.

.

KARTiKEL

Selasa, 25 Disember 2012

Laman Web KPM Berwajah Baru

Setelah sekian lama menggunakan antaramuka yang sama, maka pada 24 Disember 2012 yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah melancarkan laman web dengan rupa baru. 






Masih mengekalkan domain yang sama (http://www.moe.gov.my/) laman web KPM kali ini tampil lebih ringkas dan kemas. Link dan juga bahan-bahan yang terkandung dalam laman web juga masih terdiri daripada bahan yang sama. Hanya rupa luaran sahaja yang berbeza

Semua pautan-pautan dapat diikuti  dengan sempurna. Maklumat yang cuba dicari juga mudah untuk diperolehi kerana segmen-segmen yang disediakan jelas dan mudah difahami tujuannya. Boleh dikatakan semua perkara yang berkaitan dengan guru dan pelajar, ada dalam laman web ini.

Kesimpulannya, diharap semua pihak; ibu bapa, orang awam, guru dan pelajar dapat mengambil manfaat daripada maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Cuba lah klik-klik pada link yang disediakan, dan anda semua pasti akan terkejut dengan kepelbagaian maklumat yang boleh diperolehi daripada laman web ini.

Selamat Surfing!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan