About Me

Calonkan Guru Inspirasi McDonalds 2019 Anda!

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's datang lagi untuk tahun 2019 nih. Sama ada anda sedar atau tidak, anugerah ini sudah berada pada tahun ketiga disediakan sebagai penghargaan kepada guru-guru hebat di Malaysia. Bermula dengan 6 orang Guru Inspirasi McDonald's pada tahun 2017, 25 orang pada tahun 2018 dan misi pencarian guru-guru adiwira Malaysia ini diteruskan lagi pada tahun ini.


Jom Meriahkan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019!
Jom Meriahkan Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019!

Menyedari peranan pentingnya usaha dan dedikasi guru-guru di Malaysia dalam membentuk generasi Malaysia akan datang, McDonald's tawarkan hadiah yang sangat lumayan untuk Guru Inspirasi McDonald's pada tahun ini. Best wooo!

Guru yang terpilih akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, satu trofi, selendang Guru Inspirasi McDonald's, dan sijil pengiktirafan yang akan disampaikan sempena Hari Guru 2019 nanti. Bestnyaaaaa!

Dan dah tentu jika bercerita pasal Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini saya teringat dengan seorang rakan saya, yang juga merupakan salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's pada tahun lepas, iaitu Cikgu Romie!



Sahabat Saya, Cikgu Romie
Cikgu Romie, atau sebenarnya Cikgu Romizal Amir nih merupakan seorang guru yang popular kat Youtube. Yes, banyak giler kot video-video pengajaran kat channel Youtube beliau yang dah cecah sampai 20,000 subscribers! Ramai nyaaaa... Banyak betul pahala kongsi ilmu mengalir!

Sebelum nih saya hanya mengenali beliau menerusi maya sahaja. Namun peluang sama-sama menyertai satu pertandingan inovasi di UIAM, mengeratkan lagi hubungan kami sebagai rakan dalam kerjaya pendidikan.


Cikgu Romie penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2018
Cikgu Romie penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2018

Dan saya akui, beliau memang merupakan seorang guru yang hebat! Banyak pengorbanan yang dilakukan demi muridnya. Duit, masa, tenaga, tak payah nak cerita lah. Memang sungguh-sungguh berjiwa guru. Kalau tak, masakan beliau nak luangkan masa set up Green Classroom dalam kelas, dan rakam setiap pdpc beliau bagi subjek Matematik dan Lukisan Kejuruteraan. Pastu siap upload masuk Youtube lagi, sampai dah beribu-ribu video. Ko raser?. hahhahaha..


Video Guru Inspirasi McDonald's 2018, Cikgu Romizal Amir


Jadi bila beliau diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2018, maka saya adalah antara rakan guru pertama yang menghubungi beliau untuk mengucapkan Tahniah. Memang layak sangat!

Meh baca kisah inspirasi Cikgu Romie yang ditulis oleh salah seorang muridnya, di SINI.



Adiwira di Pelosok Negara
Dan saya juga percaya, ramai lagi cikgu-cikgu kita di Malaysia yang memang hebat dan sanggup berkorban macam-macam perkara, demi yang terbaik untuk anak-anak murid mereka di sekolah. 

Yang di pedalaman, di kampung, di bandar, di pekan, masing-masing dengan kisah yang tersendiri dan unik. Lagi penting, kisah-kisah pengorbanan ini akan jadi kenangan indah buat guru dan murid itu sendiri sampai bila-bila!


Kenangan dengan anak murid di Sarawak yang tak boleh ditukar ganti
Kenangan dengan anak murid di Sarawak yang tak boleh ditukar ganti

Sebagai murid, mungkin kita tak boleh nak hadiahkan macam-macam untuk guru kita. Apatah lagi bila kita dah keluar dari sekolah, berjaya dan berkerjaya di luar sana. Tapi jangan sesekali lupa pada jasa dan pengorbanan guru kita, yang telah jadikan kita, sebagaimana kita pada hari ini. Kenang jasa lah, orang kata..

Dan guru nih, bukannya dia mintak anak murid dia hadiah macam-macam pun. Cukuplah sekadar ingatan dan bertanya khabar. Ingatan dari murid tu adalah hadiah terbaik untuk mereka yang berjiwa guru. Apatah lagi jika diangkat dan diiktiraf di tempat yang selayaknya! 



Calonkan Inspirasi Anda!
Jadi, untuk ANDA, ANDA, ANDA dan ANDA sekelian, tolonglah sila calonkan guru-guru hebat ini sebagai Guru Inspirasi McDonald's yang telah berjaya menyentuh hidup anda, dan menjadikan anda sebagai anda pada hari ini. 

Saya yakin, keihklasan anda pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan buat guru-guru anda. Bukan kerana anugerah tersebut, tapi tangisan kegembiraan atas ingatan seorang murid mengenang jasa-jasa gurunya!


6 Langkah Mudah
So takyah cakap banyak, saya kongsikan sket 6 langkah mudah bagaimana nak calonkan guru hebat anda sebagai Guru Inspirasi McDonald's 2019. Sila follow langkah di bawah ya..


Calonkan Guru Inspirasi McDonald's Anda!
Calonkan Guru Inspirasi McDonald's Anda!

1. Buka link https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominate

2. Isi maklumat diri anda (Nama, IC, Emel, No Telefon)

3. Tulis kisah inspirasi anda bersama guru (tidak kurang 100 patah perkataan)
     Boleh dalam BM atau pun BI

4. Isi pula maklumat guru anda (Nama, Sekolah, Lokasi, Gambar / Video)

5. Pengesahan sebagai persetujuan daripada anda

6. Tekan HANTAR!


Giler senang kan? So apa tunggu lagi, sila lah calonkan guru-guru hebat anda tu, supaya kisah inspirasi mereka juga boleh menginspirasikan guru-guru dan murid-murid lain di seluruh negara. 

Oh ya, jangan lupa, sila berbuat demikian dalam bulan Mac ini juga, kerana tarikh tutup bagi pencalonan adalah pada 31 Mac 2019. Sila berbuat demikian, sebab berbaki lebih kurang 2 minggu saja lagi untuk anda gembirakan guru-guru anda!

So tunggu saya update kisah seterusnya ya!..



Catat Ulasan

0 Ulasan