunya, pelajar agak lemah dlm membaca skala

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu nurul atas cadangan.. InshaAllah saya akan cuba baiki lagi dari masa ke semasa.. ;)

    BalasPadam
  3. Cikgu pun dialu-alukan komen posting saya. tp, skg ni agak sibuk, so kurang buat en3.

    BalasPadam