About Me

GPS Bestari : Kongsi kisah Guru Pedalaman dengan Cikgu Jarod

Setelah pulang dari Bali untuk Anugerah Ki Hajar Dewantara, saya mendapat jemputan sesi temuramah bersama GPS Bestari ketika saya berada di Shah Alam. Dalam masa yang sama juga seorang sahabat lama, Cikgu Jarod Yong juga menghubungi saya bagi bertanya khabar setelah hampir 2 tahun dia berada di Amerika Syarikat. 


Perkongsian bersama Puan Normi GPS Bestari dan Cikgu Jarod
Perkongsian bersama Puan Normi GPS Bestari dan Cikgu Jarod

Maka saya rasa, sangat cantik jika sesi temuramah ini turut disertai oleh Cikgu Jarod yang juga dikenali menerusi blognya, The Jungle Teacher. Saya pernah catatkan pengalaman kami berjumpa kali pertama semasa sama-sama mengajar di Bahagian Sibu. 


Perkongsian bersama Puan Normi GPS Bestari dan Cikgu Jarod

Perkongsian bersama Puan Normi GPS Bestari dan Cikgu Jarod


Setelah dipersetujui oleh pihak yang menjemput, Puan Normi maka pada jam yang ditentukan masing-masing terus bertemu di bangunan KarangKraf. Tajuk yang dipersetujui adalah Kisah Guru Pedalaman. 

Walaupun sekarang saya mengajar di sekolah yang tidaklah pengalaman sangat, namun pengalaman 8 tahun di SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak adalah sangat membantu. Begitu juga dengan Cikgu Jarod semasa berada di SMK Katibas, Kapit.






OK. Semoga perkongsian daripada sesi temuramah ini membantu guru-guru lain untuk melakukan muhasabah diri dengan kerja buat kita. Selain daripada boleh dijadikan inspirasi, inshaAllah ianya akan memberi motivasi untuk kita semua melakukan yang terbaik buat anak murid kita. Amin!


Catat Ulasan

1 Ulasan