About Me

8 Kriteria Hasilkan Modul Pembelajaran PdPr Berkualiti, Backup Plan Untuk Murid Tak Masuk Kelas Online

Bagi murid yang mengalami masalah PdPr secara atas talian, maka antara pilihan yang guru ada adalah dengan menyediakan Modul Pembelajaran untuk diedarkan beberapa hari sebelum. Modul Pembelajaran yang berkualiti, boleh memberikan impak pembelajaran yang memuaskan pada PdPR. Namun ada beberapa kriteria yang telah ditetapkan dalam Manual PdPR 2.0 sebagai panduan kepada guru. Jom kita tengok apa kriteria nya. 


Antara kaedah PdPR yang boleh digunakan ialah pembelajaran menggunakan modul dan pembelajaran berasaskan projek.


8 Kriteria Hasilkan Modul Pembelajaran PdPr Berkualiti, Backup Plan Untuk Murid Tak Masuk Kelas Online


8 Kriteria Hasilkan Modul Pembelajaran PdPr Berkualiti, Backup Plan Untuk Murid Tak Masuk Kelas Online
8 Kriteria Hasilkan Modul Pembelajaran PdPr Berkualiti

1. Modul pembelajaran perlu dirancang serta berstruktur untuk memenuhi keperluan mata pelajaran dan dilaksanakan dalam tempoh yang bersesuaian. 


2. Modul pembelajaran yang dibangunkan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Sasaran murid (prasekolah, rendah, menengah)

b. Tajuk atau tema modul

c. Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

d. Tempoh pelaksanaan aktiviti

e. Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti

f. Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul

g. Aktviti yang relevan dengan topik PdP (contoh)

h. Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid


Semoga perkongsian ini membantu guru untuk menghasilkan Modul Pembelajaran bagi kegunaan PdPR dengan lebih berkualiti dan berkesan. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terima kasih di atas perkongsian tentang hasilkan modul pdpr yang bermanfaat ini.
    BlogCikguAzman
    CikguAzman.com

    BalasPadam