About Me

Minggu Akhir Pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds!

Hari nih merupakan minggu terakhir pencalonan bagi Anugerah Guru Inspirasi McDonalds bagi tahun 2019. Seperti yang telah saya kongsikan dalam artikel sebelum ini, maka jomlah kita cepat-cepat berbuat demikian sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2019 nih.

Happy moment with my 3 Arif students
Happy moment with my 3 Arif students


Kenapa Mesti Calonkan Guru Anda?
Hmmm.. kenapa ek? Tentulah sebagai satu penghargaan kepada jasa baik guru-guru yang telah berjaya menjadikan kita adalah kita pada hari ini. Daripada tak tahu kepada tahu. Daripada lemah kepada kuat. Dan daripada blur kepada orang yang berilmu.


Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019
Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019

Pendek kata, seperti yang selalu disebut orang, guru-guru nih adalah ibu bapa kedua kepada kita. Yer lah.. dok di sekolah dari jam 7.30 pagi sampai 2.00 petang. Silap haribulan ada ko kurikulum sampai jam 6.00 petang di sekolah. Balik rumah, dah letih, mana lah ada masa nak berbual sangat dengan mak ayah sebenar kat rumah. Setuju tak? 



Saya dan Cikgu BM
Teringat saya dulu zaman semasa saya bersekolah rendah di SK Dato Ahmad Musa, Perlis. Sekolah kat kmapung jer. Tapi best sebab ada ramai rakan yang best dan cikgu-cikgu yang best. Salah seorangnya yang saya sentiasa ingat hingga sekarang adalah Cikgu Zairi, cikgu Bahasa Melayu saya.

Cikgu Zairi memang seorang yang sangat baik dengan saya. Ingat lagi bila beliau bawa saya ke kolam udang di Sanglang dengan menaiki motosikal semasa Darjah 5. Hehhe.. excited tengok macammana udang dipelihara kat situ.


Dah boleh baca kisah-kisah inspirasi yang dicalonkan untuk Anugerah Guru McDonalds 2019 tahun ini
Dah boleh baca kisah-kisah inspirasi yang dicalonkan untuk tahun ini

Esoknya, saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman melawat kolam udang dengan rakan-rakan di sekolah pada waktu perhimpunan. Rasa bangga dan sangat happy bila dapat peluang nih.

Oh ya lagi menarik bila saya nih juga merupakan Posmen Karat untuk Cikgu Zairi, bila beliau tertarik hati dengan jiran yang juga saudara jauh saya. Alhamdulillah, jodoh mereka dan dah bahagia sekarang dengan anak-anak yang dah sangat berjaya sekarang nih.Cikgu Zairi juga sekarang sudah menjadi Guru Besar di sebuah sekolah di Perlis. Dan anak muridnya, saya kini juga bergelar seorang guru!


Nampak tak macam mana kisah Cikgu Zairi nih telah berjaya menginspirasikan saya untuk menjadi orang yang lebih berjaya dalam hidup? Dan sebenarnya banyak lagi kisah guru yang sebenarnya telah menjadi sumber inspirasi kepada anak muridnya.Kalau tak caya boleh pergi tengok kat laman Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019 di https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees .


Kisah untuk pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019
Kisah untuk pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019

Kisah untuk pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019
Kisah untuk pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019

Kisah untuk pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019
Kisah untuk pencalonan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019

So, untuk yang dah terinspirasi untuk mencalonkan guru-guru hebat anda sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonalds Tahun 2019, maka boleh lah terus ke https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate . Kena cepat tau, sebab tarikh tutupnya adalah pada 31 Mac 2019. Lagi seminggu jer!!

Bagi yang tak tahu pulak cara nak mencalonkan guru-guru hebat anda nih, boleh lah ke artikel saya sebelum nih di http://www.cikguhailmi.com/2019/03/calonkan-guru-inspirasi-mcdonalds-2019.html . Mudah saja kan? Hanya perlu sedikit maklumat ringkas dan kisah hebat menginspirasikan hubungan anda dengan guru anda.

Untuk promosikan juga kisah-kisah inspirasi ini, jangan lupa gunakan hashtag #AnugerahGuruInspirasiMcDonalds #AnugerahGuruInspirasi #HariGuruMcD #TerimaKasihCikgu . OK, selamat mencuba!




Catat Ulasan

0 Ulasan