.

.

KARTiKEL

Khamis, 29 November 2012

Jom Belajar Main Sofbol

Bagi yang baru berjinak-jinak nak main Sofbol, atau baru nak mengenal apa itu sukan Sofbol, di sini saya sertakan satu Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjayakan Dasar 1 Murid, 1 Sukan.

Modul ini boleh digunapakai sebagai panduan dan rujukan guru penasihat dalam usaha membangunkan sukan Sofbol di sekolah masing-masing. Modul ini juga boleh didownload dari laman web KPM. Pelajar juga boleh guna modul ini dalam mendalami sukan Sofbol.





Antara kandungan modul ini ialah:

Bab 1 : Dasar 1 Murid, 1 Sukan (Pengenalan, Matlamat, Konsep)
Bab 2 : Pengurusan Kelab Sukan (Penubuhan, Organisasi, Bidang Tugas)
Bab 3 : Latar Belakang Sukan Sofbol (Sejarah, Undang-undang, Pakaian, Peralatan, Pertandingan)
Bab 4 : Persediaan dan Perancangan (Pertimbangan, Contoh Latihan, Memanaskan Badan, Gerak Kendur)
Bab 5 : Perkembangan Kemahiran (Membaling, Menyambut, Memukul, Pitching, Menangkap)


Keseluruhannya, modul ini memang sangat membantu guru yang bermula daripada kosong dengan memberi panduan langkah demi langkah dalam membimbing guru untuk mengajar sukan Sofbol ini. Turut disediakan contoh-contoh aktiviti bagi menyiapkan diri sebelum bersukan, serta kemahiran-kemahiran asas dengan teknik yang betul dan berguna dalam sukan Sofbol.

Selamat Bersofbol!

21 ulasan:

  1. demo biasa bawa team sarawak ko?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah bawa tak pernah.. Hampir2 bawa ada lah.. Untuk tahun 2012..Tapi sayang, last minute plak cancel x jadi hantar.. Saya nih baru lagik dalam sofbol nih.. belum cukup ilmu.. masih tengah belajar laghik nih.. ;) InshaAllah, dengan adanya blog cikgu, boleh jugak kita kongsi2 bahan.. ok ka?

      Padam
  2. bole..kena cg minat dulu baru bole buat team..u asal mana?pernah main utk mana2 team ke sebelum ni? team menang peringkat negeri ko/ ada sore cg dr perak dok sarawak ,katkapit..bekas player perak..ada jumpo dia?

    BalasPadam
  3. sori ye..banyak tanya..sekadar nak kenal lg

    BalasPadam
  4. ;)

    saya asal Perlis cikgu.. dulu pernah main masa kat USM Penang.. pastuh dah jadik cikgu ada peluang jadik jurulatih.. masuk tahun nih baru 7 tahun bawak pasukan daerah Sibu.. peringkat negeri belom ble challenge laghik lah.. masih kena menuntut lagi..

    pasal cikgu dr perak tuh ada saya dengar cerita pasal dia, tapi belom pernah jumpa lagi..

    BalasPadam
  5. cg tu ada blog juga..dulu bukan main minat..bila dah kawin n dpt anak..terus senyap..dia kata dia ikut tengok mssm tapi tak pernah jumpa..maybe dia ikut team 18..dia kata susah nak buat team kat tempat dia..memang kalu bawa 18 thn,kena bnyk tektikal...pandai baca game..yg tu pengalaman memain peranan..tapi teruskan,jangan putus asa..cg 12 thn ngajar baru berani buat team..terus johan negeri..bermulalah pengalaman baru..ni pun rasa nak slow dah..bg ore lain pulok..

    BalasPadam
  6. coach 18 sabah..cina Tumpat kelantan..sama main ngan Coach Sukma Ganu,juga coach P18 Ganu

    BalasPadam
  7. Coach untuk Teknik Sarawak pun Cina Kelantan.. tapi tak tau lak asal daerah mana.. dah convert n kahwin dgn orang Sarawak.. so mungkin lama lah dia kat Sarawak nih.. ;)

    BalasPadam
  8. set 18 nih..kenal tengok muka je...set 12 pun sama juga..kawe kenalmuka jah coz kawe ikut mssm je..tak ikut hok lain biarpun dpt offer...ore tua dah..banyak komitmen lg ngan famili dll...so yg lain tu,bg hok muda lah..

    nak jadi coach,demo kena ikut banyak game,belajar teknik dan tektikal...

    BalasPadam
  9. statement "ore tua" tuh yang tak tahan tuh.. jangan tak tahu, barang bagus kualiti tinggi, makin lama, makin mahal! ;)

    BalasPadam
  10. bagi can ore lain pula nak timba pengalaman...memang setahun dua tu masih terkial2..so kena bagi juga laluan..macam demolah..mula dari bawah...jangan putus asa..kena menang dulu,baru ore akan 'pandang' kita

    BalasPadam
  11. Salam, saya Ridzuan yang bertugas di Kapit. Sepanjang 5 tahun di Kapit semua usaha saya untuk tubuhkan team sofbol terlalu banyak halangan, semua perbincangan menemui jalan buntu, usaha berpindah ke Miri atas keperluan jurulatih di sana juga gagal. Lastly, saya berkahwin, dan bawa anak tinggal bersama, keinginan saya untuk coaching pun luput.

    Tapi saya masih lagi aktif sebagai player, di Sarawak saya join team Tsunami dari Miri. Dan di Perak saya bermain bersama pasukan Banshees. Dan setiap tahun saya meyertai pasukan Perak ke kejohanan kebangsaan. Sayangya saya tidak dapat curahkan ilmu yang ada kepada anak murid saya disini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam,
      Dulu masa di Perak ada main untuk MSSM tak? Asal dari daerah mana? Wakil sekolah mana? Tahun berapa? Dulu saya pernah aktif coach di Perak sekitar tahun 80-an. Ramai geng-geng cikgu sofbol di sana seperti Mr. Ling, Mr Naranjan Singh, Mr Lee Choon Bok, Charles Leslar. Mas tu sekolah yang hebat di Perak antaranya Ave Maria, Sam Tet, Nan Hwa, Raja Muda Musa, Tsung Wah dll.
      Teringat zaman dulu-dulu. Terima kasih cikgu Hailmi kerana membuka ruang ingatan semula terhadap kisah lama...

      Padam
    2. En Sukimin, mohon kongsikan cerita2 menarik atau gambar2 menarik pada zaman kegemilangan encik dulu.. mana tahu boleh jadik kenangan juga untuk orang lain.. ;)

      Padam
    3. En sukimin ni ore lama dlm sofbol...tahun 80 an dah jadi coach..kawe era 2000....la ni En Sukimin coaching lagi ko? ko dah jadi GB/Pengetua?

      Padam
  12. Wslm cikgu.. Alhamdulillah dapat jugak dgr berita dari cikgu. sebenarnya dah lama sangat saya dgr cerita pasal cikgu nih, cuma xpernah tahu mcm mana nak contact.. Kalau ada kelapangan, harap cikgu dapat juga datang tolong pasukan kami di Sibu.. Masih perlukan orang touch up sana sini. Dalam masa terdekat nih, kami juga ada perancangan nak tubuhkan Kelab di Sibu. Ramai jugak player kat Sibu nih sebenarnya. Harap cikgu Wan dapat tolong serba sikit. Nanti tolong emel saya, cikgu punya nombor. Mungkin kita boleh jumpa bila ada masa.. ;)

    BalasPadam
  13. ha...dah ada contact tuh...cg wan nih memang dia dah ada link dgn saya..ok..teruskan....cg wan,jgn putus asa..saya 12 thn ngajar baru dpt buat team sofbol

    BalasPadam
  14. baru balik dr Taiping tadi..sebab tu senyap banyak hari

    BalasPadam
  15. betul tuh.. dalam nak buat benda yang kita minat, memang xboleh putus asa.. dan jangan risau, bila kita dah buat benda yang kita suka, memang takkan pernah rasa penat, rasa letih, sebab kita pasti akan enjoy buat benda yg kita minat tuh.. ;)

    BalasPadam
  16. Begitulah...sya pun duk sambung belajar la ni..masa peringkat negeri nanti,saya duk periksa sem 4...bila kena tuan rumahnanti..tak sempat nak tengok team coz kena duk bhg teknikal...tak tau ler kalu kena bwa team juga ke N9 nanti..

    BalasPadam
  17. Nur shahirah@alona3 April 2015 9:08 PG

    Hai semua. Sy nk tumpang tnya ada tk mn2 kelab yg boleh join. Untk umur12 tahun. Dlu ank sy mmg wakil kl main softball tp skrg dah ddk lumut perak. Br je pndah. Klau boleh sy nk dia terus kn main sbb dia mmg btl2 minat sgt mnta tlg jasa baik. Tuan2 puan2 ye tlg sgt2

    BalasPadam