About Me

Webinar Bersama Arus Academy : Voices Of COVID Generation

 Sesi yang sangat menyegarkan bersama @arusacademy untuk satu lagi program menarik, Voices of COVID Generation.

Projek dengan usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan @unicefmalaysia ini bertujuan mendengar suara hati anak-anak generasi pelapis Malaysia bagaimana mereka menghadapi pandemik ini untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Terima kasih @davidchak yang perkenalkan saya dengan program ini. Sekalipun terikat dengan komitmen untuk 2 bulan, tapi demi pendedahan serta peluang kepada anak murid di SMK Jerlun, saya sahut cabaran ini.





Tugasan untuk murid juga menarik. Menggunakan pendekatan project based learning, gabungan subjek Sejarah, Sains, Geografi dan Matematik, maka mereka perlu siapkan satu tugasan berkaitan COVID-19. Jika terpilih, bakal dipamerkan secara maya pada Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bulan November nanti.
Akan ada beberapa sesi lagi sebagai latihan untuk guru dan semoga kami dapat belajar lebih banyak lagi dalam sesi seterusnya. @ Smk Jerlun

Catat Komen

0 Ulasan