About Me

Semakan Keputusan Permohonan Kursus NPQEL 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kursus Kepengetuaan NPQEL 2013


Rakan guru yang ada memohon untuk mengikuti kursus NPQEL pada awal tahun 2013 ini, boleh lah membuat semakan sama ada nama anda tersenarai atau pun tidak dalam senarai guru-guru bakal pemimpin yang akan mengikuti kursus NPQEL ini di Institut Aminuddin Baki. Semakan hanya dengan menggunakan no kad pengenalan sahaja.

Semakan keputusan kelayakan NPQEL 2013 juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas telefon mySMS.

Taip : iabsemaknpqel2013no kad pengenalan

dan hantar ke : 15888




Semoga berjaya!

Berikut adalah iklannya:
====================================================================

Semakan Keputusan Akhir Permohonan Untuk Mengikuti Kursus NPQEL
Semakan boleh dibuat mulai
06/02/2013  sehingga
20/02/2013


KLIK untuk semak : Semakan Keputusan Permohonan Kursus NPQEL 2013
 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Salam tuan.. tahun 2012 saya isi permohonan utk 2013 tak lulus. Tahun 2013 saya menunggu buka online utk kursus 2014. Bila buka ya. Dan saya juga tercari website nya sekali lagi. Harap dpt bantu saya. Zuriani6336@gmail.com. terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wasalam cikgu..

    Untuk pengetahuan cikgu, permohonan NPQEL dibuka 2 kali setahun, iaitu ambilan pada awal tahun dan pada penggal kedua..
    Setakat dalam pengetahuan saya,untuk tahun 2014, saya belum ada terlihat iklan lagi di website KPM.

    Terkini pun mengenai keputusan temuduga bagi ambilan 2/2013
    Sebagai rujukan cikgu, boleh rujuk link di bawah untuk maklumat lanjut

    Laman Web Insitut Aminudin Baki
    www.iab.edu.my

    Aplikasi Permohonan NPQEL
    http://aplikasi.iab.edu.my/insyst/main/

    Brosur Maklumat NPQEL
    http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/images/stories/npqel/NPQEL%20BROCHURE-1.pdf

    Emel IAB
    iab@iab.edu.my

    Diharap maklumat yang disertakan dapat membantu cikgu. Semoga Berjaya!

    BalasPadam
  3. TAHNIAH kepada pemohon NPQEL, satu langkah yang menuju ke arah kepemimpinan yang berkualiti. Keterampilan yang tinggi dikalangan pemimpin di dalam sektor akademik sangat diperlukan seperti yang terkandung dalam PPPM

    BalasPadam
  4. Saya kurang pasti mengenai pentaksiran utk kursus npqel.Saya dan rakan telah menghadiri sesi temuduga pada tarikh dan jam yg sama cuma bilik yg berlainan.Berdasarkan pengalaman dan tanggungjawab yang pernah dipikul memihak kepada saya.Saya membawa sijil2 penglibatan dan sumbangan yg diperolehi.Rakan saya datang ke sesi dgn sijil2 asas saja utk mencari pengalaman dan sebarang harapan.Selepas sesi kami berbual2 nyatakan pengalaman sesi tdi dan dia tidak menaruh sebarang harapan sebab dia kata fail sijilnya langsung tak dibuka dan sesi soaljwb yg sekejap saja serta tidak diberi harapan oleh penemuduga kerana umur masih muda berbanding dgn sesi yg saya hadiri .Soaljawab mengenai tugas dan pppm yg terkini dalam keadaan yg panjang lebar .Begitu juga dengan sijil2 sumbangan dan kursus2 yg IAB sndiri jalankan yg telah saya sertai dalam perkhidmatan.Akhirnya saya gagal diterima masuk dan rakan saya berjaya.Rumusan saya disini ialah(1) walau byk mna pn pengalaman, sumbangan dan kursus anda hadiri tidak menjamin diterima masuk..sijil dan pengalaman pn tidak menjadi kelebihan.. (2) walaupn ada tak boleh jawab soalan sesi temuduga dan tiada sijil2.., kalau jadi rezeki anda tetap diterima masuk kursus... (3) kreteria dan kebolehan anda tidak menjamin anda untuk berjaya dlm sesi.
    Itu pandangan peribadi berdasar pengalaman saya.Maaf jika ada kesilapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu atas panduan yang diberikan..
      bagi saya, semuanya berbalik kepada soal rezeki Allah
      Mungkin cikgu tak dapat untuk kali nih, sebab Allah nak berikan rezeki yang lebih baik untuk cikgu..
      Semoga berjaya.. jangan putus asa.. ;)

      Padam