.

.

KARTiKEL

Selasa, 15 Januari 2013

Pemakanan atau Gizi Seimbang

Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan


Gizi atau pemakanan yang seimbang lengkap dengan semua nutrien dan khasiat makanan
GIZI SEIMBANG
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.
  

Gizi atau pemakanan yang tidak seimbang hanya mengandungi kelas makanan tertentu dan kurang berkhasiat
GIZI TIDAK SEIMBANG
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja 

Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.




Tengok di SINI bagaimana untuk merancang pemakanan seimbang anda!

23 ulasan:

  1. cikgu punya point dah TOP! tp, isi pulak kurang mendalam. Cikgu boleh tak perinci kan lagi gizi seimbang.

    BalasPadam
  2. tq ainaa maisara.. jap ek, cikgu modified sket nota tuh skalik ngan huraian dia sket.. ;)

    BalasPadam
  3. cikgu~B6D2E1 kenapa ade yng buat buku skrap ?Itu buat Buku skrap atau esei?

    BalasPadam
  4. SAYA SANGAT SUKA...

    BalasPadam
  5. salam ckgu mcm mne nk dptkan fktor2 gizi seimbang

    BalasPadam
  6. fktor gizi seimbang tu nk dgunakan untuk pembentangan untuk band6

    BalasPadam
  7. boleh rujuk di link di bawah ini yer

    Faktor Yang Mempengaruhi Pemakanan Seimbang
    http://cikguhailmi.blogspot.com/2013/01/sains-faktor-yang-mempengaruhi.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu..

      Padam
  8. boleh cikgu beri contoh penuh folio b6d2e1?

    BalasPadam
  9. salam ckgu..nk tnye skit..selain obesiti apa lgi pnyakit2 yg berpunca drpd gizi yg tdk seimbng..dan,mcm mne nk buat pembntngn tntng kesan drpd gizi yg x seimbng

    BalasPadam
  10. BLE

    salam cikgu... adakah sakit jantung berpunca daripada gizi yang tidak seimbang

    BalasPadam
  11. Cikgu boleh cikgu bagi contoh cara mempraktikkan amalan pemkanan yg betul...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang tu senaang je

      Padam
  12. cikgu boleh tak sertakan lagi gambar

    BalasPadam
  13. Cikgu,ape kepentingan gizi seimban




    Cikgu,ape kepentingan gizi seimbang

    BalasPadam
  14. cikgu, boleh x msukkn jumlah2 makanan yg d dperlukan, contohnya, karrbohidrat sebanyak 40%.. ini cume contoh.. boleh cgu berikan pecahan yg betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. karbohidrat 62%, protein 11% dan lemak 27%

      diharapkan dapat membantu Syazwana yer.. ;)

      Padam
  15. Saya kurang fham sedikit utk gizi seimbang

    BalasPadam
  16. Saya kurang fham sedikit utk gizi seimbang

    BalasPadam
  17. erm erm ��

    BalasPadam