.

.

KARTiKEL

Ahad, 27 Januari 2013

10 Tips Penjagaan Glove Supaya Tahan Lama

Glove merupakan alatan yang paling penting dan paling dihargai dalam sukan besbol atau sofbol. Perkara yang menjadikan nya penting untuk dijaga adalah kerana semakin selesa sesuatu glove itu, semakin baik permainan boleh dilakukan. Di sini saya sertakan 10 tips penjagaan glove supaya lebih tahan lama.
Tips Penjagaan Glove Supaya Tahan Lama dari cikguhailmi.blogspot.com

TIPS 01 : "Break in" glove dengan cara yang betul
Glove yang baru masih keras dan belum berbentuk. Oleh itu, baca arahan daripada pengeluar glove anda cara yang terbaik untuk memelihara glove supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Langkah terbaik untuk break in sesebuah glove adalah dengan bermain dengannya! Jangan paksa glove anda dengan kaedah lama seperti merendam, memanaskan, mengetuk dan lain-lain.


Mizuno Strong Oil Conditioner
 TIPS 02: Sapu conditioner / minyak yang sesuai
Conditioner berfungsi untuk mengelakkan daripada glove menjadi kering dan pecah-pecah. Pemilihan conditioner yang sesuai pula penting dalam menentukan jangka hayat glove anda. Jangan guna sabun biasa atau Vaselin untuk melembapkan glove anda. Sebaliknya gunakan conditioner yang sesuai, seperti Mizuno Strong Oil dan Wilson Pro Stock. Tetapi ingat, jangan sampai berlebihan.


Jangan tidur atas glove sofbol anda
 TIPS 03: Jangan duduk atas glove
Perbuatan ini hanya boleh menyebabkan glove anda hilang bentuk asli nya. Glove juga akan hilang kekenyalan kulit nya, sekaligus mempercepatkan kadar kerosakan glove.


Simpan bola jika glove sofbol anda tidak digunakan
 TIPS 04: Simpan sebiji bola dalam glove
Jika anda tidak menggunakan glove, simpan sebiji bola di dalam glove tersebut, supaya ia kekal dalam bentuk nya. Jika mahu simpan glove dalam jangka masa yang lebih panjang, masukkan bola dan ikat dengan tali getah.


Jangan lambung glove anda
 TIPS 05: Jangan baling atau campak glove
Perbuatan seperti ini sudah tentu merosakkan glove. Ingat, glove juga sama seperti alatan sukan lain yang perlu dijaga rapi bagi menjamin kualiti nya yang memuaskan.

TIPS 06: Jangan rendam dalam air
Jangan rendam glove anda dalam air, sekalipun niat anda untuk membersihkan nya. Apa yang anda buat hanya lah merosakkan kulit dan menambahkan lagi risiko untuk glove tersebut kering dan merekah.


Posisi yang betul untuk meletakkan glove atas lantai
 TIPS 07: Kedudukan poket yang betul
Sekiranya anda berniat untuk meletakkan glove anda ke lantai, sila pastikan kedudukan poket yang betul supaya ianya tidak merosakkan glove.


Ikatan dan tali glove sofbol perlu sentiasa diketatkan
 TIPS 08: Selalu ketatkan ikatan/tali
Sentiasa pastikan ikatan dan tali yang terdapat pada glove anda berada dalam keadaan yang ketat dan baik. Kebiasaannya, kulit akan hilang sedikit kekenyalan nya dalam jangka masa tertentu.


Baiki kerosakan glove sofbol anda dengan segera
 TIPS 09: Baiki kerosakan kecil dengan cepat
Sekiranya anda dapat mengenalpasti ada bukaan kecil pada glove anda, pastikan anda segera membaiki kerosakan kecil tersebut. Ini adalah bagi mengurangkan kadar kerosakan yang lebih teruk.


Jemur glove sofbol anda di tempat yang teduh
 TIPS 10: Jemur di tempat yang redup
Jika glove anda basah, keringkan dengan secepat mungkin di bawah cahaya yang redup dengan aliran udara yang baik. Jangan sesekali untuk terfikir memasukkan glove anda ke dalam oven atau pun mesin basuh!

 Selamat beramal

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan