About Me

FULL VIDEO Pengajaran Sains KSSM Tingkatan 4 [Bab 1 - Keselamatan Makmal]

FULL VIDEO Pengajaran Sains Secara Online - Sains KSSM Tingkatan 4 [Bab 1 - Keselamatan Makmal] 

Dalam tajuk ini murid akan mempelajari tentang langkah keselamatan di dalam makmal. Antara subtopiknya adalah peralatan perlindungan diri, pembuangan bahan sisa, dan pemadam kebakaran. 


PENGENALAN SAINS KSSM TINGKATAN 4

Murid akan diperkenalkan secara ringkas tentang kandungan yang ada dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 4. Ada 4 tema, dengan 12 bab dan 7 eksperimen wajib untuk dilaksanakan.



1.1 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI 

Bagi subtopik ini murid akan mempelajari 5 peralatan perlindungan diri yang perlu murid gunakan semasa berada di makmal. Peralatan tersebut adalah gogal, topeng muka, sarung tangan, baju makmal, dan kasut bertutup. Selain itu, beberapa peralatan dalam makmal juga memiliki ciri keselamatan seperti kabinet aliran laminar, kebuk wasap, penyiram kecemasan dan pembilas mata. 




1.2 PEMBUANGAN BAHAN SISA

Murid akan mempelajari bagaimana mengasingkan bahan sisa dalam makmal sekaligus menguruskan pembuangannya mengikut SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ditetapkan. Selain itu murid juga belajar tentang langkah mengurus kemalangan di dalam makmal melibatkan bahan kimia, terutamanya merkuri dari termometer yang pecah.




1.3 PEMADAM KEBAKARAN

Murid akan mempelajari empat jenis pemadam kebakaran, iaitu jenis air, buih, karbon dioksida dan serbuk kering berdasarkan bahan yang menyebabkan kebakaran. Murid juga akan mempelajari dengan jelas tentang Pemadam Api ABD dan selimut kebakaran. Murid diajar untuk menggunakan kaedah PASS untuk menggunakan pemadam kebakaran dengan baik. 








BONUS: 2 AKTIVITI MENARIK BERKAITAN PEMADAM KEBAKARAN 

Murid dicadangkan untuk menjalankan dua aktiviti menarik ini untuk mengukuhkan kefahaman terhadap tajuk keselamatan ini.

a. Aktiviti audit pemadam kebakaran

b. Aktivti mereka cipta pemadam kebakaran menggunakan bahan di rumah



Semoga koleksi video ini membantu murid Sains Tingkatan 4 belajar Bab 1 - Langkah Keselamatan di makmal dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!

Catat Ulasan

0 Ulasan